- Iklan -

Medical Microinstruments Melantik Veteran Industri Penjagaan Kesihatan, Mark Toland sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Toland menyertai Andrew Cleeland (Pengerusi Lembaga Pengarah, MMI) untuk membangunkan bidang pembedahan mikro dengan bantuan robotik

CALCI, Itali, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ — Medical Microinstruments (MMI) SpA, sebuah syarikat robotik yang mengkhusus dalam memajukan hasil klinikal untuk pesakit yang menjalani pembedahan mikro, hari ini mengumumkan pelantikan Mark Toland sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri peranti perubatan dan baru-baru ini berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Corindus, sebuah syarikat robotik vaskular yang diambilalih oleh Siemens Healthineers pada tahun 2109 bernilai $1.1 bilion. Berikutan kejayaan MMI memperoleh tanda CE untuk Symani Surgical System® pada tahun 2019 dan menyelesaikan kes penggunaan manusia pertama pada tahun 2020 dengan jayanya, Toland akan mendorong hala tuju strategik syarikat daripada pembangunan kepada pengkomersialan yang meluas.

“Terdapat keperluan yang amat besar di seluruh industri penjagaan kesihatan untuk mengembangkan paradigma rawatan terutamanya daripada model manual kepada sesuatu yang memanfaatkan teknologi robotik, integrasi data dan AI untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit,” kata Toland. “Symani Surgical System menawarkan tahap ketepatan yang julung-julung kali dilaksanakan dalam prosedur pembedahan mikro yang berpotensi untuk meningkatkan kesan terhadap hasil rawatan pesakit dalam prosedur yang sangat kompleks. Saya berharap dapat membantu syarikat merealisasikan potensi dan bekerja dengan pasukan yang sangat berbakat dan berkembang di MMI.”

The Symani Surgical System telah digunakan untuk menjalankan empat prosedur pembedahan manusia pertama di Florence, Itali dengan jayanya. Kes-kes ini termasuk satu prosedur rekonstruksi farinks pascaonkologi dan tiga prosedur rekonstruksi anggota bawah pascatrauma yang kompleks, yang menunjukkan gabungan manfaat pengurangan getaran dan penskalaan gerakan (7-20x) melalui pengunaan instrumen sistem NanoWrist®, iaitu sebuah instrumen pergelangan tangan terkecil di dunia. Sistem ini menawarkan tujuh darjah kebebasan dan kecekatan yang melebihi keupayaan tangan manusia untuk meningkatkan rekonstruksi flap bebas, penanaman semula, kecacatan kongenital, pembaikpulihan saraf periferal dan pembedahan limfa, yang kesemuanya mewakili lebih satu juta prosedur setiap tahun di A.S. dan Eropah.

“Pengalaman Mark yang luas dalam industri peranti perubatan dan terutamanya dalam bidang robotik akan memainkan peranan penting bagi pertumbuhan dan impak berterusan MMI dalam pembedahan mikro,” kata Andrew Cleeland, Pengerusi Lembaga Pengarah MMI. “Kami berharap dapat memperkasakan pakar bedah di seluruh dunia dengan teknologi paling maju yang bakal mewujudkan lebih banyak kebolehulangan prosedur yang sangat kompleks serta penghasilan prosedur baharu.” 

Toland menyertai Corindus pada tahun 2016 dan menjadikan syarikat itu sebagai peneraju industri dalam robotik vaskular dengan satu-satunya sistem yang diluluskan untuk indikasi koronari, periferal dan neurovaskular.  Di bawah kepemimpinan Toland, syarikat tersebut telah membina keupayaan canggih dalam automasi dan telerobotik, yang merangkumi prosedur jantung yang pertama kali dilaksanakan di dunia secara jarak jauh dan kajian praklinikal merentas benua menggunakan teknologi 5G. Pengambilalihan Corindus oleh Siemens Healthineers yang bernilai $1.1 bilion merupakan pengambilalihan teknologi perubatan yang kelima terbesar pada tahun 2019. Sebelum menyertai Corindus, Mark memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan di Boston Scientific dan beliau telah membina perniagaan penyelesaian global syarikat tersebut dan menerajui kesemua aspek perniagaan kardiovaskular pasukan komersial A.S., yang mewakili pendapatan bernilai kira-kira $4 bilion. 

Tentang MMI 

Medical Microinstruments S.p.A. (MMI) telah ditubuhkan pada tahun 2015 berhampiran Pisa, Itali untuk meningkatkan prestasi pembedahan melalui pembangunan sistem robotik yang membolehkan pakar bedah mencapai hasil yang lebih baik dalam pembedahan mikro. Symani Surgical System ini menggabungkan inovasi eksklusif, termasuk instrumen mikro pergelangan tangan terkecil di dunia serta teknologi pengurangan getaran dan penskalaan gerakan. Gabungan keupayaan canggih ini membolehkan lebih ramai pakar bedah melakukan pembedahan mikro dengan jayanya di samping mengembangkan bidang pembedahan mikro super. 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/medical-microinstruments-melantik-veteran-industri-penjagaan-kesihatan-mark-toland-sebagai-ketua-pegawai-eksekutif.jpg

www.matternow.com 

Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE

You might also like