“Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” sedang dijalankan untuk kali kedua dalam simulator berbilang pengguna Dunia F4F World

MOSCOW, 25 April, 2021 /PRNewswire/ — “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) akan diadakan unuk kali kedua pada akhir bulan Mei. Pusingan kali ini, lebih daripada 200 buah negara akan mewakili.

Peristiwa penting dalam Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) juga akan diadakan dalam format digital tahun ini kerana pandemik. Sekali lagi, “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) pada 2021akan diadakan pada simulator berbilang pemain “Bola Sepak untuk Persahabatan Dunia” (F4F World), yang khusus dibangunkan untuk F4F. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain. Permainan berjalan selama 2 setengah daripada 3.5 minit.

Football for Friendship eWorld Championship” is being held for the second time in F4F World multiuser simulator
Football for Friendship eWorld Championship” is being held for the second time in F4F World multiuser simulator

Sejak 19 April, akademi bola sepak di seluruh dunia telah dijemput untuk mencalonkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur 12 hingga 14 sebagai pemain. “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) akan diadakan dari 27 hingga 29 Mei.

Pemenang “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” pada 2020 ialah pasukan “Granular salamander”, yang mana pemainnya datang dari Bosnia Herzegovina, Kazakhstan, Latvia, Emiriah Arab Bersatu, Rusia dan Turki. Sepanjang peristiwa akhir dalam musim ke-8 bagi “Bola Sepak untuk Persahabatan”, gelaran GUINESS WORLD RECORDSTM yang baharu telah ditetapkan untuk kebanyakan peserta dalam tempat perjumpaan video bola sepak.

Sejak bulan Disember 2020, “F4F World” tersedia kepada sesiapa sahaja yang berminat, dan juga di luar pertandingan eF4F, percuma dalam 27 bahasa yang berbeza. Penekanannya adalah pada sembilan nilai F4F: persahabatan, kesamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kasih sayang, kemenangan, tradisi dan kehormatan. Permainan “F4F World” boleh didapati di MS Windows, Apple MacOS dan iOS dan dibangunkan oleh syarikat DataArt.

Andrey Trusov, DataArt: “Ia sangat menarik dan memotivasikan untuk mempunyai peluang menyumbang kepada pembangunan F4F. Bagi saya, ia merupakan pengalaman baharu bahawa terdapat pertandingan sedemikian unuk kanak-kanak – yang juga menggalakkan nilai seperti persahabatan, keadilan dan keamanan.”

Tentang F4F

F4F telah wujud sejak 2013. Ia dianjurkan oleh Gazprom dan disokong oleh UEFA, FIFA dan UN. Dalam lapan musim yang lalu, kira-kira 15,000 orang kanak-kanak dan golongan muda dari 211 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam program. Pada 2020, Bola Sepak untuk Persahabatan diadakan dalam format dalam talian pada platform yang dibangunkan khusus untuk tujuan ini.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/kejohanan-eworld-bola-sepak-untuk-persahabatan-sedang-dijalankan-untuk-kali-kedua-dalam-simulator-berbilang-pengguna-dunia-f4f-world.jpg

Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Telecommunications Children-related news Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like