
RevBits diiktiraf sebagai 10 Penyedia Penyelesaian Keselamatan Siber terbaik tahun 2021
MINEOLA, New York, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ — Vendor penyelesaian perisian keselamatan siber, RevBits hari ini mengumumkan CIO Applications Magazine telah mengiktirafnya sebagai Penyedia Penyelesaian Keselamatan Siber terbaik tahun 2021.
Sebagai sebahagian daripada pengiktirafan syarikat, Ketua Pegawai Teknologi RevBits, Mucteba Celik telah ditemu ramah oleh majalah tersebut untuk membicarakan tentang usaha berterusan terhadap inovasi yang menjadi teras RevBits sejak penubuhannya.
Dalam artikel “Offering a Refreshed Look at Cybersecurity Software and Service” (Menawarkan Penampilan Baharu Dalam Perisian dan Perkhidmatan Keselamatan Siber), Mucteba menjelaskan tentang cabaran dan pencapaian RevBits.
“Mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan keselamatan siber untuk organisasi besar, saya telah menggunakan banyak produk keselamatan siber namun agak terkejut apabila melihat kebanyakan produk malah penyelesaian terkemuka di pasaran turut memiliki kelemahan yang besar.”
Meneruskan topik ini, Mucteba menyatakan: “Pada masa kini, kebanyakan syarikat masih bergantung pada gabungan penyelesaian yang berbeza dan tidak berkesan bagi keselamatan siber mereka yang menjadi faktor utama kepada krisis insiden siber global yang berterusan, sangat mahal dan memusnahkan. Sebahagian besar serangan ini seperti perisian tebusan atau penyamaran halaman boleh dielakkan dengan perlindungan sewajarnya yang disediakan oleh RevBits.”
RevBits ditubuhkan untuk menutup jurang yang dibuka luas oleh produk keselamatan siber utama. Berdasarkan seni bina inovatif dengan beberapa paten A.S., baru-baru ini ia telah melancarkan Cyber Intelligence Platform (CIP) RevBits (Platform Kecerdasan Siber) yang terkenal sebagai Every CISO’s Dream (Impian Setiap Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat). Ia menggabungkan rangkaian lengkap modul siber yang merangkumi keselamatan e-mel, keselamatan titik akhir dengan teknologi EDR, PAM dan penipuan dalam satu platform bersepadu yang menjadi ciri utamanya.
Pandangan terpusat bagi komponen paling penting dalam pertahanan siber dengan tindakan modul silang yang menyediakan kecerdasan tindakan masa nyata benar-benar meningkatkan penyelesaian keselamatan siber.
“Saya yakin bahawa pendekatan vendor tunggal yang bersepadu ini akan mengubah cara syarikat melihat keselamatan siber. Alternatif untuk menggunakan pelbagai penyelesaian dari pelbagai vendor adalah jelas tidak berkesan.” Mucteba menyimpulkan.
Tentang RevBits
Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah syarikat keselamatan siber komprehensif yang berdedikasi untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggannya. Dengan menawarkan empat alat keselamatan yang canggih dan terdiri daripada sepuluh modul berbeza, RevBits memberikan perlindungan kepada syarikat yang menghadapi ancaman siber paling canggih.
RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, Antwerp (Belgium) dan London (England). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari laman web kami di www.revbits.com.
***
SILA HUBUNGI: neal.hesterberg@revbits.com
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/revbits-diiktiraf-sebagai-10-penyedia-penyelesaian-keselamatan-siber-terbaik-tahun-2021.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/revbits-diiktiraf-sebagai-10-penyedia-penyelesaian-keselamatan-siber-terbaik-tahun-2021-1.jpg
Source: PRNEWSWIRE