Huawei Lancar Kertas Putih NetX 2025

92

SHENZHEN, China, 19 Februari 2021 /PRNewswire/ — Di sesi pra-taklimat media dan juruanalisis dalam talian Huawei untuk MWC Shanghai 2021, Peng Song, Presiden Jabatan Pemasaran & Jualan Penyelesaian Pembawa Huawei menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk “NetX 2025: Laluan Menuju Rangkaian Masa Depan” (“NetX 2025: The Path to Future Networks”). Semasa menyampaikan ucapan ini, Peng mengumumkan pelancaran Kertas Putih NetX 2025 termasuk data sokongan berdasarkan penyelidikan dan analisis IDC. Kertas putih ini memperkenalkan model GUIDE, menjelaskan mengenai wajah rangkaian operator masa depan.

Peng Song delivered a keynote speech titled "NetX 2025: The Path to Future Networks".
Peng Song delivered a keynote speech titled “NetX 2025: The Path to Future Networks”.

Sejak dua dekad yang lalu, perkhidmatan komunikasi telah berkembang daripada fungsi suara sahaja kepada rangkuman pelbagai data, video dan banyak lagi. Teknologi tanpa wayar, pengangkut dan IT membangun bersama-sama perkhidmatan komunikasi bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

Menurut Peng, tatkala transformasi ke arah masyarakat pintar dipercepatkan, semua industri memasuki era digital yang melaluinya infrastruktur ICT akan memainkan peranan penting dalam ekonomi digital. Perancangan rangkaian-sasaran untuk semua senario perkhidmatan merupakan kunci pertumbuhan baharu operator. Dengan perancangan rangkaian-sasaran yang menyasarkan kejayaan perniagaan, industri ini perlu bertindak dengan mengutamakan intipati perniagaan. Rangkaian telekomunikasi pasti akan berubah dengan luar biasa untuk beradaptasi dengan perkhidmatan baharu dan keperluan teknologi. Justeru itu, operator perlu membuat perancangan rangkaian sasaran hari ini demi merebut peluang baharu pada masa akan datang.

Semasa menyampaikan ucapan dasar beliau, Peng berkongsi visi Huawei untuk rangkaian operator sasaran 2025. Dari perspektif kejayaan perniagaan dan keupayaan teknologi, Huawei percaya bahawa rangkaian sasaran perlu mempunyai lima ciri: Gigabit Di Mana-mana, Ultra-Pengautomatan, Sambungan Berbilang-Awan Pintar, Pengalaman Terbeza dan Keharmonian Persekitaran.

Five Key Characteristics GUIDE CSP's Target Network
Five Key Characteristics GUIDE CSP’s Target Network

Ciri Gigabit Di Mana-mana penting untuk rangkaian sasaran bagi menyediakan perkhidmatan digital kepada pengguna. Rangkaian gigabit merupakan asas yang melaluinya sesebuah syarikat, bandar malah ekonomi negara boleh berkembang. Sambungan gigabit merupakan keperluan paling asas untuk aplikasi pembuatan seperti VR dan AR, kamera industri dan pengumpulan data pengeluaran.

Ciri Ultra-Pengautomatan penting untuk rangkaian sasaran dengan O&M pintar. Dengan 5G yang menyaksikan penerimaan besar-besar dan semakin banyak operator melancarkan perkhidmatan pendigitalan industri, skala dan kerumitan rangkaian semakin meningkat dengan pesat. Operator perlu mendayakan ciri ultra-pengautomatan dengan menerima pakai data raya dan teknologi pintar. Rangkaian operator dapat mencipta nilai yang lebih besar dengan mengautomasikan tugas-tugas yang rumit dan memudahkan tugas manusia dengan pintar.

Sambungan Berbilang-Awan Pintar mewujudkan platform rangkaian sasaran untuk pengagregatan perkhidmatan. Setelah bertahun-tahun dibangunkan, teknologi awan berkembang daripada IT tradisi kepada pengkomputeran awan dan kemudiannya natif awan. Transformasi digital perusahaan memacu sistem IT untuk menjadi sistem berasaskan awan manakala sambungan berbilang awan kini penting untuk memenuhi keperluan yang melibatkan kawalan kos, keandalan perkhidmatan dan pemulihan bencana berbilang awan. Perubahan ini telah mendorong keperluan yang baharu untuk sambungan berbilang awan pintar dan membawa peluang baharu untuk operator bagi membangunkan perkhidmatan pergabungan rangkaian awan.

Pengalaman Terbeza merupakan kunci untuk membolehkan rangkaian sasaran memudahkan kejayaan perniagaan. Intipati pengalaman pengguna ialah perniagaan manakala intipati perniagaan ialah pengewangan. Semakin banyak amalan membuktikan bahawa pengalaman terbeza dapat mewujudkan nilai premium. Sebagai contoh, dalam pasaran perusahaan dan kerajaan, bursa saham sanggup membayar 10 kali ganda sewa untuk 1-ms kependaman rangkaian lebih rendah. Bagi operator, pengalaman terbeza bererti menyediakan pengalaman dengan usaha terbaik dan pengalaman berketentuan. Pengalaman yang baik dapat memenuhi keperluan peribadi pengguna manakala pengalaman terbeza merupakan pengalaman yang melaluinya operator memperoleh nilai baharu.

Keharmonian Persekitaran ialah komitmen rangkaian sasaran terhadap tanggungjawab sosial dan merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan mampan operator yang terkemuka di seluruh dunia. Operator perlu terus menginovasi produk dan teknologi untuk menjimatkan tenaga, mengurangkan emisi dan membangunkan ekonomi pusingan. Operator juga perlu mendorong penggiat industri untuk bekerjasama bagi membina masyarakat rendah karbon dengan mendayakan sambungan, perkhidmatan, O&M dan aplikasi mesra alam melalui inovasi dalam peralatan, kuasa, penggunaan rangkaian, pusat data, operasi dan juga aplikasi.

Kertas Putih NetX 2025, yang dilancarkan semasa taklimat pra-MWCS, menjelaskan mengenai pendekatan Huawei untuk rangkaian operator sasaran, termasuk pemacu NetX 2025, model GUIDE yang mencirikan NetX 2025, cadangan untuk membangunkan NetX 2025 dan teknologi inovatif yang penting untuk 2025.

Apabila menutup ucapan beliau, Peng berkata bahawa model GUIDE NetX 2025 untuk operator memperlihatkan pemahaman dan visi Huawei terhadap rangkaian masa depan dan pembangunan perkhidmatan operator. Huawei komited untuk bekerjasama dengan operator dan industri bagi meneroka dan membina rangkaian sasaran berorientasi masa depan serta mencapai kejayaan perniagaan menjelang tahun 2025.

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE