
Program Hank’s Home Game Kedua yang Dibintangi oleh Pelakon Terkenal Menyaksikan Jenaka, Lawak dan Persembahan atas Nama Amal di Pokerstars.net
![]() |
Hank Azaria menarik lebih ramai rakan di sekeliling meja poker untuk keceriaan dan tujuan amal
ONCHAN, Isle of Man, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Pelakon Hank Azaria kembali ke meja poker dalam talian untuk permainan dari rumah yang menampilkan pelakon terkenal dengan lebih banyak gelak ketawa, dikuasakan oleh PokerStars.net. Program kedua Hank’s Home Game akan menyaksikan Amy Schumer, Jack Black, JK Simmons dan Jason Alexander berentap dengan Hank dan antara satu sama lain, serta Jon Hamm yang kembali untuk mencari lebih banyak dana bagi badan amal pilihannya selepas tewas dalam permainan sulung tersebut.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8871951-hanks-home-game-sees-jokes-jibes-showdowns-at-pokerstars/
Hank’s Home Game – yang dikuasakan oleh PokerStars.net ialah PokerStars.net Home Game dalam talian yang istimewa yang menampilkan enam orang selebriti berinteraksi dan bersaing antara satu sama lain untuk memenangi bahagian mereka dengan hadiah berjumlah $50,000 sebagai sumbangan kepada badan amal yang menjadi pilihan mereka. Untuk siri permainan dari rumah ini, PokerStars.net telah bekerjasama dengan Edward Charles Foundation untuk mengedarkan dana yang dikumpulkan melalui Hank’s Home Game kepada badan amal pilihan para selebriti. Edward Charles Foundation merupakan penaja fiskal yang membantu pelanggan mengubah semangat dermawan mereka menjadi satu misi yang memberi impak.
Permainan kedua dalam siri Hank’s Home Game yang baharu boleh ditonton di sini.
Hank Azaria yang menjadi hos berkata: “Saya teruja dapat kembali untuk menyertai lagi permainan ini dan melihat lebih banyak hiburan disediakan sementara kami mengumpulkan lebih banyak dana untuk badan amal. Bekerjasama dengan pasukan ini untuk tujuan kebajikan adalah suatu pengalaman yang menarik. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku dan saya juga tidak memaksudkannya hanya dengan bermain poker.”
Kent Seton, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Edward Charles Foundation (sebuah pertubuhan amal awam 501c3 yang terdiri daripada lebih 100 inisiatif amal), berkata: “Pasukan Edward Charles Foundation sangat teruja dapat bekerjasama dengan platform bertaraf dunia, PokerStars.net yang telah tampil ke hadapan untuk tujuan amal dan mengubah dunia dan pasukan Edward Charles Foundation sangat teruja dapat bekerjasama dalam inisiatif Hank’s Home Game yang akan membantu meningkatkan dana amal dan mengubah kehidupan ramai orang.”
Permainan pertama menyaksikan Don Cheadle, Jon Hamm, Michael Ian Black, Josh Charles dan Michael Cera bersaing dengan Hank untuk tujuan yang sangat bermakna. Michael Cera menduduki tempat teratas dan menyumbang sebanyak $20,000 kepada badan amal pilihan beliau, First Responders First yang menyokong keperluan kesihatan dan keselamatan bagi para pekerja penjagaan kesihatan awam.
Hank’s Home Game menyusul selepas rancangan Stars Call for Action pada bulan Mei 2020 yang menyaksikan lebih $1 juta disumbangkan kepada badan amal dan lebih 90 orang selebriti bermain poker bersama-sama. David Costabile telah memenangi pertandingan tersebut dan $100,000 disumbangkan kepada badan amal pilihannya, World Central Kitchen untuk membekalkan makanan kepada mereka yang amat memerlukan.
Home Games PokerStars.net membolehkan anda membawa permainan dari rumah di kawasan anda ke dalam talian supaya anda boleh bermain dengan rakan-rakan dan keluarga di seluruh dunia.
Bermain Secara Percuma di PokerStars.net. Ini bukan laman perjudian dan tidak menyediakan peluang untuk memenangi wang sebenar. Permainan kami adalah untuk individu berumur 18 tahun ke atas dan untuk tujuan hiburan sahaja. Berlatih atau berjaya dalam permainan sosial tidak menandakan kejayaan masa depan dalam perjudian wang yang sebenar.
NOTA KEPADA EDITOR:
Tentang PokerStars.net
PokerStars.net dimiliki sepenuhnya oleh Flutter Entertainment plc. (LSE: FLTR; EURONEXT: FLTR).
Bermain Secara Percuma di PokerStars.net. Laman ini tidak menyediakan peluang untuk memenangi wang sebenar. Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Bermain secara bertanggungjawab.
Bermain secara percuma di PokerStars.net Ini bukan laman perjudian dan tidak menyediakan peluang untuk memenangi wang sebenar. Permainan kami adalah untuk individu berumur 18 tahun ke atas dan untuk tujuan hiburan sahaja. Berlatih atau berjaya dalam permainan sosial tidak menandakan kejayaan masa depan dalam perjudian wang yang sebenar.
Video: https://www.youtube.com/watch?v=K3BplDLZXI4

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Gambling/Casinos Multimedia/Online/Internet Travel Corporate Social Responsibility New products/services MAT (Mature Audience)
Source: PRNEWSWIRE


