Reviu Eksklusif: Siri HUAWEI Vision S Telah Dilancarkan! Skrin 120Hz + Pemproses Berkuasa + One Tap Share Memang Syok!

Baru-baru ini, produk HUAWEI nampaknya tidak begitu aktif di pasaran tempatan. Sekiranya korang benar fikir macam ini, korang pasti akan terkejut kerana HUAWEI akan memperkenalkan siri skrin pintar HUAWEI Vision S di Malaysia. Peranti reviu telah dihantar ke rumah admin sekarang ini, admin bersedia untuk membuat reviu!


Sebenarnya, admin tidak mempunyai banyak pengalaman dalam reviu TV. Sebab itulah, admin rasa TV tiba-tiba berkembang di luar jangkaan admin. Oleh itu, admin rasa TV macam skrin pintar. Lagipun, peranti ini akan membentuk rangkaian ekosistem dengan telefon bimbit dan produk lain! Siri HUAWEI Vision S mempunyai spesifikasi terbina dalam yang tidak dapat ditandingi oleh skrin pintar biasa seperti skrin tanpa bingkai 4K 120Hz, lensa video AI 13MP, pemproses Honghu 8-teras, teknologi video MeeTime HD, sistem audio suara HUAWEI, suara kawalan, antara muka operasi Harmony OS yang eksklusif dan lain-lain. Yang ini dapat memberi pengalaman menonton yang korang belum nikmati sebelumnya. Marilah kita mula dengan reviu ini!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Skrin bezel ultra-sempit 4K 

Siri HUAWEI Vision S mempunyai dua versi ukuran, iaitu 65-inci dan 55-inci. Model yang direviu oleh admin adalah 65-inci yang mempunyai resolusi yang berdefinisi ultra tinggi 4K. Bezel ultra-sempit menjadikan visualnya sangat mengejutkan. Peranti ini juga mempunyai kadar penyegaran ultra tinggi, 120Hz yang jarang disediakan dalam produk dalam rangka harga ini untuk memaparkan gambar dinamik, gambar yang lebih halus dan lancar daripada skrin spesifikasi 60Hz atau 90Hz yang umum! Korang mungkin akan fikir jika FPS filem itu sangat rendah, peranti yang mempunyai kadar penyegaran yang tinggi akan disia-siakan, betul? 

Jangan risau! Peranti ini mempunyai algoritma HUAWEI yang cepat, jelas dan lancar sehingga sumber filem FPS rendah juga dapat dipercepatkan ke 120Hz yang cukup bagus! Dari segi daya paparan, gamut warna skrin siri HUAWEI Vision S mencapai 92% DCI-P3. Dengan teknologi paparan warna yang cemerlang, warnanya lebih terang, dan setiap skrin pintar akan menyesuaikan satu persatu sebelum meninggalkan kilang. Kawalan kualiti memang dipercayai! Yang perlu disebutkan bahawa peranti ini disahkan oleh sijil perlindungan mata ganda TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah, korang tidak perlu risau mata akan dipengaruhi walaupun korang menonton siri HUAWEI Vision S dalam persekitaran yang gelap!

Cip pintar empat teras Honghu

Untuk menjalankan pelbagai aplikasi dengan lebih lancar, siri HUAWEI Vision S dilengkapi dengan cip quad-core yang dinamakan Honghu, terdiri dari 2 x Cortex A73 + 2 x Cortex A53. Dari segi GPU, peranti menggunakan Mali-G51 MP4 quad- GPU teras! Walaupun tidak begitu kuat, peranti ini mempunyai kemampuan penyahkodan ultra tinggi. Video berdefinisi tinggi seperti format 8K 30FPS atau HDR dapat dipaparkan tanpa tekanan kepada peranti itu. Pada masa yang sama, peranti ini dilengkapi dengan enjin kualiti gambar Honghu yang dapat meningkatkan kontras dinamik dengan bijak supaya kawasan gelap lebih dalam dan kawasan terang lebih telus; dan jarak jauh dinamik tinggi HDR yang lengkap juga dapat menjadikan perincian kawasan terang dan gelap lebih ditampilkan untuk menyediakan pemprosesan gambar halus sehingga sumber gambar yang beresolusi rendah juga boleh dipaparkan dengan jelas di skrin 4K ini!

