HUAWEI Petal Maps perkenal navigasi ‘Head Up Display’ ke APAC

91
- Iklan -

SINGAPURA, 20 April 2021 /PRNewswire/ — Aplikasi Petal Maps Huawei hari ini mengumumkan pelancaran mod navigasi ‘Head Up Display’ (HUD) untuk pasaran Asia-Pasifik. Direka bentuk dengan mengutamakan ciri pemanduan yang selamat dan mudah, mod HUD menayangkan maklumat navigasi yang penting pada cermin depan kereta untuk memastikan tumpuan pemandu pada jalan raya di hadapannya, bagi mengurangkan gangguan dan meningkatkan keselamatan memandu.

Direka bentuk untuk keselamatan, Head Up Display HUAWEI Petal Maps baharu akan membolehkan pemandu menumpukan perhatian di jalan raya sambil menavigasi.
Direka bentuk untuk keselamatan, Head Up Display HUAWEI Petal Maps baharu akan membolehkan pemandu menumpukan perhatian di jalan raya sambil menavigasi.

Mula dilancarkan pada Oktober 2020, Petal Maps ialah aplikasi peta dan navigasi yang dibangunkan oleh Huawei Mobile Services (HMS). Tersedia dalam lebih daripada 140 pasaran, Petal Maps dibangunkan bagi menyediakan carian lokasi, navigasi belokan-demi-belokan serta keadaan jalan raya pada waktu sebenar kepada pemandu – termasuk tol dan lampu isyarat yang ditemui di laluan pilihan mereka. Sejak pelancarannya, aplikasi navigasi ini telahpun ditingkatkan selanjutnya bagi merangkumkan perancangan laluan untuk berjalan kaki, tunggangan basikal serta transit awam bagi membantu semua pengguna berulang-alik dengan berkesan.

Mendayakan mod HUD dalam HUAWEI Petal Maps
Mendayakan mod HUD dalam HUAWEI Petal Maps

Pengemaskinian terkini Petal Maps membawanya ke tahap seterusnya ketika ia memperkenalkan mod HUDnya kepada senarai cirinya. Tersedia sebagai perkhidmatan percuma untuk semua pengguna, ciri keselamatan revolusioner berkenaan menggunakan prinsip biasan optik untuk menayangkan maklumat navigasi pada cermin depan. Maklumat seperti kelajuan dan arah navigasi akan dipaparkan terus di hadapan pemandu bagi membantu pemandu melihat maklumat sambil memandang terus ke hadapan tanpa perlu melihat ke bawah atau memalingkan kepalanya pada skrin telefon.

Untuk bermula, inisiasikan navigasi memandu dalam Petal Maps, leret ke atas daripada bar status bawah, klik pada ikon Tetapan dan pilih HUD. Kemudian, arahkan skrin telefon untuk menghadap cermin depan dan sentuh butang Projeksi (Projection) untuk mencerminkan skrin pada kaca. Pemasangan skrin pada kit dalam-kereta dapat menghasilkan kesan yang lebih baik.

Untuk memuat turun aplikasi ini, sila kunjungi https://bit.ly/3thfmma.

Keywords: Auto Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Travel New products/services

Source: PRNEWSWIRE