Tinjauan FICO: 61% Rakyat Malaysia Lebih Gemar Menggunakan Saluran Digital untuk Berhubung dengan Bank mereka Semasa Kesukaran Kewangan

Tarikan perbankan cawangan secara bersemuka berkurangan dengan pantas ketika pasca pandemik

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mac 2021 /PRNewswire/ —

Sorotan:

  • 61 peratus pengguna Malaysia lebih gemar menggunakan saluran digital untuk berhubung dengan bank mereka semasa kesukaran kewangan.
  • 27 peratus rakyat Malaysia lebih gemar berkomunikasi melalui perbankan internet; 18 peratus menggunakan aplikasi perbankan mudah alih mereka.
  • 28 peratus rakyat Malaysia lebih gemar berurusan dengan hanya satu bank utama, dengan 43 peratus lagi menyatakan mereka ‘agak bersetuju’ bahawa ini adalah pilihan mereka.

Sebuah tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh firma perisian analitik global, FICO telah mendedahkan bahawa 61 peratus pengguna Malaysia lebih gemar menggunakan saluran digital untuk berhubung dengan bank mereka semasa kesukaran kewangan. Tinjauan tersebut dijalankan pada bulan Disember 2020 yang lalu, semasa pandemik COVID-19 global sedang memuncak dan menunjukkan kesediaan pengguna untuk memanfaatkan perbankan digital serta peluang yang ada pada bank untuk terus mengembangkan tawaran mereka.

Maklumat lanjut di: https://www.fico.com/en/latest-thinking/market-research/advancing-new-experiences-digital-banking

Preferred banking customer touchpoints across Asia Pacific - December 2020
Preferred banking customer touchpoints across Asia Pacific – December 2020

Penembusan internet berkelajuan tinggi pada tahap yang tinggi di Malaysia bermaksud 27 peratus rakyat Malaysia lebih gemar berkomunikasi tentang kesukaran kewangan melalui perbankan dalam talian; 18 peratus menggunakan aplikasi perbankan mudah alih mereka; 8 peratus lebih gemarkan perbankan telefon; 6 peratus berkomunikasi melalui e-mel dan 2 peratus mahu menggunakan teknologi persidangan maya.

“Risiko jangkitan dan keperluan penjarakan sosial menjadikan kunjungan ke cawangan kurang menarik pada tahun lalu dan mempercepat transformasi saluran perbankan digital di seluruh dunia,” kata Aashish Sharma, Ketua Risiko Kitaran Hayat dan Pengurusan Keputusan FICO di Asia Pasifik. “Kemampuan untuk menyampaikan dan mengurus pelbagai saluran selaras dengan pilihan pelanggan dan memberikan pengalaman yang lancar dan menarik merupakan satu cabaran yang berkekalan. Pelaburan dalam kaedah pengurusan dan komunikasi pelanggan yang merangkumi saluran dan produk silo ini serta kebolehan menyampaikan keputusan yang dipersonalisasikan serta diperbaiki menjadi kunci kejayaan perbankan digital.”

Sikap pelanggan terhadap teknologi baharu daripada bank seperti automasi pemungutan hutang boleh menghasilkan pilihan dan tingkah laku yang menarik.

“Adalah amat berharga apabila diketahui bahawa semasa tempoh kesukaran kewangan, sesetengah pelanggan lebih gemar berurusan tentang isu tersebut menggunakan perkhidmatan dalam talian yang pintar dan automatik, seperti Perkhidmatan Komunikasi Pelanggan (Customer Communication Services, CCS) FICO® kami untuk mengelakkan perasaan malu ketika bercakap dengan ejen tentang pinjaman tertunggak. Sekiranya pelanggan lebih gemarkan saluran digital semasa kesukaran kewangan yang merupakan saat paling sukar bagi mereka, saya melihat bahawa kaedah perbankan cawangan dijangka akan terus menurun.” jelas Sharma.

