- Iklan -

Penyiar Filipina, ABS-CBN lancar aliran kerja suntingan video awan baru sewaktu COVID-19 seterusnya menang anugerah YouTube

Pasukan suntingan video ABS-CBN bergerak pantas kepada mod produksi jarak jauh dengan Wildmoka sebelum menjalani perintah berkurung pada 11 Mac 2020. Keupayaan menerbitkan lebih kandungan telah membantu menarik lebih 10 juta pelanggan ke saluran YouTube mereka, melayakkan mereka menerima anugerah berprestij Diamond YouTube.

SINGAPURA, 28 Disember 2020 /PRNewswire/ — Pada hari yang sama, pengurusan ABS-CBN Corporation (syarikat media dan hiburan terkemuka di Filipina) membuat keputusan untuk menutup pejabat mereka dan memaksa kebanyakan pekerja membuat kerja dari rumah, manakala pasukan operasi video syarikat sibuk dengan cabaran yang berbeza sama sekali: melancarkan sebuah platform kandungan digital baharu berasaskan awan. Erwin Malimban, Ketua Teknologi Siaran menggambarkan cabaran usaha ini ketika hari yang sangat penting itu. 

“Kami telah membuat beberapa ujian dan persiapan untuk pelancaran dengan Wildmoka selama beberapa minggu dan pasukan sangat teruja dan bersedia untuk melangkah jauh,” ujar Erwin. “Hari kami bersedia untuk membuat pelancaran, kami mendapat berita pejabat kami akan ditutup. Pastinya ia merupakan satu cabaran namun kami bertuah, kami tidak terlepas saat itu. Semua orang boleh mengakses Wildmoka, dari jauh, dari rumah, pada keesokan harinya.”

Sangat bertuah. Tetapi kejayaan mereka adalah disebabkan sebahagian daripada kenyataan bahawa ABS-CBN telah menetapkan rancangan yang giat direncanakan beberapa bulan sebelum itu bagi meningkatkan rantaian bekalan produksi kandungan digital mereka dan memilih Wildmoka sebagai rakan niaga mereka. Patrick Ongchangco, Ketua Kejuruteraan Media dan Darryl Bernard Reyes, Ketua Operasi Siaran Langsung, merealisasikan rancangan tersebut – tepat pada waktunya. 

Dalam tempoh sebulan selepas menutup pejabat mereka, Patrick menyatakan terdapat lebih daripada 100 penyunting, penerbit dan pengurus media sosial menggunakan Wildmoka untuk membuat klip, menyunting dan menerbitkan kandungan setiap hari ke laman web ABS-CBN dan pelbagai laman sosial. Hingga kini, jumlah kandungan yang dibuat dan diterbitkan berkisar di antara 300 dan 400 siaran sehari, kebanyakannya meliputi berita dan hiburan. 

“Seolah-olah kami tidak pernah hilang arah dengan produksi kami,” tegas Darryl.  “Kami terus menerbitkan begitu banyak kandungan setiap hari, memastikan pelanggan kami terhibur dan tidak terlepas maklumat dengan sorotan video daripada persembahan ABS-CBN kegemaran mereka. Perkara ini mustahil dicapai tanpa penglibatan Wildmoka.”

Strategi baharu ke atas digital ini membantu ABS-CBN News menggondol Anugerah Diamond YouTube pada 14 November, kurang daripada lapan bulan selepas pelancaran bersama Wildmoka. Anugerah ini mengiktiraf organisasi yang melepasi 10 juta pelanggan dan segera mengukuhkan produksi video mereka di YouTube.

Laurent Demene, Ketua Jualan (Asia) di Wildmoka menerangkan bahawa: “Kami tahu betapa sukarnya keadaan ini buat penyunting video kerana mereka mula bekerja dari jauh. Namun begitu, kami sangat teruja melihat kejayaan yang dikecapi oleh ABS-CBN menggunakan Wildmoka dalam jangka waktu yang begitu singkat – membuktikan bahawa platform tersebut boleh memudahkan produksi dan penerbitan video jarak jauh yang sangat besar bagi penyiar utama sewaktu pandemik COVID-19 dan seterusnya”. Laurent menambah: “memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat dan terhibur sewaktu pengasingan dan perintah berkurung adalah sangat penting dan kami berbesar hati menyaksikan Wildmoka membantu syarikat-syarikat seperti ABS-CBN mendampingi pelanggan mereka dalam tempoh yang genting ini”.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/penyiar-filipina-abs-cbn-lancar-aliran-kerja-suntingan-video-awan-baru-sewaktu-covid-19-seterusnya-menang-anugerah-youtube.jpg

Contact:
Lucille MARI 
contact@wildmoka.com 
+33 (0)428 270 220

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Awards New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like