- Iklan -

Alfasigma akan memperluas jejak digitalnya

Online doctorAsyou, sebuah platform web yang dikhususkan sepenuhnya kepada pakar perubatan

Laman web ini mengoptimumkan penyelidikan pada pangkalan data perubatan yang paling penting dan berwibawa seperti Pubmed, ICTRP dan ClinicalTrials.gov.

Sebuah bidang yang benar-benar baharu yang menawarkan kursus-kursus dalam talian kepada pakar perubatan tentang beberapa topik berbeza

BOLOGNA, Itali, 29 Januari 2021 /PRNewswire/ — Alfasigma baru-baru ini telah melancarkan beberapa aktiviti digital yang mengembangkan kehadiran web dan meningkatkan perhubungannya di seluruh dunia.

doctorAsyou – dalam talian di www.doctorasyou.com – ialah sebuah portal web yang dikhususkan sepenuhnya kepada pakar berubatan dalam dua bidang utama: penyelidikan saintifik dalam talian dan pembangunan latihan perubatan.

Pangkalan data laman web tersebut mengoptimum dan memudahkan proses penyelidikan dalam talian tentang maklumat perubatan saintifik untuk pengemaskinian yang berterusan, yang diperlukan untuk berhadapan dengan keputusan klinikal dengan cara terbaik.

Pangkalan data tersebut dikemas kini setiap hari dan menghasilkan sejumlah kira-kira 30 juta abstrak serta menggabungkan tiga pangkalan data yang paling berwibawa di dunia seperti Pubmed, ICTRP  dan ClinicalTrials.gov.

Pangkalan data yang komprehensif ini dapat menemukan artikel dan penyelidikan asal, memastikan pengguna mendapat maklumat mutakhir tentang perkembangan kesihatan dan perubatan untuk terus maju dan meningkatkan penjagaan pesakit. Ia juga boleh berfungsi sebagai perpustakaan maya, berguna untuk  menguruskan semua penerbitan dan carian minat yang disimpan dalam folder berbeza. doctorAsyou memberi tumpuan kepada maklumat klinikal secara langsung, malah ia menyaring keluar jenis dokumen yang tidak berkaitan daripada PubMed (contohnya video, editorial, buku) dan menambah baik dengan sumber-sumber lain.

Pier Vincenzo Colli, Ketua Pegawai Eksekutif Alfasigma menyatakan: “doctorAsyou ialah sebuah pelaburan relevan yang telah dilakukan oleh Alfasigma yang memberi manfaat kepada komuniti saintifik global untuk memudahkan kerja penyelidikan dan pembangunan perubatan profesional penjagaan kesihatan yang berterusan. Ia merupakan satu lagi langkah penting dalam transformasi digital kami yang dikhususkan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada pakar perubatan dan penyelidik di seluruh dunia. Skop ini melangkaui fokus kami dalam bidang gastrousus, vaskular dan terapeutik reumatologi kerana projek ini juga selaras dengan usaha tanggungjawab sosial korporat kami dalam menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam semua bidang saintifik.”  

Bidang kedua terdiri daripada program latihan peringkat tinggi yang dapat memajukan kerjaya profesional dan membangun keyakinan pengguna dengan pengalaman belajar berorientasikan tindakan selama 3 hingga 6 bulan yang terdiri daripada kursus kohort dan mampu diri yang direka dan diajar oleh komuniti pakar global. Aktiviti pendidikan disampaikan dalam pelbagai format yang bermatlamat untuk mempermudah tumpuan perhatian dan mengingat segala yang dipelajari. Pada masa yang sama, kursus-kursus tersebut boleh diikuti pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sejumlah topik diajar yang merangkumi Writing in Science, Medication Adherence Definition, Tools, & Statistics, Internet of Medical Things in Healthcare, Communication Skills For Surgeons, A Data-Driven Approach to Improve Patient Care dan lain lain lagi.

Maklumat lanjut.

Pubmed mempunyai lebih 30 juta petikan untuk bahan bacaan bioperubatan daripada MEDLINE, jurnal sains hayat dan buku-buku dalam talian. Petikan dan abstrak PubMed merangkumi bidang bioperubatan dan kesihatan yang meliputi cabang sains hayat, sains tingkah laku, sains kimia dan biokejuruteraan.

ICTRP: International Clinical Trial Registry Platform ialah suatu perkhidmatan yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan maklumat tentang percubaan klinikal dapat diakses oleh semua yang terlibat dalam membuat keputusan untuk penjagaan kesihatan.

Clinicaltrials.gov: ia merupakan pangkalan data kajian klinikal yang dibiayai secara awam dan persendirian yang dijalankan di 50 buah negeri dan di 216 buah negara. ClinicalTrials.gov ialah sebuah sumber yang disediakan oleh Perpustakaan Perubatan Negara A.S.,  yang mempunyai sekitar 350,000 kajian penyelidikan.

Tentang Alfasigma 

Alfasigma yang dimiliki secara persendirian dan merupakan salah satu syarikat farmaseutikal Itali terkemuka yang terdapat di lebih 90 buah negara melalui pengedar dan anak-anak syarikat serta mempunyai sekitar 3,000 orang tenaga kerja, makmal R&D dan 5 buah kilang pengeluaran.

Di Itali, Alfasigma merupakan peneraju pasaran bagi produk preskripsi yang boleh didapati dalam pelbagai bidang terapeutik penjagaan primer selain fokus yang kukuh terhadap gastrousus. Alfasigma juga menghasilkan dan memasarkan produk swapengubatan, nutraseutikal dan makanan tambahan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web korporat https://www.alfasigma.com  

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/alfasigma-akan-memperluas-jejak-digitalnya.jpg

Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like