Xinhua Silk Road: Sekretariat SCO, TCSA anjur bersama Sidang Kemuncak “Otak Data Negara”

115

BEIJING, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ — Sekretariat Shanghai Cooperation Organisation (SCO) dan Thousand Cities Strategic Algorithms (TCSA) bersama-sama mengadakan sidang kemuncak mengenai “National Data Brain: Driving Societal Stability and Economic Revitalization” (“Otak Data Negara: Memacu Kestabilan Masyarakat dan Pengukuhan Semula Ekonomi”) pada hari Selasa di Beijing.

Sekretariat SCO, TCSA anjur bersama Sidang Kemuncak "Otak Data Negara"
Sekretariat SCO, TCSA anjur bersama Sidang Kemuncak “Otak Data Negara”

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 SCO, sidang kemuncak ini dihadiri oleh negara anggota SCO, negara pemerhati, negara rakan kongsi, duta, wakil diplomatik bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Liga Negara-negara Arab (LAS) selain usahawan Cina yang ternama.

Menurut setiausaha agung SCO Vladimir Norov, yang memberi kata-kata aluan di sidang kemuncak ini, negara-negara SCO melaksanakan usaha bersama bagi membina mekanisme kewangan yang berkesan untuk pembangunan ekonomi dipacu data. Satu pemahaman mendalam mengenai penyelesaian TCSA dapat membantu mencapai matlamat melibatkan kerjasama yang diperketatkan menggunakan teknologi inovatif.

Sidang kemuncak ini menyediakan pelan tindakan teknologi bagi penaiktarafan tadbir urus makroekonomi, kata Vladimir Norov, menambah bahawa beliau berharap agar sidang kemuncak ini dapat mempercepatkan pembinaan Otak Data Negara di pelbagai negara demi mencapai kestabilan masyarakat dan pengukuhan semula ekonomi untuk semua negara SCO.

Adkins Zheng, pengerusi TCSA, menyatakan kesyukuran beliau atas pengiktirafan dan sokongan daripada SCO serta mengadakan pembentangan terperinci mengenai pembinaan Otak Data Negara.

TCSA mempelopori model baharu untuk penghantaran, penyimpanan, penghitungan dan aplikasi data merentas rangkaian dimensi yang besar, kata Zheng, menambah bahawa dengan bertindak seperti CPU ekonomi negara, seni bina data ini dapat mengurangkan kos pemprosesan data dengan pesat.

Sebagai perunding antarabangsa pertama yang menawarkan perkhidmatan untuk kerajaan pusat yang berwawasan bagi menubuhkan sistem makroekonomi negara digital melalui pembinaan Otak Data Negara, TCSA telah mendapat pengiktirafan yang meluas daripada pihak berkuasa dan dunia akademik seperti Bank Dunia dan IMF.

Pada masa kini, TCSA menggalakkan kerjasama dengan kerajaan pusat serta bank pusat di 50 negara, antaranya, lima daripadanya telahpun memasuki proses menandatangani perjanjian dan dua daripadanya telahpun menandatangani perjanjian kerjasama.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/318980.html

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE