
Pada zaman ini, kerja orang ramai semakin sibuk, dan admin rasa kadang-kadang memerlukan beberapa tangan lagi untuk menanganinya. Jika komputer riba mempunyai skrin tambahan, peranti ini boleh menjadi salah satu kaedah untuk meningkatkan kecekapan kerja! Oleh itu, ASUS baru-baru melancarkan ASUS ZenBook Duo 14 yang baru dilengkapi dengan pemproses yang lebih pantas, membolehkan pengguna mengalami operasi yang lebih lancar. Sudah tentu, yang paling penting ialah peranti ini mempunyai skrin tambahan! Jom reviu komputer riba ini, dan melihat apakah kehebatannya!

Rupa sebenarnya dari segi 360°
Semasa mengeluarkan ZenBook Duo 14, macam mana pun tidak menyangka bahawa peranti ini terdapat skrin kedua di dalamnya kerana keseluruhan badannya sangat ringan dan nipis. Tebalnya hanya 16.9mm, dan beratnya 1.57kg. Rasanya tidak terlalu berat untuk digunakan ~ Badannya juga dirawat dengan permukaan logam yang dapat dilihat pada ZenBook lain, memberi penglihatan yang agak atas dan kukuh.

Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin sentuh 14 inci yang memberi paparan resolusi 1080p, dan bezel ultra-sempitnya juga membolehkan nisbah skrin-ke-badannya mencapai 93%.
ScreenPad Plus adalah skrin kedua bagi peranti ini, letak betul-betul di bawah skrin utama. Papan kekunci telah dipindahkan ke bahagian bawah komputer riba. Pad sentuh di tengah juga ditukar ke sebelah kanan, maksudnya korang tiada tempat untuk menyokong pergelangan tangan, dan korang akan memerlukan masa untuk membiasakan diri.

Secara khususnya, pendirian komputer riba juga disertakan dalam kotak supaya komputer riba dapat mengangkat lebih banyak daripada yang boleh ditahan oleh engsel ErgoLift sehingga memberi kecondongan yang lebih baik untuk penggunaan yang selesa.
Dari segi kesambungan, ZenBook Duo 14 menyediakan sambungan yang sangat lengkap. Bahagian kiri peranti dilengkapi dengan HDMI dan dua USB-C Thunderbolt 4; sisi lain dilengkapi dengan pembaca kad microSD, bicu fon kepala 3.5mm dan USB 3.2 Jenis-A.

Skrin utama dan skrin kedua juga menyokong penggunaan stylus. Stylus yang ada dalam kotak dapat memberi pengalaman yang lebih kondusif bagi pengguna yang sering melukis.
Skrin kedua ScreenPad Plus
Skrin kedua ScreenPad Plus 12.65 inci menjadi tumpuan ZenBook Duo 14, memberi paparan IPS beresolusi 1920 × 515, dan kecerahannya bertambah baik. Selain itu, skrin ini melengkung sedikit, mengurangkan masalah pantulan supaya pengguna melihat dengan jelas. Setiap perkataan yang dipaparkan di skrin juga dapat mengurangkan masalah warna.

Apabila komputer riba dihidupkan, ScreenPad Plus akan menaikkan sudut di bawah pemacu engsel secara automatic. Fungsi ini bukan sahaja menjadikan skrin kedua kelihatan lebih selesa, tetapi juga menjadikan pelesapan haba yang lebih baik dan membolehkan bahagian komponennya tetap sejuk.
Penggunaan skrin kedua yang terbaik membolehkan pengguna membuka satu atau lebih daripada satu aplikasi. Dengan fungsi ini, korang dapat menggunakan beberapa aplikasi dengan berkesan pada masa yang sama. Sebagai contohnya, korang boleh mencari video YouTube sambil sunting filem; korang juga boleh menjelajahi Internet sambil menaip.

