- Iklan -

Turito, satu platform e-pembelajaran yang disruptif, melancarkan perkhidmatannya ke seluruh dunia

– Kelas dalam talian untuk peperiksaan kompetitif akan bermula pada bulan November 2020 dan seterusnya 

ATLANTA, 12 November 2020 /PRNewswire/ — Turito, platform e-pembelajaran terkini yang menawarkan pengalaman pembelajaran hiper-peribadi kepada pelajar, dijadualkan untuk melancarkan perkhidmatan ke AS dan pasaran antarabangsa yang lain. Platform baharu ini membantu pelajar yang bercita-cita untuk mendapat tempat di Ivy Leagues dan sekolah ternama di AS dengan memastikan mereka mula membina profil sejak di Gred 6. Turito, dengan pendekatan dan amalinya yang unik terhadap pembelajaran, menawarkan bimbingan yang menyeluruh daripada gred akademik hingga aktiviti ko-kurikulum, untuk menyediakan pelajar ke Ivy Leagues.

Turito, a disruptive e-learning platform, launches its services Globally
Turito, a disruptive e-learning platform, launches its services Globally

Selain menawarkan sokongan yang menyeluruh, Turito juga membantu pelajar dengan projek sains dan matematik, pembangunan aptitud mental dan pembangunan dan peningkatan kendiri yang lebih holistik. Dengan bimbingan kaunseling dan kerjaya yang teliti, platform ini juga menyediakan pelajar dengan cabaran kehidupan sebenar yang mencukupi.

Platform pertama seumpamanya dengan pendidik terkemuka yang menyediakan pembelajaran secara peribadi, Turito akan menawarkan latihan dalam talian untuk semua jenis peperiksaan kompetitif seperti SAT, ACT, PSAT SAT Subjektif, APs dan banyak lagi. Bagi memulakannya, ia akan menawarkan kursus yang mencabar, kursus jangka pendek dan kursus biasa untuk SAT & ACT. Disandarkan pada infrastruktur teknologi yang hebat, platform ini menampilkan kelas interaktif secara langsung dengan model dwiguru seorang ketua dan seorang guru pembantu – yang telah terbukti berjaya, dalam pengajaran kumpulan pelajar yang lebih besar yang berkesan. Kaedah penilaian pelajar yang sangat canggih akan memanfaatkan pembelajaran menggunakan mesin dan kecerdasan buatan untuk menawarkan analisis yang mendalam dan memberi cadangan, papan pemuka ibu bapa akan membolehkan mereka mengikuti perkembangan anak-anak.

Turito juga akan membolehkan pelajar mengakses video terkini dengan grafik dan animasi untuk pemahaman konsep yang lebih baik sambil menyediakan penjelasan untuk sebarang kemusykilan, secara 24 jam. Modul ujian yang unik merangkumi penghasilan ujian secara automatik, satu ciri yang membolehkan pelajar membuat dan mengambil ujian yang disesuaikan secara peribadi (yang dibuat secara automatik berdasarkan kekuatan dan kelemahan mereka). Perkhidmatan pemeriksa peperiksaan juga akan mengesan pelajar semasa mereka melaksanakan peperiksaan.

YuppTV & Pengasas Turito Uday Reddy berkata, “Pandemik global yang berterusan mendorong evolusi terhadap ruang pendidikan dalam talian, seterusnya menyediakan pendidikan yang mudah diakses dan berkualiti untuk pelajar. Idea di sebalik pelancaran Turito adalah untuk menyediakan pendidikan dalam talian yang berkualiti dan mencipta satu proses yang menarik untuk memperkasakan generasi masa depan. Misi kami adalah untuk menyertai generasi digital ke arah kualiti pembelajaran bermutu tinggi, untuk membantu pelajar yang bercita-cita untuk mendapat tempat di Ivy leagues & sekolah terkemuka dengan membantu dan membimbing mereka secara teliti dari gred 6 agar mereka benar-benar bersedia menghadapi cabaran akan datang. Untuk meningkatkan penyertaan pelajar, platform juga ini akan melancarkan Gamifikasi dalam masa terdekat.”

Turito menyatukan fakulti terkemuka dengan pengalaman antara 10 hingga 25 tahun, memegang rekod prestasi yang benar-benar terbukti dalam pengajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Pemahaman Membaca dan Kemahiran Menulis. Platform ini akan menggunakan modul AI dan ML untuk mendorong pemperibadian dan latihan akademik pelajar bagi mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan yang kompetitif.

Turito menawarkan pelbagai kumpulan kursus SAT & ACT bermula 16 November , 2020 yang bermatlamatkan pencapaian skor tertinggi untuk mendapat tempat di sekolah terkemuka di AS.

Hubungan Media:
Manjusha K
manjusha@yupptv.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/turito-satu-platform-e-pembelajaran-yang-disruptif-melancarkan-perkhidmatannya-ke-seluruh-dunia.jpg  
Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/turito-satu-platform-e-pembelajaran-yang-disruptif-melancarkan-perkhidmatannya-ke-seluruh-dunia-1.jpg  

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like