Harmony OS + AppGallery

Sistem merupakan aspek yang semua orang perhatikan. Siri HUAWEI Vision S berbeza daripada TV Android di pasaran. Peranti ini menggunakan Harmony OS yang dicipta oleh HUAWEI sendiri dan fokus pada pengalaman yang lancar dibawa oleh skrin silang yang diedarkan oleh telefon bimbit HUAWEI. Contohnya, telefon bimbit boleh menjadi alat kawalan siri HUAWEI Vision S, dan siri HUAWEI Vision S juga dapat menjadi skrin paparan telefon bimbit. Komunikasi yang lancar boleh dipindahkan dari telefon bimbit ke skrin pintar ini. Walaupun skrin telefon bimbit korang akan dipaparkan,  tetapi mesej peribadi korang tidak akan dipaparkan kepada skrin pintar, siri HUAWEI Vision S memang dilengkapi dengan AI sepenuhnya!

Selain daripada yang ini, jika korang tidak berinteraksi dengan telefon bimbit korang, adakah Harmony OS mudah digunakan? Admin hanya boleh mengatakan bahawa semua orang akan mempunyai pendapat yang berbeza. Harmony OS itu tidak sukar untuk disesuaikan, banyak antara muka sangat intuitif, dan reka bentuk UI cukup menarik. Di samping itu, app store juga menggunakan AppGallery yang sangat disyorkan oleh HUAWEI. Sudah tentu, penggunaan Harmony OS juga bermaksud bahawa pengguna tidak dapat memuat turun pakej pemasangan apk untuk memasangkan app sendiri. Nasib baik, siri HUAWEI Vision S telah dimuatkan dengan empat platform utama, iaitu HUAWEI, Kumiao, Mango TV, dan Jiguang TV yang mengandungi sejumlah besar kandungan audio dan video untuk korang pilih. Semasa tempoh percubaan, admin memang suka skrin pintar ini!

Berinteraksi dengan telefon bimbit

Siri HUAWEI Vision S menumpukan interaksi dengan telefon bimbit. Sekiranya korang menggunakan telefon bimbit HUAWEI yang menyokong fungsi HUAWEI Share, korang boleh menggunakan HUAWEI ID yang sama untuk menyambungkan siri HUAWEI Vision S dengan telefon bimbit HUAWEI. Kemudiannya, masukkan tetapan “Kehidupan Pintar” mengikuti langkah mudah yang disediakan oleh siri HUAWEI Vision S untuk menyambungkannya, dan korang dapat melaksanakan serangkaian fungsi yang mudah seperti:

Telefon bimbit menjadi alat kawalan dalam beberapa saat: Semasa bermain permainan pada siri HUAWEI Vision S, telefon bimbit dapat digunakan sebagai alat kawalan yang mudah digunakan, dan dapat menikmati latensi ultra rendah serendah 30 ms!

Paparan Skrin HUAWEI Share: Korang boleh memaparkan skrin dengan cepat melalui telefon bimbit sebagai alat kawalan dengan HUAWEI Share dihidupkan, dan nikmati kualiti gambar berdefinisi tinggi 1080p, 60FPS, dan latensi serendah 100ms untuk menghasilkan visual yang baik!

Alat kawalan jauh menggunakan telefon bimbit: Pengguna yang sering hilangkan alat kawalan boleh mencuba fungsi skrin kawalan pencerminan, iaitu menggunakan telefon bimbit sebagai pad sentuh siri HUAWEI Vision S, dan operasi skrin pintar tidak akan ditangguhkan!

Fungsi penghantaran mesej yang lancar: Fungsi penghantaran mesej yang lancar dapat menyokong penghantaran teks, gambar, emoji, video dan audio sehingga korang dapat update status korang yang terbaru ke siri HUAWEI Vision S untuk memberitahu keluarga korang semasa korang berada di tempat yang lain!

Teknologi panggilan video MeeTime HD

Pengguna yang biasa dengan model HUAWEI baru-baru ini semestinya biasa dengan teknologi panggilan video MeeTime HD yang eksklusif, betul? MeeTime menyokong panggilan video berdefinisi tinggi 1080p, dan dapat berkomunikasi dengan pelbagai peranti seperti telefon bimbit, tablet, dan juga jam tangan kanak-kanak, jadi korang boleh berkumpul dengan rakan dan keluarga secara langsung tanpa berada di tempat yang sama! Siri HUAWEI Vision S dapat disambungkan ke lensa video luaran supaya korang boleh memindahkan MeeTime ke siri HUAWEI Vision S dengan lancar, dan korang boleh berbaring di sofa dan sembang dengan selesa, memang syok!

