Infobip Diberi Penarafan sebagai Vendor Tembok Api SMS Peringkat Satu dalam Tinjauan Operator Mudah Alih oleh ROCCO Research

LONDON dan VODNJAN, Croatia, 8 April 2021 /PRNewswire/ — Penyedia penyelesaian penglibatan global dan perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang terkemuka iaitu Infobip, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diberi penarafan sebagai vendor tembok api SMS Peringkat Satu dalam tinjauan tahunan pengendali mudah alih di seluruh dunia yang dijalankan oleh ROCCO Research.

Infobip Rated Tier One SMS Firewall Vendor in Mobile Operator Survey by ROCCO Research
Infobip Rated Tier One SMS Firewall Vendor in Mobile Operator Survey by ROCCO Research

Dalam satu tinjauan terhadap 215 pengendali rangkaian mudah alih dari 109 buah negara, Infobip dinilai dalam kedudukan dua terbaik daripada keseluruhan penyedia dengan skor sebanyak 4.38 daripada 5 skor keseluruhan dan mengungguli kedudukan dalam kategori prestasi dan kepemimpinan. Ini merupakan penampilan Infobip kali keempat berturut-turut pada peringkat tertinggi bagi kategori vendor tembok api SMS di seluruh dunia yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai penyedia penyelesaian pengewangan dan penapisan trafik SMS yang boleh dipercayai dan berprestasi tinggi.

Metodologi ROCCO Research merangkumi tinjauan yang saksama dan telus yang menyasarkan operator mudah alih dengan menanyakan mereka tentang prestasi vendor daripada pelbagai syarikat perkhidmatan telekomunikasi serta mengeluarkan laporan terperinci dengan penarafan dalam pelbagai kategori teknikal dan komersial. Pada masa lalu, Infobip telah memperoleh kedudukan tertinggi dalam penarafan bagi kategori penyedia perkhidmatan SMS A2P secara konsisten dalam kedua-dua tinjauan operator mudah alih dan perusahaan yang juga dijalankan oleh ROCCO Research.

“Kami berasa amat gembira dengan keputusan tinjauan vendor tembok api SMS pada tahun ini yang dijalankan oleh ROCCO. Rakan kongsi operator mudah alih kami telah mengiktiraf usaha kami untuk membina ekosistem yang komprehensif yang menggabungkan pembangunan penyelesaian penapisan canggih dengan suatu pendekatan yang proaktif untuk pengewangan trafik. Kami juga berasa gembira kerana tinjauan ini semakin menyerlahkan peningkatan dan bidang inovasi yang melengkapkan visi kami untuk masa depan,” kata Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Infobip, Silvio Kutic.

Pengasas merangkap Pengerusi ROCCO Group, Jason Bryan menyimpulkan: “Sekali lagi kami mempunyai sebab untuk meraikan prestasi dan kepemimpinan Infobip, sebuah syarikat yang amat dikagumi oleh komuniti Operator Mudah Alih. Ditampilkan sekali lagi dalam kajian tahunan Penanda Aras Vendor Tembok Api SMS (SMS Firewall Vendor Benchmarking) keempat oleh ROCCO, Infobip telah berkembang menjadi peneraju dalam kategori Tembok Api SMS dalam beberapa KPI utama berdasarkan maklum balas daripada Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) di seluruh dunia.”

Tentang Infobip

Infobip ialah sebuah platform komunikasi awan global yang membolehkan perniagaan membina pengalaman terhubung dalam semua peringkat perjalanan pelanggan. Boleh diakses melalui satu platform tunggal, penyelesaian pusat hubungan, pengesahan pengguna, identiti dan penglibatan saluran omni Infobip membantu perniagaan dan rakan kongsi mengatasi kerumitan komunikasi pengguna untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kesetiaan. 

Dengan pengalaman industri yang lebih sedekad lamanya, Infobip telah berkembang kepada lebih 65 buah pejabat di enam benua. Ia menawarkan teknologi yang dibangunkan secara natif dengan kapasiti untuk menjangkau lebih tujuh bilion peranti mudah alih dan seumpamanya di lebih 190 buah negara yang disambungkan secara langsung ke lebih 650 rangkaian telekomunikasi. Infobip telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan dipimpin oleh Pengasas Bersamanya iaitu Silvio Kutić sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Roberto Kutić dan Izabel Jelenić.

Anugerah yang dimenangi baru-baru ini ialah:

  • Penyedia SMS A2P Terbaik untuk tahun keempat yang dikendalikan oleh operator mudah alih dan perusahaan dalam Laporan Penanda Aras Pemesejan (Messaging Vendor Benchmarking Report) tahunan ROCCO
  • Penyedia CPaaS Terbaik Tahun ini, Penyedia RCS Terbaik Tahun ini dan Mover & Shaker in Telco Innovation (Penggerak dan Pendorong Inovasi Syarikat Telekomunikasi) pada Anugerah Digital Jupiter 2021 

Infografik – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/infobip-diberi-penarafan-sebagai-vendor-tembok-api-sms-peringkat-satu-dalam-tinjauan-operator-mudah-alih-oleh-rocco-research.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Insurance High Tech Security Publishing/Information Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE

You might also like