Alami 5G dengan YOFC | YOFC Tonjolkan Profil Terbuka dan Pintar di MWC Shanghai 2021

106
- Iklan -

SHANGHAI, 26 Februari, 2021 /PRNewswire/ — Pada 23 Februari, acara komunikasi mudah alih yang bertaraf dunia — Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2021 (MWC Shanghai 2021) kembali ke Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai setelah tergendala selama setahun. Dalam acara tersebut, Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (‘YOFC’, kod saham: 601869.SH, 06869.HK) membuat kemunculan sulung globalnya bagi tahun ini dengan tema ‘Alami 5G dengan YOFC’ (‘Experience 5G with YOFC’). Syarikat ini mempamerkan produk, penyelesaian dan keupayaan teknologi dan perkhidmatan yang komprehensif dengan tumpuan pada 5G, inovasi teknologi, industri pintar, bandar pintar, pengangkutan pintar, lautan pintar, kediaman pintar, tenaga kuasa pintar, data pintar, antara lain. YOFC juga mengadakan webinar teknikal untuk pasaran antarabangsa, yang melaluinya ia memperkenalkan gentian optiknya, modul optik serta penyelesaian untuk komunikasi transit rel dan bawah laut.

YOFC Tonjolkan Profil Terbuka dan Pintar di MWC Shanghai 2021
YOFC Tonjolkan Profil Terbuka dan Pintar di MWC Shanghai 2021

Di webinar tersebut, penganalisis CRU En. Michael Finch dijemput untuk berkongsi pandangan beliau mengenai trend industri gentian optik. Beliau mengkaji semula perkembangan dalam pasaran serantau yang utama, mengetengahkan faktor-faktor pendorong FTTx dan penggunaan 5G. Menurut pandangan beliau. permintaan terhadap rangkaian jalur lebar yang stabil dan berkapasiti besar, disokong oleh gentian optik menjadi semakin menyerlah berbanding sebelum ini dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia turut meningkatkan matlamat mereka untuk FTTH. Walau bagaimanapun, penggunaan global FTTH merosok daripada kemuncaknya pada tahun 2017 yang menjadikan 5G sebagai faktor pendorong utama. Khususnya, pembinaan rangkaian 5G mandiri memerlukan lebih banyak gentian dan infrastruktur baharu yang sepadan. En. Finch percaya bahawa mulai tahun 2021, 5G dijangka memberi impak yang lebih mendalam ke atas penggunaan kabel optik global.

En. Raadjkoemar Matai, Ketua Saintis untuk Gentian YOFC memberi pengenalan yang terperinci mengenai gentian optik baharu YOFC untuk rangkaian 5G. Beliau berkata, trafik data yang semakin berkembang dalam era 5G memberi tekanan yang semakin meningkat ke atas penghantaran data dan lebar jalur rangkaian pembawa dan kadar penghantaran rangkaian tulang belakang akan terus dinaik taraf daripada 100G ke 200G/400G malah lebih tinggi lagi. Justeru itu, pembangunan gentian optik dan kabel yang menyokong sistem 200G/400G terlebih dahulu meletakkan asas untuk membina rangkaian maklumat berkelajuan tinggi. Gentian optik G.654.E YOFC, yang membawakan nisbah kehilangan yang lebih rendah dan kawasan berkesan yang lebih besar, berjaya diaplikasikan dalam banyak projek talian jauh yang dilancarkan oleh China Mobile, China Telecom dan China Unicom, selain projek grid negeri. Ia juga telah melepasi ujian 400G pada rangkaian sedia ada dan dapat memenuhi keperluan rangkaian dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Oleh itu, ia dilihat sebagai penyelesaian gentian/kabel optik optimum sejajar dengan keperluan untuk lebar jalur rangkaian setelah 5G tersedia secara komersial. Dalam masa yang sama, YOFC juga berasa suka cita dapat memperkenalkan gentian BILL®, yang direka untuk mengatasi kekurangan sumber saluran dalam penggunaan 5G, membolehkan pemerosotan rendah dalam MAN dan menangani kehilangan terowong penghantaran dan pengurangan kadar lantaran lenturan hujung gentian yang kerap. Mempunyai nisbah kehilangan yang lebih rendah, rintangan lenturan yang lebih baik dan saiz yang lebih kecil, gentian tersebut bukan sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan ruang saluran, tetapi juga memastikan penghantaran berkelajuan tinggi untuk gelombang/isyarat panjang dan kestabilannya melalui prestasi lenturan yang lebih baik.

Menyasarkan keperluan teras dan masalah utama pelanggan, YOFC berkongsi produk dan penyelesaiannya yang utama dalam industri menerusi sektor-sektor komunikasi kereta api, pusat data dan komunikasi kapal selam, termasuk kabel sepaksi bocoran mod-radiasi jalur lebar 5G, rangkaian penuh modul optik dan kabel bawah laut, antara tawaran canggih yang lain.

Selain daripada webinar tersebut, YOFC mengadakan Pelancaran Akhbar Jenama Gentian Optik X-Band pada 24 Februari. Dengan menghimpunkan barisan senario penuh gentian optik X-Band YOFC bermula daripada rangkaian akses kepada rangkaian tulang belakang, serta dari darat ke lautan, syarikat ini mengetengahkan nilai pasti rangkaian tersebut – prestasi tinggi, kualiti tinggi dan sambungan luas. Dengan imej jenama yang kukuh dan produk yang hebat, YOFC komited untuk membina rangkaian optik yang stabil, mantap dan cekap.

Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (turut dikenali sebagai ‘YOFC’) ditubuhkan di Wuhan, Wilayah Hubei pada Mei 1988. Ia merupakan sebuah perusahaan yang inovatif dari segi teknologi dan pembekal terkemuka di dunia, yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan membuat prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik, selain menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang disepadukan kepada pelanggannya. YOFC terutamanya mengeluarkan dan menjual jenis prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik berbeza yang diaplikasikan secara meluas dalam industri telekomunikasi, modul optik tersuai, gentian optik khas, kabel optik aktif, kabel bawah laut, kabel serta aksesori sepaksi RF dan sebagainya. YOFC turut dilengkapi dengan beberapa penyelesaian dan perkhidmatan seperti integrasi sistem dan reka bentuk kejuruteraan komunikasi. Menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian yang berbeza untuk industri telekomunikasi dunia dan industri-industri lain seperti Utiliti Awam, Pengangkutan, Minyak & Kimia serta Ubat-ubatan. YOFC menawarkan produk dan penyelesaiannya ke lebih 70 negara dan wilayah di serata dunia.

https://en.yofc.com/ 

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news

Source: PRNEWSWIRE