Terdapat dua butang di bahagian atas pad sentuh ScreenPad Plus. Fungsi butang pertama menukar kandungan antara skrin utama dan skrin kedua dengan pantas. Jika pengguna memulakan aplikasi di skrin utama, tekan saja butang ini, dan korang dapat memindahkan tetingkap ke skrin kedua yang lebih rendah serta memaksimumkannya secara automatik. Sudah tentu, pengguna juga boleh membuka aplikasi secara langsung di skrin kedua. Fungsi butang kedua adalah untuk hentikan kegunaan ScreenPad Plus. Jika korang ingin mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama atau tidak mahu menggunakan skrin kedua, klik butang itu dah boleh.
Skrin kedua juga mempunyai beberapa alat dan fungsi yang terbina dalam. Pengguna dapat menyesuaikannya secara langsung di skrin kedua, dan dapat menggunakan aplikasi yang sering digunakan dengan mudah, langsung tidak ada masalah untuk menambah aplikasi lain.
Hayat bateri dan konfigurasi perkakasan dalaman

Komputer riba mempunyai skrin tambahan, korang semua orang pasti akan bimbang bahawa fungsi ini akan mempengaruhi jangka hayat bateri. Walaubagaimanapun, ZenBook Duo 14 mempunyai kuasa 70Wh yang terbina dalam dan dapat bertahan hingga 17 jam, boleh menjadi redup secara automatik apabila tidak menggunakan selama jangka masa yang panjang untuk jimat penggunaan tenaga. Komputer riba ini boleh bermain video secara berterusan dengan kecerahan 50% selama kira-kira 11 jam. Walaupun dalam penggunaan harian, peranti ini dapat mengekalkan jangka hayat bateri seharian. Hayat baterinya benar-benar tahan lama!
Bagi konfigurasi perkakasan, ZenBook Duo 14 dilengkapi dengan pemproses Core i7 generasi ke-11 Intel, pemproses grafik Iris Xe dan Nvidia GeForce MX450, dan peranti storan 1TB PCIe SSD dan RAM 16GB, sesuai untuk pemprosesan gambar dan kerja. Jika digunakan untuk bermain permainan, persembahannya cukup memuaskan sahaja.
Sebagai tambahan, ZenBook Duo 14 menggunakan sistem aerodinamik aktif AAS Plus yang terbaru untuk meningkatkan aliran udara penyejukan keseluruhan sebanyak 49% melalui mekanisme engsel ErgoLift dan ScreenPad Plus yang boleh dimiringkan. Pada masa yang sama, terdapat satu set kipas dwi yang kuat di dalamnya. Terdapat paip haba yang berdiameter besar, dapat menghilangkan haba dengan berkesan dan mengekalkan suhu dalaman yang terbaik untuk mencapai prestasi terbaik.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan pembesar suara berbilang saluran yang disahkan oleh Harman Kardon. Kelantangannya cukup kuat dan jelas. Pengguna juga boleh menyesuaikan tetapan melalui perisian kesan bunyi yang sesuai untuk menikmati pengalaman audio yang sangat baik.
Apa Kata Editor!
Prestasi komputer riba ASUS ZenBook Duo 14 sangat berguna untuk aplikasi pejabat umum dan pemprosesan gambar dan video. Reka bentuk dua skrin juga membolehkan pengguna dapat menangani tugas yang berbeza pada masa yang sama dan meningkatkan kecekapan kerja. Yang perlu disebutkan bahawa skrin kedua sangat praktikal, dan tetapannya juga sangat mesra pengguna. Perkara yang paling penting ialah peranti ini tidak akan mempengaruhi keseluruhan operasi dan penggunaan kuasa komputer riba, boleh dikatakan membunuh dua burung dengan satu batu!
Walaubagaimanapun, yang perlu diperhatikan bahawa reka bentuk dua skrin mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Bagi pengguna yang memerlukan dua skrin untuk memproses kandungan kreatif, ZenBook Duo 14 sememangnya pilihan yang baik. Sekiranya korang biasa dengan komputer riba tradisional, dan korang ingin menaip atau bermain permainan, korang mungkin perlu mempertimbangkan komputer riba dua skrin ini dengan teliti, tetapi juga baik untuk mencuba pengalaman yang dibawa oleh dua skrin ~
Harga jualan ASUS ZenBook Duo 14 bermula dari RM5499. Pengguna boleh lawati kedai atas talian rasmi ASUS Shopee atau Lazada untuk membeli peranti ini. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang juga boleh melayari laman web rasmi ASUS Malaysia.