Weir Group memeterai pakatan strategik dengan Microland untuk melaksanakan program transformasi infrastruktur digital yang menyeluruh

BENGALURU, India, ATLANTA dan LONDON, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ — Microland, sebuah syarikat transformasi digital global hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh The Weir Group (“Weir”), sebuah syarikat kejuruteraan global yang beribu pejabat di Glasgow, Scotland, sebagai rakan kongsi utama untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan rancangan digitalnya. Pada fasa pertama program strategik ini, Microland telah menyediakan kemudahan khusus 24 jam sehari untuk menyokong pengurusan infrastruktur Rangkaian LAN dan WAN, Pengkomputeran dan Keselamatan Siber global Weir.

“Kami sangat gembira kerana Weir Group telah memilih Microland sebagai rakan utama untuk menyokong visinya menjadi perniagaan kejuruteraan yang paling dikagumi dalam pasaran yang mereka ceburi. Microland telah menjadi peneraju dalam bidang ini selama lebih daripada tiga dekad dalam memberikan perkhidmatan yang stabil serta boleh dipercayai kepada pelanggan kami. Pengalaman yang luas ini, digandingkan dengan fokus kami terhadap ‘Making Digital Happen’, meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk menyokong Weir dengan keperluan transformasi IT mereka,” kata Ashish Mahadwar, Presiden, Microland. 

The Weir Group PLC merupakan salah sebuah perniagaan kejuruteraan yang terkemuka di dunia. Dengan pusat penyelidikan dan kemudahan pembuatan di seluruh dunia, mereka membuat reka bentuk dan menghasilkan rangkaian penyelesaian canggih yang digunakan dalam keadaan yang mempunyai kehausan tinggi dan kesemua ini disokong oleh rangkaian perkhidmatan global yang tiada tandingannya.  Memikirkan kegentingan misi penyelesaian syarikat untuk para pelanggannya, adalah penting bagi Weir untuk memilih rakan kongsi yang tepat yang dapat menyokong keperluan transformasi digital mereka.

Mengulas tentang hubungan ini, Garry Fingland, Ketua Pegawai Maklumat, The Weir Group menyatakan, “Melihat kepada arus perubahan teknologi yang semakin pantas, adalah sangat penting untuk kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang dapat menyokong serta mempercepatkan perjalanan kami ke arah transformasi IT. Kami kagum dengan komitmen Microland terhadap visi ‘Making Digital Happen’ dan kemampuan pelaksanaan mereka yang telah terbukti. Kepakaran teknologi dan kecemerlangan perkhidmatan mereka telah membantu kami merealisasikan kecekapan, keberkesanan dan keselamatan yang kukuh di seluruh infrastruktur teras kami, seterusnya menyediakan asas yang kami perlukan untuk melaksanakan transformasi digital sepenuhnya. Microland telah memenuhi komitmennya seperti yang dijangkakan pada fasa pertama program ini dengan mencatatkan rekod mendirikan pusat operasi digital dalam masa 45 hari dan melaksanakan peralihan dengan sangat lancar dan profesional.

Sebagai perintis dalam transformasi Infrastruktur IT, Microland membolehkan perusahaan besar dan kecil, memanfaatkan Infrastruktur teknologi mereka untuk menjadi syarikat yang berdaya saing sejak 31 tahun yang lepas. Dalam suasana dunia yang terkesan dengan pandemik, Microland telah menyempurnakan kemampuannya dalam penyediaan teknologi digital agnostik baharu untuk memenuhi keperluan ‘norma baharu’. Dengan membawa kemampuan penyelesaian di seluruh AIOps, IIoT dan Automasi, Microland telah membantu beberapa pelanggannya untuk bertukar kepada perniagaan digital dengan mendorong transformasi dan penerapan teknologi generasi akan datang.

Karthikeyan Krishnan, Naib Presiden Kanan – EMEA, Microland menambah: ” Kami memperluas hubungan dengan Weir semasa pandemik COVID dan  disebabkan   pandemik ini mencetuskan keperluan untuk transformasi yang cepat, kami mengambil inisiatif sendiri dalam usaha untuk memenuhi permintaan tersebut. Memperkukuhkan hubungan Weir-Microland adalah penghargaan kepada kemampuan kami untuk penyediaan dalam masa yang sangat singkat. Ini dapat direalisasikan atas kepercayaan teras dan sistem nilai pemusatan Pelanggan Microland yang diamalkan oleh setiap warga Microland di seluruh pasukan.”

Tentang Microland 

Penyampaian digital dan “Making Digital Happen” oleh Microland membolehkan teknologi melakukan lebih banyak dan kurang gangguan. Kami memudahkan pihak perusahaan untuk menggunakan infrastruktur NextGen Digital. Kami mengaktifkannya dengan menggunakan kepakaran kami di Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian—memastikan tahap kecemerlangan dapat diramalkan, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perniagaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih daripada 4,500 pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

Hubungan Media: indusekharcv@microland.com

Tentang The Weir Group

The Weir Group PLC telah ditubuhkan pada tahun 1871 dan merupakan sebuah perniagaan teknologi perlombongan premium yang bermatlamat untuk menjadikan operasi pelanggan lebih lestari dan cekap. The Group berada pada kedudukan yang ideal untuk memanfaatkan trend struktur yang menyokong permintaan jangka panjang terhadap teknologinya termasuk keperluan terhadap logam penting yang lebih banyak bagi menyokong perubahan demografi serta elektrifikasi kuasa dan pengangkutan. Teknologi Weir yang canggih membolehkan sumber kritikal ini dihasilkan dengan menggunakan tenaga, air dan sisa yang kurang – mengurangkan jumlah kos pemilikan pelanggan. The Group mempunyai kira-kira 13,000 orang pekerja di lebih 50 buah negara dan telah disenaraikan di Bursa Saham London sejak tahun 1946.

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/weir-group-memeterai-pakatan-strategik-dengan-microland-untuk-melaksanakan-program-transformasi-infrastruktur-digital-yang-menyeluruh.jpg

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Mining Mining/Metals Telecommunications Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like