
Adapdix mengumumkan EdgeOps DataMesh™, produk pertama EdgeOps™ bagi platform perisian AI mudah suai generasi seterusnya
![]() |
Dua daripada lima pengeluar semikonduktor terbaik dalam kalangan pelanggan gelombang pertama menggunakan perisian Adapdix untuk meningkatkan prestasi pembuatan mereka yang canggih yang membantu mengatasi cabaran kekurangan cip global
PLEASANTON, California, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ — Adapdix, peneraju industri dalam perisian perusahaan mudah suai, hari ini mengumumkan EdgeOps DataMesh™ yang merupakan produk perisian penuh pertama berdasarkan platform Adapdix EdgeOps yang menyampaikan pemayaan, analisis dan inferens AI secara besar-besaran dan pantas.
Platform EdgeOps menawarkan rangkaian produk perisian yang semakin meningkat bermula dengan DataMesh yang membolehkan perusahaan memanfaatkan data mereka untuk menjana peningkatan prestasi operasi melalui analisis pintar, pengoptimuman aset masa nyata dan kawalan mesin mudah suai. Dengan pengeluar semikonduktor dan kepersisan yang mengalami tekanan yang semakin meningkat berikutan kekurangan cip global, syarikat-syarikat boleh menggunakan produk EdgeOps untuk mengoptimumkan mesin dan proses sedia ada bagi memaksimumkan kadar hasil, daya pemprosesan dan kualiti mereka.
Sebagai produk AI/ML generasi seterusnya dengan pemayaan dan analisis data, DataMesh mengatasi halangan biasa dalam pengurusan data operasi masa nyata dengan menjalinkan aliran data yang terpisah bersama-sama dan melaksanakan pengingesan data, prapemprosesan dan pentakbiran pinggir dalam milisaat. DataMesh menyepadukan semua aliran data yang penting untuk analisis masa nyata dan membolehkan pembuatan keputusan dalam sekelip mata untuk operasi yang kritikal serta mengurangkan masa henti aset bernilai tinggi dengan pelaksanaan yang mudah dan pantas yang terkemuka di pasaran.
Keupayaan AI/ML EdgeOps DataMesh yang luar biasa merangkumi pengukuran KPI, papan pemuka boleh disesuaikan dan sebuah API. Dengan seni bina yang dioptimumkan secara pinggir dan unik, DataMesh menawarkan keupayaan integrasi sistem dan fleksibiliti yang unik yang memudahkan pelaksanaan dan membantu mengatasi cabaran AI pinggir yang biasa bagi silo data, kependaman, keselamatan data dan kos pemindahan data pinggir ke awan yang semakin meningkat. Pengguna DataMesh boleh membekalkan data ke dalam alat dan aplikasi baharu atau sedia ada dengan pantas dan mudah untuk pelbagai model interaksi termasuk kebolehlihatan kesihatan aset dan penyelenggaraan ramalan.
“Sementara orang lain lebih banyak berbicara tentang ‘masa nyata,’ kamilah yang benar-benar menyampaikannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix, Anthony Hill. “Oleh kerana platform kami beroperasi pada sumber peralatan dan pada kependaman ultra rendah, kami dapat menginges, memproses lebih awal dan menganalisis data dengan mengintegrasikan aplikasi-aplikasi AI yang canggih – semuanya dalam masa kitaran.”
“Dengan kekurangan cip di seluruh dunia yang sedang dialami, syarikat semikonduktor sedang mencari jalan segera untuk menghasilkan lebih banyak daripada sumber sedia ada dan perisian Adapdix membantu mereka mencapai matlamat tersebut,” kata Hill. “Beberapa pelanggan kami telah menyaksikan peningkatan prestasi yang menjadi fenomena dalam penambahbaikan masa hidup dan kualiti peralatan—mereka berasa kagum dengan keupayaan untuk bangun dan berlari dalam masa kurang daripada sehari dan mula melihat pulangan dalam masa beberapa minggu.”
“Adapdix menyediakan platform inovatif yang membolehkan perusahaan mengoperasikan kecerdasan buatan di seluruh infrastruktur yang penting untuk mengungkap tahap produktiviti baharu dan memperkemas proses,” kata Andrew Byrnes, Pengarah Modal Usaha Niaga Micron. “Sebagai pelabur awal, Micron berasa sukacita menyaksikan pelancaran Adapdix EdgeOps sebagai sebuah perisian yang direka untuk menyelesaikan cabaran perusahaan dalam dunia nyata dan membantu menjadikan janji Industri 4.0 suatu kenyataan.”
Pelancaran EdgeOps DataMesh meneruskan momentum pasaran yang dibina oleh Adapdix selepas pengumuman pembiayaan baru-baru ini daripada WRVI Capital, SoftBank Opportunity Fund, Micron Ventures dan X2 Equity; serta eksekutif berpengalaman yang menyertai pasukan daripada Foxconn, Honeywell, Hitachi dan Amazon Web Service.
EdgeOps DataMesh kini tersedia kepada syarikat-syarikat yang berminat dalam industri pembuatan semikonduktor, berteknologi tinggi, pemasangan, diskret dan kepersisan.
Tentang Adapdix
Adapdix mempelopori perisian perusahaan mudah suai yang mempercepat perjalanan transformasi digital. Dengan portfolio pelanggan Fortune 500 yang semakin meningkat, platform perisian Adapdix EdgeOps telah terbukti dapat memberikan peningkatan prestasi yang didayakan AI dengan kepantasan dan nilai yang terkemuka di pasaran. Ditubuhkan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Kawasan Teluk California. www.adapdix.com
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Semiconductors New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE