SGS Melancarkan Kedai Dalam Talian Baharu – Beli Ratusan Produk dan Perkhidmatan yang Dipercayai dengan Cepat dan Mudah

GENEVA, 12 April 2021 /PRNewswire/ — SGS telah membangunkan Kedai Dalam Talian untuk memudahkan organisasi memperoleh perkhidmatan dan beroperasi dalam dunia yang semakin terkawal. Ia telah direka untuk memberikan akses yang lebih pantas dan lebih responsif kepada pengujian, pemeriksaan dan pensijilan global syarikat serta menampilkan pilihan baharu iaitu ‘Beli Sekarang’ dan ‘Minta Sebut Harga’ yang memberikan laluan yang lebih pantas kepada pengguna untuk membuat pembayaran.

Daripada audit pensijilan hingga ke pengujian produk dan pemeriksaan, pelanggan boleh menambah item ke troli beli-belah mereka dengan mudah.  Rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif merangkumi pelbagai sektor termasuk:

  • Pertanian
  • Pensijilan
  • Bahan Kimia
  • Pembinaan  
  • Peruncitan
  • Keselamatan siber
  • Tenaga
  • Alam Sekitar 
  • Makanan 
  • Penyelesaian Digital  
  • Kerajaan & Perdagangan  
  • Kesihatan  
  • Hospitaliti  
  • Peruncitan  
  • Latihan
  • Pengangkutan 

Selain daripada fungsi ‘Beli Sekarang’, kedai ini juga menawarkan fungsi ‘Minta Sebut Harga’ bagi membantu organisasi yang mencari penyelesaian khas untuk keperluan TIC mereka. Di samping itu, pelanggan boleh memanfaatkan akses kepada kepakaran SGS untuk sokongan tambahan dan penyelesaian khusus yang bebas bagi meningkatkan operasi, mengurangkan risiko dan membangunkan penyelesaian pintar.

Pada masa ini, Kedai Dalam Talian SGS beroperasi di lebih 20 buah negara di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan yang ditempah khas merangkumi audit pensijilan (untuk standard negara dan antarabangsa) hingga ke pemeriksaan, pengujian dan pensijilan mengikut landskap kawal selia bagi setiap negara.

Siddi Wouters, Naib Presiden Kanan Digital & Inovasi SGS berkata: “Kami teruja dapat menawarkan akses dalam talian kepada perkhidmatan kami yang terkemuka di dunia selama 24 jam sehari untuk para pelanggan kami. Dalam era digital ini, kedai dalam talian kami akan memudahkan perniagaan untuk memperoleh penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang mereka hadapi sekarang.”

SGS berusaha untuk menambah nilai dalam masyarakat dengan menjadikan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan lebih terhubung.

Untuk meneroka laman web, sila lawati: https://onlinestore.sgs.com/

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Guillaume Pahud
Pengarah Kedai Dalam Talian
Digital dan Inovasi, SGS
Tel: +41 79 641 69 84

Tentang SGS 
SGS ialah sebuah syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka di dunia. SGS dikenali sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti. Dengan lebih 89,000 orang pekerja, SGS mengendalikan sebuah rangkaian yang mempunyai lebih 2,600 buah pejabat dan makmal di seluruh dunia.

Video: https://www.youtube.com/watch?v=Jy43CMmlq10
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/sgs-melancarkan-kedai-dalam-talian-baharu-beli-ratusan-produk-dan-perkhidmatan-yang-dipercayai-dengan-cepat-dan-mudah-1.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/sgs-melancarkan-kedai-dalam-talian-baharu-beli-ratusan-produk-dan-perkhidmatan-yang-dipercayai-dengan-cepat-dan-mudah.jpg

SGS Online store
SGS Online store

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like