Kawalan suara sepenuhnya 

Admin tidak pasti bahawa korang akan fikir macam admin bahawa siri HUAWEI Vision S mempunyai pelbagai fungsi, pasti akan rasa  sukar untuk beroperasi atau menaip untuk cari video? Sebenarnya,  siri HUAWEI Vision S mempunyai fungsi kawalan suara yang dapat lihat dan cakap. Sekiranya korang menekan butang “OK” dengan lama, korang boleh mengaktifkan kawalan suara dan menggunakan suara korang untuk mengakses kandungan di antara muka secara langsung! Admin mendapati bahawa siri HUAWEI Vision S mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk mengenali bahasa, dan terdapat kesalahan pengenalan yang minimum. Jika korang ingin membuka antara muka, aplikasi siri HUAWEI Vision S, atau menonton filem pada bila-bila masa, hanya menggunakan suara untuk beritahu siri HUAWEI Vision S, langsung tidak perlu melakukannya sendiri!

Pembesar Suara Bunyi HUAWEI

“Video” dan “audio” selalunya tidak dapat dipisahkan. Siri HUAWEI Vision S mempunyai teknologi paparan yang kuat, dan dilengkapi dengan sistem suara yang luar biasa! Yang pertama ialah perkakasan, empat pembesar suara paten yang berkuasa tinggi 10W terbina dalam dan mempunyai rongga suara besar 1L yang cuba menimbulkan kejutan dan momentum letupan pada masa yang sama! Kemudiannya ialah algoritma. Siri HUAWEI Vision S mempunyai satu set algoritma audio profesional yang disesuaikan untuk meningkatkan dan mengoptimumkan kualiti suara dari segi suara manusia, frekuensi rendah dan ketegasan. Akhirnya ialah teknologi. Peranti ini dapat membawa pengalaman mendengar sekeliling yang mendalam. Di samping itu, peranti ini menyokong penyahkodan DTS standard industri dan penyahkodan Dolby untuk memulihkan audio macam filem blockbuster yang mengejutkan korang!


Yang perlu disebutkan bahawa siri HUAWEI Vision S dapat menjadi pembesar suara pintar apabila skrin dimatikan. Telinga korang dapat menikmati muzik yang berkualiti tinggi!

13MP AI Eyesight

Siri HUAWEI Vision S dilengkapi dengan lensa video 13MP yang boleh menggunakan MeeTime untuk  membuat panggilan video. Lensa ini dinamakan sebagai AI Eyesight dapat diputar dan disesuaikan dengan 180 ° sehingga pengguna dapat memilih sudut pemotretan yang paling sesuai dengan dirinya, tetapi peranti ini tidak mempunyai autofokus. Untuk melindungi privasi pegguna, HUAWEI telah mereka lensa ini dengan hati-hati sebagai aksesori magnetik yang dapat dipasang dan dikeluarkan secara fleksibel. Peranti ini juga dapat memberikan pengimejan beresolusi tinggi hingga 1920 × 1080. Selain panggilan video yang berdefinisi tinggi, peranti ini juga boleh digunakan untuk merakam momen yang  korang ingin merekod dalam rumah seperti gambar kumpulan, memang mudah sekali!

Apa Kata Editor!

Kesimpulannya, semua siri HUAWEI Vision S boleh dikatakan sebagai skrin pintar yang baik admin pernah guna sebelum ini. Peranti ini adalah skrin pintar yang sangat baik sama ada dari segi kesan visual atau sistem bunyi. Yang paling menakjubkan ialah skrin 4K bezel ultra-sempit yang mempunyai visual yang halus, warna yang terang, kadar penyegaran ultra-tinggi 120Hz dan rangkaian algoritma untuk meningkatkan FPS filem. Semuanya muncul di skrin pintar pertama kali sahaja! Dari segi audio, admin suka menggunakan aplikasi “WeSing” yang terbina dalam untuk karaoke, sebab kualiti suaranya yang kuat, langsung tiada perbezaan dengan menonton filem pada waktu malam di pawagam! Ingin tahu pengguna macam mana yang sesuai menggunakan produk ini? Saya hanya boleh mengatakan bahawa peranti ini sesuai untuk keluarga besar dan kecil kerana semua orang masih memerlukan TV di rumah untuk menonton rancangan!

You might also like