
Siri Galaxy J telah lama dikenali sebagai peranti mampu milik dalam keluarga Samsung, tetapi agak lama tiada model baharu diperkenalkan sebaliknya giat melancarkan beberapa model baharu dari siri Galaxy antaranya Galaxy A10, A20, A30, A50, 70 dan A90 yang bakal dirasmikan.
[Tertiris] : Spesifikasi & Reka Bentuk Samsung Galaxy A90 Muncul Di Laman Sesawang?
Siri Galaxy A ini sebenarnya diletakkan pada peranti mampu milik tetapi dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya, dan pihak Samsung juga telah mengesahkan siri ini adalah pengganti baharu kepada siri Galaxy J.
Menurut Samsung, strategi pada siri Galaxy A adalah pada penggunaan gaya hidup oleh golongan pemuda pemudi. Jadi fokus utama terletak pada prestasi dwi-kamera yang memuaskan, di samping paparan skrin dan penggunaan bateri yang cukup baik.
Siapa yang masih menggunakan siri Galaxy J, boleh jadikannya sebagai koleksi.
________________________
Artikel Berkaitan:
- Samsung Galaxy A50 & Samsung Galaxy A30 Kini Tersedia Di Malaysia – Harga Bermula RM799
- [ Perbandingan Spesifikasi ] : Samsung Galaxy A50 & Samsung Galaxy A30