Kepentingan mengekalkan hubungan perbankan

Bank tetap mempunyai kelebihan data dan hubungan jika dibandingkan dengan pesaingnya, syarikat teknologi kewangan (fintech). Tinjauan ini mendedahkan bahawa di seluruh Asia Pasifik, satu daripada tiga pengguna lebih gemar menggunakan satu perkhidmatan bank saja bagi semua keperluan perbankan mereka. Di Malaysia, peratusan ini adalah lebih rendahiaitu sebanyak 28 peratus, dengan 43 peratus lagi menyatakan mereka ‘agak bersetuju’ bahawa mereka ingin berurusan dengan hanya satu bank utama.

“Menguruskan pelbagai akaun bank atau produk kewangan dengan pemberi pinjaman yang berbeza sering merumitkan proses, memakan masa dan melibatkan kos yang tinggi pada kebanyakan pelanggan perbankan,” kata Sharma. “Pengguna perbankan digital hari ini mahukan kedudukan kewangan mereka boleh dikawal dan boleh dilihat.”

Apabila ditanya tentang kesediaan mereka untuk mencuba fintech atau bank pesaing, 19 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka cenderung untuk mempertimbangkan pesaing dengan 41 peratus lagi berpandangan agak terbuka terhadap idea tersebut.

“Untuk menggabungkan dan mengukuhkan penglibatan bank utama, pemberi pinjaman perlu menawarkan ciri perbankan digital yang mampu menandingi pesaing untuk memastikan hubungan jangka panjang dengan pelanggan yang berkekalan dan berdaya maju,” tambah Sharma.

Alasan paling menarik untuk menukar bank

Apabila ditanya tentang sebab-sebab mereka akan beralih kepada pesaing, 73 peratus pengguna Malaysia menyatakan sebab pertama ialah untuk memperoleh personalisasi dan kawalan yang lebih baik dalam perkhidmatan perbankan digital mereka. Tinjauan ini mentakrifkan ia sebagai keupayaan untuk melihat sejarah transaksi, mengemas kini butiran peribadi, menetapkan semula kata laluan serta fungsi-fungsi lain. Yang menariknya, personalisasi dan kawalan juga merupakan sebab utama kepada peralihan ini di seluruh Asia Pasifik (31%).

Sebab-sebab popular lain yang mendorong peralihan di seluruh Asia Pasifik ialah; keupayaan untuk mengawal kad pembayaran (menetapkan had transaksi, kunci/membuka kunci); keupayaan untuk menetapkan pembayaran berulang; dan peningkatan ciri-ciri keselamatan seperti biometrik dan pengesahan dua faktor.

Tinjauan Advancing New Experiences in Digital Banking (Kemajuan Pengalaman Baharu dalam Perbankan Digital) FICO telah dijalankan pada bulan Disember 2020 yang lalu menggunakan tinjauan dalam talian, secara kuantitatif terhadap 5,000 orang pengguna di seluruh sepuluh buah negara dan wilayah yang dijalankan bagi pihak FICO oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas. Negara-negara yang ditinjau ialah Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Tentang FICO

FICO (NYSE: FICO) memperkasakan keputusan yang membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia menjadi maju. Ditubuhkan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor dalam penggunaan analisis ramalan dan sains data bagi meningkatkan keputusan operasi. FICO memegang lebih 195 paten AS dan antarabangsa dalam teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, pembuatan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, peruncitan dan banyak industri lain. Dengan menggunakan penyelesaian FICO, perniagaan di lebih 120 buah negara melakukan segalanya bermula daripada melindungi 2.6 bilion kad pembayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai mendapatkan kredit hingga memastikan jutaan kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Ketahui lebih lanjut di www.fico.com.

Sertai perbualan di Twitter di @FICOnews_APAC.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/tinjauan-fico-61-rakyat-malaysia-lebih-gemar-menggunakan-saluran-digital-untuk-berhubung-dengan-bank-mereka-semasa-kesukaran-kewangan-1.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/tinjauan-fico-61-rakyat-malaysia-lebih-gemar-menggunakan-saluran-digital-untuk-berhubung-dengan-bank-mereka-semasa-kesukaran-kewangan.jpg  

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like