
Hank Azaria Mengetuai Siri Permainan Rumah Poker Dalam Talian Bersama Bintang-Bintang Terkenal di Pokerstars.net
![]() |
Bintang-bintang Global bersaing dan berhubung dalam ‘Hank’s Home Game’ yang dibawa oleh PokerStars.net
ONCHAN, Isle of Man, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ — Permainan poker dalam talian menyatukan bintang-bintang pementasan dan perfileman untuk bertanding secara maya dan bergurau senda dalam siri Hank’s Home Game yang baharu pada platform permainan poker dalam talian global terkemuka iaitu PokerStars.net. Home Game, permainan atas talian bersama bintang-bintang terkenal di PokerStars.net menampilkan enam orang selebriti yang berinteraksi dan bersaing antara satu sama lain di depan kamera untuk memenangi hadiah sebanyak $50,000 sebagai sumbangan kepada badan amal pilihan mereka.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8848751-hank-azaria-leads-star-studded-online-poker-home-game-series/
Dihoskan oleh pelakon Hank Azaria, peminat permainan poker dan peminat selebriti dijemput untuk menonton permainan tersebut dari rumah mereka dengan selesa. Permainan rumah bersama bintang-bintang terkenal yang pertama tersebut kini disiarkan secara langsung di saluran YouTube, PokerStars.net dan menampilkan Hank serta rakan-rakan iaitu Don Cheadle, Jon Hamm, Michael Ian Black, Josh Charles dan Michael Cera yang bersaing untuk memenangi hadiah sebanyak $50,000 bagi disumbangkan kepada badan amal pilihan mereka. Kesemua badan amal yang telah dipilih tetap akan mendapat sumbangan kerana PokerStars.net akan memberi sumbangan bagi pihak setiap selebriti berdasarkan jumlah cip wang yang dimenangi oleh setiap pemain sewaktu permainan rumah tersebut berakhir.
Bersama-sama dengan Azaria, terdapat lebih ramai selebriti akan turut menyertai kerusi panas di meja Home Game, termasuk Amy Schumer dan Jack Black.
Hos Hank Azaria berkata: “Hank’s Home Game adalah tentang teman-teman yang hebat dan perbualan yang menarik. Di samping kami berharap rancangan Home Game ini akan menghiburkan semua orang, ia juga merupakan peluang untuk terus mengumpul wang bagi tujuan amal. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan PokerStars.net dalam siri yang menyeronokkan ini dan saya berharap orang ramai turut menikmati keseronokan sepertimana kami gembira bermain permainan ini.”
Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam Kumpulan PokerStars.net, Rebecca McAdam Willetts, berkata: “Menyediakan hiburan untuk komuniti merupakan teras kepada segala yang kami usahakan di PokerStars.net dan Hank ‘s Home Game ialah gambaran hebat kepada usaha tersebut. Home Games kami adalah cara terbaik untuk orang ramai berhubung dan bersaing secara percuma dari rumah. Hank dan ramai tetamu berbakatnya yang mempunyai minat semula jadi terhadap permainan poker telah menghasilkan keseronokan yang nyata melalui gabungan mereka untuk tujuan amal. Kami berharap ia juga dapat memberi hiburan kepada para penonton di rumah.”
Episod pertama boleh ditonton di sini.
Hank’s Home Games menyusul selepas rancangan Stars CALL for Action pada bulan Mei 2020 yang menyaksikan lebih $1 juta telah disumbangkan kepada badan amal dan lebih 90 orang selebriti bermain poker bersama-sama. David Costabile telah memenangi pertandingan tersebut dan $100,000 disumbangkan kepada badan amal pilihannya, World Central Kitchen untuk membekalkan makanan kepada mereka yang amat memerlukan.
Home Games PokerStars.net membolehkan anda membawa permainan rumah tempatan anda ke dalam talian supaya anda boleh bermain dengan rakan-rakan dan keluarga di seluruh dunia.
Bermain secara percuma di PokerStars.net
Ini bukan laman perjudian dan tidak menyediakan peluang untuk memenangi wang sebenar.
Permainan kami adalah untuk individu berumur 18 tahun ke atas dan untuk tujuan hiburan sahaja.
Berlatih atau berjaya dalam permainan sosial tidak menandakan kejayaan masa depan dalam perjudian wang yang sebenar.
NOTA KEPADA EDITOR:
Tentang PokerStars.net
PokerStars.net dimiliki sepenuhnya oleh Flutter Entertainment plc. (LSE: FLTR; EURONEXT: FLTR).
Bermain Secara Percuma di PokerStars.net. Laman ini tidak menyediakan peluang untuk memenangi wang sebenar. Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Bermain secara bertanggungjawab.
https://www.PokerStars.net/about/responsible-gaming/
Video: https://mma.prnasia.com/media2/1430489/Hanks_Home_Game_at_PokerStars_is_now_live.mp4
Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/hank-azaria-mengetuai-siri-permainan-rumah-poker-dalam-talian-bersama-bintang-bintang-terkenal-di-pokerstars-net-1.jpg
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/hank-azaria-mengetuai-siri-permainan-rumah-poker-dalam-talian-bersama-bintang-bintang-terkenal-di-pokerstars-net.jpg
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Gambling/Casinos Multimedia/Online/Internet Travel New products/services MAT (Mature Audience)
Source: PRNEWSWIRE