Locus Melancarkan NodeIQ untuk Mengoptimumkan Keputusan Rantaian Bekalan Strategik dan Meningkatkan Keuntungan Pelanggan

Teknologi Automasi Pembuatan Keputusan Strategik Baharu Melengkapkan Penyelesaian Taktikal dan Operasi Syarikat dalam Rantaian Bekalan dan Perancangan Logistik yang Dipacu AI 

SAN FRANCISCO, 8 April 2021 /PRNewswire/ — Locus, sebuah syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan B2B global yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan, hari ini mengumumkan pelancaran produk baharu: Locus NodeIQ. Locus NodeIQ ialah platform pembuatan keputusan rantaian bekalan yang pintar yang membolehkan syarikat melaksanakan pengoptimuman rangkaian dan inventori yang lengkap.  

Locus yang memberi tumpuan kepada barangan pengguna laris (FMCG), barangan bungkusan pengguna (CPG), peruncitan, perkhidmatan rumah, logistik pihak ketiga (3PL), e-dagang dan perusahaan perindustrian, menyediakan suatu portfolio produk yang memacu kecekapan dengan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin. Locus menawarkan produk intuitif yang mudah digunakan dan direka untuk menyelesaikan masalah khusus yang dihadapi oleh perusahaan apabila menguruskan rantaian bekalan yang kompleks. Locus mengautomasikan pembuatan keputusan untuk mengoptimumkan setiap aspek logistik seperti laluan, kapasiti dan reka bentuk rangkaian.

NodeIQ membawa ia ke peringkat seterusnya, mengautomasikan keputusan rantaian bekalan strategik yang memberi impak kepada empat bidang utama: aliran, lokasi, inventori dan penyumberan strategik. Dengan NodeIQ, pengguna boleh mengoptimumkan pergerakan barangan, daripada bahan mentah hinggalah kepada penyampaian produk siap, mengenal pasti lokasi kemudahan optimum untuk menangani jurang penawaran dan permintaan, mengoptimumkan tahap stok dan meningkatkan penyumberan strategik. NodeIQ mempertimbangkan kekangan masa nyata seperti tahap perkhidmatan, masa tunggu, kos dan kapasiti untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan kecekapan.

“Kejadian yang tidak dijangka seperti pandemik ini menunjukkan kepentingan ketangkasan dalam rantaian bekalan,” kata Krishna Khandelwal, Ketua Pegawai Perniagaan Locus. “Tetapi rantaian bekalan adalah amat kompleks dan bergantung pada skop operasi, bilangan faktor yang perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan strategik yang tepat adalah benar-benar di luar kemampuan manusia. Keupayaan pembuatan keputusan strategik yang didayakan AI oleh NodeIQ ini membolehkan perusahaan membuat pilihan strategik yang tepat supaya mereka boleh kekal tangkas dan mengoptimumkan hasil di setiap peringkat.”

Produk Locus semakin diminati oleh para pengguna di seluruh dunia kerana platform ini mudah digunakan. Pengoptimuman rantaian bekalan ialah fungsi intensif data tetapi Locus menggunakan AI dan teknologi canggih lain untuk membersih data, menanda anomali dan memberikan pemahaman yang jelas. Mengikut prinsip kemudahan dan keringkasan produk yang sama, Locus NodeIQ menggunakan pendekatan kembar digital untuk memudahkan pelanggan menguji pelbagai senario dan meneliti segmen rantaian bekalan yang khusus bagi menilai kesan yang berpotensi. Hasilnya, pelanggan Locus beroperasi dengan lebih cekap dan dapat bertindak balas dengan pantas apabila suasana perniagaan berubah. 

“Apabila COVID-19 melanda, perancang penawaran permintaan, pengurus perolehan, penganalisis rantaian bekalan, pakar e-dagang dan pergudangan serta pemimpin rantaian bekalan lain di organisasi di seluruh dunia bekerjasama untuk menilai cara pandemik tersebut mempengaruhi rantaian bekalan dan membuat keputusan tentang langkah-langkah untuk maju ke hadapan,” jelas Khandelwal. “Kekurangan kebolehlihatan digital menghalang usaha ini bagi kebanyakan perusahaan. Locus NodeIQ serta portfolio penyelesaian kami yang lengkap dapat menyediakan kebolehlihatan tersebut.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Locus, sila layari https://locus.sh/.

Tentang Locus 

Locus ialah sebuah platform teknologi terperinci yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan untuk menyediakan kecekapan, ketelusan dan konsistensi dalam operasi logistik. Platform ini menggunakan pembelajaran mesin yang mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, pengesanan, pemahaman dan analitik masa nyata, pengoptimuman rentak, pengurusan pergudangan yang cekap serta peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus juga membantu syarikat-syarikat mengoptimumkan keseluruhan rangkaian rantaian bekalan mereka dengan tawaran perundingan strategiknya. Syarikat ini mendayakan penghantaran di seluruh Asia Tenggara, Benua kecil India, Eropah dan Amerika Utara.  Untuk maklumat lanjut, sila layari https://locus.sh/

Hubungan Media:
Hubungan Media Locus
Julie Solomon
610.764.1534
jsolomon@nextpr.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/locus-melancarkan-nodeiq-untuk-mengoptimumkan-keputusan-rantaian-bekalan-strategik-dan-meningkatkan-keuntungan-pelanggan.jpg

Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Transportation New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like