
Lebih banyak firma merebut peluang pasaran China di CIIE
![]() |
SHANGHAI, 17 Februari 2021 /PRNewswire/ — Jualan runcit kosmetik China mencecah 292.2 bilion yuan ($45.39 bilion) pada tahun 2019, peningkatan sebanyak 12.6 peratus berbanding tahun 2018. China muncul sebagai pasaran pengguna kosmetik kedua terbesar di dunia, menurut data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Nasional China baru-baru ini.
Banyak syarikat kosmetik Korea Selatan telah berkembang ke pasaran kosmetik China melalui Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), yang dilihat oleh kebanyakan syarikat multinasional sebagai pintu gerbang penting untuk memasuki pasaran China.
Amore Pacific, sebuah kumpulan syarikat kosmetik Korea Selatan yang terkenal telah menyertai ketiga-tiga edisi CIIE tersebut. Pada edisi ketiga, kawasan pameran kumpulan tersebut diperluas dua kali ganda daripada edisi sebelumnya dan banyak produk baharu telah dilancarkan.
Gao Xiangqin, Presiden Amore Pacific di China menyatakan bahawa China merupakan sebuah pasaran yang signifikan untuk trend fesyen terkemuka dan masih mempunyai permintaan domestik yang besar. CIIE membuka pasaran potensi pengguna yang signifikan kepada dunia.
“Kami telah menyertai CIIE selama tiga tahun berturut-turut. Kami telah mendapat dua atau tiga rakan kongsi dalam setiap edisi. Perolehan sasaran yang telah dicapai dalam CIIE menyumbang kepada 30 peratus daripada jualan tahunan jenama kami di China,” kata Cao Ye, Ketua Perwakilan di China, UNI Cheju.
Banyak firma Korea Selatan yang merangkumi pelbagai industri dan sektor telah menyedari peluang-peluang yang disediakan oleh ekspo tersebut. Edisi ekspo tersebut pada setiap tahun telah menyaksikan penyertaan sejumlah besar firma dari Korea Selatan berbanding firma dari negara-negara lain. Pada tahun 2020, lebih 100 buah firma Korea Selatan telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada firma-firma Korea Selatan, satu acara promosi dalam talian yang menyasarkan syarikat-syarikat ini telah dijalankan pada 2 Februari lepas yang menyaksikan lebih 100 buah perusahaan Korea Selatan mengambil bahagian, termasuk pembekal alat ganti kenderaan Hyundai Mobis dan pembekal semikonduktor SK Hynix.
“Pada tahun lalu, banyak syarikat Korea Selatan mengatasi kesukaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 untuk menyertai CIIE pada bulan November lepas. Mereka telah menjadi rakan kongsi penting kami dalam masa-masa yang sukar,” kata Sun Chenghai, Timbalan Ketua Pengarah Biro CIIE, pada acara tersebut.
Menurut pengumuman yang dibuat pada mesyuarat dalam talian tersebut, Hyundai Motor Group, syarikat pengeluar kenderaan terbesar di Korea Selatan akan membawa tiga jenama kenderaannya berserta pembekal alat ganti kenderaan, Hyundai Mobis ke ekspo tahun ini dan berkemungkinan akan menjadi pempamer perusahaan terbesar dari segi keluasan kawasan pameran.
CIIE ketiga yang diadakan pada bulan November tahun lepas telah menarik para pengusaha dari 124 buah negara dan wilayah, meliputi kawasan pameran seluas 360,000 meter persegi dan menyaksikan debut 411 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu. Sejumlah $72.6 bilion urus niaga yang disasarkan telah berjaya dicapai.
Persiapan untuk CIIE keempat yang akan dianjurkan di Shanghai dari 5 hingga 10 November 2021 sedang berjalan dengan lancar. Ratusan perusahaan telah mendaftar untuk menyertainya.
Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai edisi keempat ini boleh menempah tempat melalui pautan pendaftaran ini:
https://www.ciie.org/ciie/f/book/register?locale=en
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/lebih-banyak-firma-merebut-peluang-pasaran-china-di-ciie-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/lebih-banyak-firma-merebut-peluang-pasaran-china-di-ciie.jpg
Sila hubungi: Nie Qingxin
Tel.: +86-21-67008870 / 67008988
Keywords: Auto Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Semiconductors Transportation Trade show news
Source: PRNEWSWIRE