Pengeluar jam Switzerland Hublot, Penjaga Masa Rasmi Liga Perdana, mengumumkan versi edisi terhad jam e-terhubung Big Bang

129
- Iklan -

NYON, Switzerland, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ — Hublot, dengan bangganya memperkenalkan Big Bang e Premier League, evolusi baharu Big Bang terhubung dengan aplikasi khusus, paparan dan tali jam yang baharu berwarna ungu, warna ikonik Liga Perdana.

Hublot Big Bang e Premiere League
Hublot Big Bang e Premiere League

“Setelah menjadi Duta Hublot selama bertahun-tahun, boleh saya katakan bahawa saya amat berbangga memakai jam tangan yang hebat ini yang akan membawa peminat liga kami lebih dekat dengan perlawanan. Malah, saya amat berbangga melihat Hublot dan Liga Perdana bersatu – pembuat jam tangan terbaik di dunia bersama-sama liga terbaik dunia. Suatu padanan yang istimewa.”
— José Mourinho
KETUA JURULATIH, TOTTENHAM HOTSPUR

“Saya peminat setia kepada apa-apa sahaja yang menjadikan bola sepak lebih dekat dan menarik, serta teknologi yang menghidupkan permainan. Big Bang e Premier League adalah suatu perkembangan sensasi daripada Hublot dan pengubah permainan sebenar kepada peminat Liga Perdana di seluruh dunia. Syabas, Hublot.” 
Alan Shearer
PENJARING TERBANYAK LIGA PERDANA SEPANJANG ZAMAN

200 unit jam tangan edisi terhad ini didatangkan dengan bekas yang ringan dalam kemasan satin dan gilapan titanium. Ia dibuat berdasarkan jam tangan Big Bang e-terhubung Hublot yang dilancarkan pada tahun lalu, dengan beberapa ciri tambahan yang disesuaikan dengan pengalaman peminat Liga Perdana.

Tali jam, yang terdapat dalam warna ungu istimewa Liga Perdana, boleh ditukar dengan pantas oleh si pemakai jam dengan adanya rekaan pintar sistem pertukaran tali Satu Klik Hublot. Setiap tali jam dilengkapi dengan kancing seramik hitam dengan kemasan mikro. Sebagai contoh, pemilik boleh mengubah rupa bentuk jam tangan dengan mudah dengan memilih warna tali getah dan konfigurasi paparan jam.

Jam tangan ini dikuasakan oleh Wear OS, Google™ dan dilengkapi dengan aplikasi Liga Perdana Hublot Loves Football yang eksklusif, yang turut tersedia kepada pemilik Big Bang e-terhubung Hublot kelak, melalui hublot.com atau gedung aplikasi Google Play.

Aplikasi ini menyediakan animasi pemberitahuan untuk mengingatkan pemakai tentang masa sepak mula perlawanan Liga Perdana (15 minit sebelum permainan bermula), jaringan, penalti, penggantian, kad kuning dan merah dan masa tambahan. Paparan jam boleh ditetapkan untuk mempamerkan masa menggunakan paparan digital atau analog dan apabila perlawanan bermula, jam tangan akan bertukar kepada “Mod Perlawanan” secara automatik.

Aplikasi ini turut memaparkan barisan pemain pasukan dan keputusan VAR. Apabila jam menandakan perlawanan telah berakhir, ia akan memulakan kira detik untuk perlawanan seterusnya. Jika terdapat dua perlawanan yang berlangsung pada masa yang sama, pengguna boleh menukar perlawanan dengan hanya satu ketikan skrin.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/pengeluar-jam-switzerland-hublot-penjaga-masa-rasmi-liga-perdana-mengumumkan-versi-edisi-terhad-jam-e-terhubung-big-bang-1.jpg 
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/pengeluar-jam-switzerland-hublot-penjaga-masa-rasmi-liga-perdana-mengumumkan-versi-edisi-terhad-jam-e-terhubung-big-bang-2.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/pengeluar-jam-switzerland-hublot-penjaga-masa-rasmi-liga-perdana-mengumumkan-versi-edisi-terhad-jam-e-terhubung-big-bang-3.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/pengeluar-jam-switzerland-hublot-penjaga-masa-rasmi-liga-perdana-mengumumkan-versi-edisi-terhad-jam-e-terhubung-big-bang.jpg

Hublot Big Bang e Premiere League Replica Time
Hublot Big Bang e Premiere League Replica Time
Jose Mourinho wearing the Hublot Big Bang e Premier League
Jose Mourinho wearing the Hublot Big Bang e Premier League

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mobile Entertainment Retail Sports Sports Equipment & Accessories Telecommunications New products/services

Source: PRNEWSWIRE