Official Best of SABCS® News – Liputan Sorotan 2020 SABCS®

112
- Iklan -

SAN ANTONIO, TX, 1 Disember, 2020 /PRNewswire/ — Simposium Kanser Payudara San Antonio Maya yang ke-43 (SABCS®) akan berlangsung seminggu lagi!

Daftar sekarang di program Official Best of SABCS® News 2020 untuk mendapatkan kemas kini harian tentang kemajuan yang paling relevan dalam kanser payudara. 

Encore Medical Education (www.encoremeded.com) akan menerbitkan edisi Official Best of SABCS® News yang baharu daripada Simposium Kanser Payudara San Antonio 2020 (SABCS®) yang bermula 9 Disember 2020.

Kini pendaftaran dibuka untuk mengakses Official Best of SABCS® News. Pendaftaran dibuka kepada para profesional penjagaan kesihatan secara percuma di www.bestofsabcsnews.com . Berita video yang pertama daripada abstrak yang paling relevan akan disiarkan bermula 9 Disember 2020 pukul 4:00 pm CDT (GMT -6 jam).

Tapak web Official SABCS® News English ( www.bestofsabcsnews.com ) akan merangkumi ringkasan video pakar harian dengan slaid persembahan asal bagi kebanyakan percubaan klinikal yang paling signifikan yang dibentangkan setiap hari. Pakar terkenal dunia seperti Dr. Kaklamani, Rugo, dan Gradishar dalam kalangan yang lain akan membentangkan pembelajaran berasaskan pengalaman daripada percubaan utama daripada #SABCS20 termasuk:

  • Keputusan pertama daripada PENELOPE-B
  • Analisis hidup bebas penyakit invasif akhir bagi monarchE 
  • Hasil percubaan RISAS berbilang pusat prospektif 
  • Analisis biopenanda korelatif bagi subjenis intrinsik dan keberkesanan pada Kajian Fasa III MONALEESA
  • Hasil daripada KEYNOTE-355
  • Hasil daripada CONTESSA
  • Analisis percubaan adjuvan SWOG S9313
  • Dan banyak lagi…

Versi bahasa Berita SABCS® Tambahan boleh diakses pada https://www.bestofsabcs.com/best-of-sabcs-news/:

  • Program Berita SABCS® Rasmi dalam bahasa Jerman
  • Program Berita SABCS Rasmi® dalam bahasa Jepun

Tentang program Best of SABCS®

Simposium Kanser Payudara San Antonio®, kini berada pada tahunnya yang ke-43, merupakan persidangan ulung untuk para profesional penyelidikan kanser asas, translasi, dan klinikal. Ia terkenal kerana membentangkan data kanser payudara yang terkini dari seluruh dunia.

Program Best of SABCS® menawarkan peluang kepada para profesional untuk merasai dan membincangkan penyelidikan dan kemajuan paling terkini dalam bidang kanser payudara dengan rakan sekerja dan pemimpin pandangan utama dengan mengakses pembentangan dan poster asal.

Untuk maklumat tentang peluang Best of SABCS®, sila hubungi Encore Medical Education LLC, ejen eksklusif bagi SABCS® untuk penyebaran kandungan Simposium antarabangsa, di sabcs@encoremeded.com

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/official-best-of-sabcs-news-liputan-sorotan-2020-sabcs.jpg 

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE