- Iklan -

SKEMA menyusun atur kemajuan pertamanya dalam AI

PARIS, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ — Setahun selepas pelancaran pelan strategik 2020-2025, SKEMA dengan sukacitanya mengumumkan beberapa kemajuan yang utuh terutama dalam kecerdasan buatan (AI):

SKEMA AI visual
SKEMA AI visual

Dengan kewujudan SKEMA AI Institute, AI sedang diterapkan ke atas semua program dan kampus. 

Sebagai syarikat yang mendepani kemajuan pada tahun 2019 dengan pembukaan Pusat Penyelidikan AI di Montreal, SKEMA memperoleh momentum dengan tertubuhnya SKEMA AI Institute, sebuah sistem global yang menyatukan kira-kira dua puluh orang profesor dan pakar dalam AI serta menyusun atur strategi AI milik sekolah ini – daripada penyelidikan kepada aplikasi yang utuh dalam semua program sekolah – seraya melakar wilayah serta ekosistem di seluruh kampusnya di Perancis dan luar negara.

Dalam konteks ini, kerjasama bersejarah antara sekolah tersebut dengan UCA (University Côte d’Azur) khususnya Institut 3IA Côte d’Azur, adalah amat berharga dan perlu dinyatakan.

Bagi Alice Guilhon, Dekan Sekolah Perniagaan SKEMA: “Adalah penting untuk memperkenalkan AI ke dalam semua program akademik SKEMA. Ia juga membentuk salah satu tonggak SKY25: yang kami panggil hibridisasi. Hibridisasi ialah salah satu pemacu hasrat kami untuk muncul sebagai sekolah ‘Avant-Garde’ dengan mencadangkan hibridisasi secara 100% ke atas program kami: AI, memberi khidmat kepada dunia perniagaan.”

Kita dapat memerhatikan perkara berikut dalam beberapa kemajuan di bidang AI:

  • Penubuhan “Fakuti AI” SKEMA yang terdiri daripada lebih 20 orang profesor dan penyelidik yang dibahagikan kepada 4 bidang antara disiplin: Asas AI; IA, Ekonomi & Kewangan; IA, Pemasaran & Pengurusan; IA, Operasi, Rantaian Bekalan & Sistem Maklumat.
  • Penyepaduan “AI” yang khusus dalam program BBA Global.
  • Pelancaran program Specialised Master® yang baharu untuk “pengurus projek AI” pada musim luruh 2021 sedang dalam proses kelulusan oleh organisasi “Conférence des Grandes Ecoles “.

Asma Hanafi, seorang pelajar dalam program Master in Management (Program Grande Ecole) yang telah memilih program “IA untuk pengurus”, berkata: “Nilai tambah program latihan AI seperti ini terletak secara khusus pada ciri semula jadinya yang teknikal. Sebagai pelajar sekolah perniagaan yang sedang memohon latihan amali serta mempunyai kemahiran dalam pembelajaran mesin dan pengaturcaraan, ia menjadikan kami suatu profil yang menarik dengan kelebihan yang luar biasa. Saya merasai kelebihan ini semasa ditemu bual untuk pencarian latihan amali kerana hal ini telah menimbulkan rasa ingin tahu beberapa orang perekrut. Hari ini, AI merupakan suatu bahagian yang penting dalam semua sektor aktiviti. Ia menyumbang kepada penyelidikan, inovasi dan proses membuat keputusan, sama ada untuk tujuan pemasaran, sumber manusia, kewangan dan lain-lain. Pengurusan dan analisis data merupakan isu yang dihadapi oleh semua syarikat. Oleh itu, penting bagi pengurus masa hadapan untuk mengetahui bagaimana menguasai subjek utama tersebut.”

Setakat ini, lebih daripada 70% program SKEMA merangkum dimensi AI dalam pengajaran mereka. Dengan SKEMA AI Institute dan program baharunya, gambaran awal sekolah ini akan akhirnya menjadi entiti khusus di bawah nama “SKEMA AI School for Business”.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini, sila lihat brosur SKEMA AI for Business: http://bit.ly/2YnnLGL.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/skema-menyusun-atur-kemajuan-pertamanya-dalam-ai.jpg

Sila hubungi: Christine Cassabois, Christine.cassabois@skema.edu

Source: PRNEWSWIRE

You might also like