Perkongsian INFODAS dan OPSWAT menggabungkan penyelesaian domain silang akreditasi SECRET dengan perlindungan perisian hasad untuk misi domain kritikal

COLOGNE, Jerman dan SAN FRANCISCO, 6 Disember 2020 /PRNewswire/ —

 /PRNewswire/ — INFODAS, peneraju dalam penyelesaian domain silang, rakan kongsi dengan OPSWAT, peneraju dalam perlindungan ancaman berdasarkan kandungan, untuk membolehkan penyelesaian akses yang selamat untuk domain sensitif hingga kepada SECRET dalam sektor awam dan infrastruktur kritikal.

UseCase: SDoT product family in combination with OPSWAT MetaDefener
UseCase: SDoT product family in combination with OPSWAT MetaDefener

Organisasi sektor awam yang mengendalikan maklumat sulit dan ingin memanfaatkan pendigitan perlu menyelesaikan tiga isu. Pertama, mereka perlu mengawal data mana yang meninggalkan domain sensitif. Kedua, mereka perlu memastikan domain sensitif dan bukan sensitif diasingkan pada sepanjang masa. Ketiga, mereka perlu memastikan supaya data yang masuk daripada rangkaian atau media mudah alih yang lain tidak mempunyai muat beban yang berbahaya seperti serangan perisian tebusan atau hari sifar. Pengendali infrastruktur kritikal berdepan dengan isu yang sama apabila menghubungkan teknologi yang beroperasi (OT) dengan teknologi maklumat (IT).

Dengan menggabungkan SDoT Diode INFODAS searah atau SDoT Security Gateway dua arah dengan OPSWAT’s MetaDefender Kiosk dan Vault, semua isu di atas ditangani. Penyelesaian domain silang SDoT mengawal aliran data pada semua lapisan dan sentiasa mengekalkan pengasingan domain logikal. Mereka melindungi perkara yang terkandung dalam sistem yang sama dengan titik kawalan sempadan. MetaDefender dan Kiosk memeriksa sebarang data yang dibawa masuk dari luar melalui proses imbasan dan sanitasi yang teliti bagi semua komponen data menggunakan 35+  enjin anti-perisian hasad. MetaDefender juga boleh digabungkan dengan penyelesaian kerja PATCH.work INFODAS untuk pengurusan tampalan automatik bagi sistem jurang udara. Malah, MetaDefender Vault ialah storan fail yang selamat dan penyelesaian dapatan semula yang melindungi data kritikal dan menghalang ancaman. Ia mengehadkan akses dalam organisasi dan memberikan penjejakan penting serta maklumat pengauditan.

Semua elemen kumpulan produk Secure Domain Transition (SDoT) telah memenuhi keperluan ketat Pejabat Persekutuan Jerman bagi Keselamatan Maklumat (BSI) untuk keselamatan perkakasan dan perisian di German SECRET dan tahap ke bawah. Kelulusan NATO dan EU SECRET juga diberikan selepas penilaian mendalam selama berbilang tahun. Ini menjadikannya mudah untuk mendapat reka bentuk penyelesaian dengan akreditasi MetaDefender dalam ketenteraan, keselamatan tanah air dan senario perisikan serta memberikan ketenangan bagi tahap perlindungan gred ketenteraan untuk para profesional keselamatan maklumat infrastruktur kritikal.

Thorsten Ecke, Pengarah Urusan INFODAS berasa teruja tentang perkongsian serta gabungan teknologi Jerman dan AS ini. “Rangkaian produk OPSWAT dan INFODAS adalah sangat melengkapi dan menyelesaikan isu keselamatan maklumat dunia nyata”. Dr. Alexander Schellong, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa menambah “Lebih tiga tahun lalu, terdapat beberapa orang pelanggan telah bertanyakan perkongsian ini kepada kami. Saya berasa gembira kerana kami telah berjaya lulus semua ujian dan tidak sabar untuk bekerja dengan OPSWAT di Jerman dan peringkat antarabangsa”.

Tom Mullen, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan di OPSWAT juga berasa teruja “Sebagai vendor keselamatan siber yang memfokuskan untuk melindungi sektor awam dan infrastrukur kritikal yang sering ditanya oleh pelanggan kepada kami tentang cara mereka perlu mengukuhkan dan mengawal pengangkutan data yang dianalisis oleh domain keselamatan silang MetaDefender.  Kami berasa gembira untuk mengesyorkan produk SDoT daripada INFODAS apabila menyediakan penyelesaian yang berkesan dan diperakui untuk kedua-dua keperluan asas.  Penyepaduan OPSWAT MetaDefender dan SDoT CDS daripada INFODAS menawarkan penyelesaian yang lancar untuk mengawal dan melindungi domain persilangan data di samping memastikan data untuk diangkut tidak mempunyai muat beban yang berbahaya.”

Kedua-dua produk boleh didapati dengan serta-merta.

Tentang INFODAS

INFODAS ialah perniagaan bebas milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1974 di Jerman. Syarikat tersebut membangunkan penyelesaian domain silang inovatif berdasarkan prinsip keselamatan melalui reka bentuk dan memberikan Keselamatan Siber serta rundingan IT kepada pelanggan kerajaan, pertahanan dan komersial. Penyelesaian domain silang keluarga produk INFODAS SDoT (SDoT Security Gateway, SDoT Software Data Diode, SDoT Labelling Service, PATCH.works) diluluskan hingga ke Jerman, EU dan NATO SECRET serta disenaraikan dalam katalog jaminan maklumat NATO. Selama 10 tahun yang lepas, produk SDoT telah digunakan dalam persekitaran yang paling sukar dan misi yang kritikal di seluruh dunia. Ia direka dan dihasilkan di Jerman berlandaskan prinsip keselamatan melalui reka bentuk dan ketelusan rantaian bekalan.

Tentang OPSWAT

OPSWAT melindungi infrastruktur kritikal. Kami menganggap bahawa sebarang kemasukan fail atau peranti, penyusuran, atau meninggalkan perusahaan boleh menyebabkan risiko. Untuk melakukan perkara ini, kami menyediakan platform ancaman siber yang bukan hanya mengesan ancaman, tetapi juga mencegahnya. Platform kami memberikan proses yang benar-benar selamat untuk pemindahan fail dan peranti kepada dan daripada rangkaian kritikal. OPSWAT menyediakan proses ini kepada lebih 1,500 orang pelanggan di seluruh dunia.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/perkongsian-infodas-dan-opswat-menggabungkan-penyelesaian-domain-silang-akreditasi-secret-dengan-perlindungan-perisian-hasad-untuk-misi-domain-kritikal-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/perkongsian-infodas-dan-opswat-menggabungkan-penyelesaian-domain-silang-akreditasi-secret-dengan-perlindungan-perisian-hasad-untuk-misi-domain-kritikal.jpg

  

Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Homeland Security Joint ventures Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like