
Adyen dan Microsoft Melancarkan Pengoptimuman Token Rangkaian
![]() |
Melalui kerjasama dengan Adyen tentang pengoptimuman Token Rangkaian, Microsoft melihat pertumbuhan yang positif dalam kadar keizinan
AMSTERDAM, 11 Disember 2020 /PRNewswire/ — Adyen (AMS: ADYEN), platform bayaran global pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka dunia, memperluaskan kerjasamanya dengan Microsoft untuk mempercepatkan inovasi pembayaran bagi kedua-dua buah syarikat dengan pelancaran Pengoptimuman Token Rangkaian Adyen. Adyen ialah salah satu platform pembayaran pertama untuk mendayakan pembayaran bertoken pada pelbagai skim dan menawarkan pengoptimuman automatik bagi penggunaan token untuk meningkatkan kadar keizinan. Melalui penggunaan Pengoptimuman Token Rangkaian, pedagang seperti Microsoft dapat memperoleh hasil yang lebih banyak dengan ketara disebabkan kadar keizinan yang meningkat.
“Pengalaman pelanggan adalah keutamaan bagi semua perkara yang kami lakukan, dan apabila sampai kepada proses pembayaran ia adalah tentang menjadikannya lebih pantas, mudah dan selamat,” kata Matt Rossmeissl, Naib Presiden Operasi Kejuruteraan Perdagangan di Microsoft. “Inovasi produk menjadi teras kepada setiap perkara yang kami lakukan di Microsoft dan Pengoptimuman Token Rangkaian Adyen ialah faktor yang memacu kadar keizinan dan kepuasan pelanggan yang lebih baik.”
Adyen dan Microsoft telah bekerjasama sejak Julai 2015, bermula dengan pengambilalihan Eropah. Kini, Adyen memproses bayaran untuk Microsoft secara global, merentasi semua produk dan perkhidmatan Microsoft. Microsoft menggunakan pelbagai produk Adyen selain daripada Pengoptimuman Token Rangkaian, termasuk Pengemaskini Akaun Masa Nyata bagi memastikan pengalaman membeli-belah pelanggan yang lancar dengan sentiasa mengecaj kad yang paling terkini. Adyen juga menyokong pelbagai kaedah pembayaran tempatan di kebanyakan negara untuk Microsoft, termasuk rangkaian debit yang berpusat di A.S., iaitu perkembangan Adyen yang paling terkini.
“Kami sentiasa mencipta produk dengan memfokuskan pedagang kami dan pelanggan akhir mereka, dan Microsoft mendorong kami untuk membantu mewujudkan penyelesaian global yang lebih baik. Kami mendapat manfaat daripada hasrat Microsoft yang konsisten untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan mereka,” kata Kamran Zaki, Ketua Pegawai Operasi di Adyen. “Sebagai peneraju inovasi, pasukan Microsoft sentiasa bersedia untuk menjadi pengguna awal bagi kebanyakan produk dan ciri-ciri baharu kami. Kami bekerjasama sepanjang masa untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang positif kepada pelanggan Microsoft dan berasa teruja untuk melihat perkara yang kami akan cipta seterusnya.”
Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, menyediakan infrastruktur lengkap lagi moden yang dihubungkan terus ke Visa, Mastercard dan kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L’Oreal. Kerjasama dengan Microsoft seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan yang baharu sejak sekian lama.

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Telecommunications Joint ventures New products/services
Source: PRNEWSWIRE

