
Adyen melancarkan Planet, membolehkan tindakan iklim semasa pembayaran
![]() |
AMSTERDAM, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ — ADYEN (AMS: ADYEN), platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Planet iaitu penambahan terbaru syarikat tersebut dalam rangkaian produk Impact1. Planet membolehkan pedagang Adyen menawarkan peluang kepada pembeli mereka untuk mengimbangi jejak karbon pembelian mereka pada akhir proses pembayaran. Ciri pilihan ini yang boleh dilaksanakan tanpa kos tambahan kepada pedagang, menyokong projek tindakan iklim secara langsung (seperti penghutanan semula atau tenaga boleh diperbaharui). Planet mudah disepadukan untuk para pedagang dan tidak menyebabkan pergeseran tambahan dalam proses pembayaran kerana pilihan ini mengimbangi jejak karbon yang berlaku selepas proses pembayaran.
Untuk memastikan kualiti data pelepasan setiap pembelian dikira, Adyen bekerjasama dengan South Pole untuk membina kalkulator pelepasan gas rumah hijaunya2 sendiri. Untuk pemilihan projek tindakan iklim, kerjasama dengan South Pole akan terus memainkan peranan yang penting – menyediakan pengalaman yang bernilai lebih sedekad dalam memberikan impak yang positif terhadap alam sekitar.
Salah satu pedagang pertama yang mengaktifkan Planet ialah Kazidomi iaitu sebuah rantaian pasar raya dalam talian dengan misi berasaskan kesihatan.
“Kami memilih untuk bekerjasama dengan perniagaan yang mempertahankan pendekatan berwawasan terhadap kelestarian, kerana kami merupakan peneraju dalam konsumerisme lestari. Menginovasi kepercayaan bersama, seperti yang kami lakukan ketika mengintegrasikan Planet, menggambarkan cara kami ingin bekerja,” kata Olivier Vangest, Ketua Teknologi Kazidomi. “Kami teruja dapat menambahkan Planet kepada pengalaman pembayaran tanpa geseran yang telah kami tawarkan kepada pembeli melalui platform tunggal Adyen.”
“Bertanggungjawab terhadap jejak alam sekitar kami merupakan sebahagian daripada lesen kami untuk beroperasi dalam masyarakat hari ini. Untuk melangkah lebih jauh daripada itu, kami telah membina Planet iaitu suatu ciri yang memanfaatkan teknologi kami untuk membantu para pedagang kami menyokong projek kelestarian alam sekitar,” kata Ingo Uytdehaage, Ketua Pegawai Kewangan Adyen. “Melalui pergabungan tenaga dengan para pedagang kami, kami dapat menghasilkan impak yang positif terhadap alam sekitar pada skala besar.”
Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden dan dihubungkan terus ke Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L’Oréal. Produk dan ciri baharu diumumkan melalui siaran akhbar dan kemas kini produk disiarkan pada laman web syarikat.
Ketahui lebih lanjut tentang tanggungjawab sosial di Adyen di sini.
Tentang Kazidomi
Kazidomi ialah lebih dari sekadar sebuah e-kedai untuk produk yang sihat dan semula jadi, ia merupakan sebuah syarikat yang ingin melakukan perbezaan dengan mempercepatkan peralihan kepada corak penggunaan yang lebih lestari dengan cara yang inovatif. Janji Kazidomi? Pilihan produk yang diakui baik untuk kesihatan anda dan planet dengan harga yang berpatutan yang terhasil daripada sistem keahliannya. Ahli Kazidomi mendapat manfaat daripada diskaun eksklusif pada lebih 3,500 rujukan yang dipilih dengan teliti melalui kerjasama dengan jawatankuasa pakar kesihatan mereka. Dalam katalog ini, Kazidomi berusaha untuk mencari produk yang 100% bersih dan inovatif yang disesuaikan dengan nilai dan tabiat penggunaan semua orang. Diperakui oleh B-Corp sejak tahun 2019, dengan label yang mematuhi keperluan sosial, alam sekitar, ketelusan dan tadbir urus tertinggi, Kazidomi telah mengesahkan bahawa ‘perniagaan sebagai pendorong kebaikan’ boleh diguna pakai dan tidak berhasrat untuk berhenti setakat itu. ‘Inilah sebabnya Kazidomi memutuskan untuk menawarkan kepada pelanggannya pengimbangan jejak karbon melalui pesanan mereka dengan kerjasama Adyen.’
Ketahui lebih lanjut tentang tanggungjawab sosial Kazidomi di sini.
Tentang South Pole
South Pole mengiktiraf bahawa tindakan iklim sektor swasta adalah penting dalam menangani perubahan iklim. Untuk memanfaatkan potensi ini, South Pole memberi tumpuan kepada kerjasama dengan syarikat-syarikat besar untuk mengurangkan jejak alam sekitar mereka sambil menghasilkan kesan yang penting dalam penghapusan CO2 dari atmosfera melalui pembangunan projek tindakan iklim secara langsung. Ditubuhkan pada tahun 2006, South Pole pada hari ini mempunyai kira-kira 500 orang kakitangan di 18 buah pejabat di seluruh dunia dan telah membangunkan kira-kira 1,000 buah projek yang bertanggungjawab untuk menghilangkan, mengurangkan atau mengelakkan lebih 100 juta tan CO2e setakat ini. South Pole telah bekerjasama dengan lebih 1,000 buah syarikat dan organisasi dalam perjuangan iklim mereka.
1 www.adyen.com/social-responsibility/impact
2 Ciri produk ini mengukur pelepasan gas rumah hijau iaitu Kesetaraan Karbon Dioksida (Carbon Dioxide Equivalents, tCO2e) dalam sukatan tan — yang merangkumi enam gas rumah hijau yang ditakrifkan dalam Protokol Kyoto oleh Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Perubahan Iklim. Enam gas ini ialah karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O), hidrofluorokarbon (HFC), perufluorokarbon (PFC) dan sulfur heksafluorida (SF6).
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Retail Supermarkets Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures New products/services Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE