
Tanla catat Suku terbaik yang dirangsang oleh pendapatan daripada CPaaS dan Digital
![]() |
HYDERABAD, India, 1 November 2020 /PRNewswire/ — Tanla Platforms Limited (NSE: TANLA) (BSE: 532790), penyedia terbesar CPaaS, telah mengumumkan pada hari ini keputusan berikut untuk suku yang berakhir pada 30 September 2020 berbanding dengan suku tahun kewangan sebelumnya
- Hasil ialah ₹583.2 Cr dan meningkat 20%
- EBITDA ialah ₹97.5 Cr dan meningkat 210%
- PAT ialah ₹81.5 Cr dan meningkat 273%
- EPS ialah ₹5.85 dan meningkat 279%
- ROCE pada 47.5% dan meningkat 177%
- EBIDTA bagi Pertukaran Tunai kekal kukuh pada 82%
“Saya amat gembira dapat melaporkan Hasil, EBITDA & EPS yang tertinggi pernah dicapai pada Q2FY21. Kedudukan kami yang dominan dan sebagai pelopor pasaran dalam CPaaS, semasa fasa katarsis Digital ini, menggalakkan peningkatan Hasil”, ulas Uday Reddy, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tanla.
Mengulas dengan lebih lanjut, Uday Reddy berkata, “Kami akan meneruskan fokus dan pelaburan kami yang teguh pada platform & produk, jenama, kejayaan pelanggan dan bakat yang akan mendorong pertumbuhan masa hadapan.”
Sorotan Perniagaan
- 89,203 perusahaan 6,339 pemasar telefon didaftarkan pada platform DLT.
- Dalam bulan komersial go-live pertama kalinya pada bulan September 2020, Trublog Tanla telah mengendalikan 70% daripada jumlah trafik DLT iaitu mencecah 35 Bilion.
- 883 peluang Pelanggan Baharu dalam bidang utama (Perbankan, Perkhidmatan kewangan, e-dagang, Permainan, OTT dll.) Ini termasuklah jenama yang sudah lama wujud dan mantap sehinggalah kepada jenama baharu yang mempunyai potensi tinggi telah didaftarkan semasa Q2FY21, dengan potensi pendapatan tahunan sebanyak ~ 76 Cr
Modal saham berbayar Tanla berjumlah 13,60,36,450 saham ekuiti ₹1/ sesaham pada 30 September, 2020 setelah pembelian balik sebanyak 1,66,92,752 saham ekuiti Re.1 setiap satu dan peruntukan 4,71,645 saham ekuiti Re.1 sesaham di bawah Pelan Pembelian Saham Pekerja, 2016.
Syarikat ini telah membayar dividen interim Re.1 sesaham kepada para Pemegang Saham pada tarikh Rekod pada 18 September, 2020 dengan agregat ₹13,57,87,600/-.
Sokongan semasa COVID-19
Sepanjang tempoh yang mencabar ini, kami memberi tumpuan kepada memastikan keselamatan pekerja kami dengan menggalakkan mereka bekerja dari rumah dan mengurangkan interaksi di tempat awam dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan Dana Covid untuk membantu mereka bagi keperluan perubatan diri sendiri dan keluarga terdekat. Kami juga telah berjaya memberi sokongan yang diperlukan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami serta memastikan mereka berjaya memberikan kerja yang terbaik semasa mereka beroperasi dari jarak jauh.
Tentang Tanla
Tanla ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Hyderabad, India, yang ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat ini ialah penyedia terbesar CPaaS yang mengendalikan lebih 250 bilion komunikasi perniagaan setiap tahun dengan bahagian pasaran mencecah ~ 70%. Tanla menginovasikan cara dunia berkomunikasi, sentiasa meningkatkan tahap standard melalui peningkatan kelajuan, kemudahan, dan kemudahan penyelesaian Komunikasi Awan, dengan mengadaptasi teknologi canggih seperti rantaian blok, Kecerdasan Buatan, dan Pembelajaran Mesin untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan yang bijak, dari perusahaan hinggalah ke syarikat pengangkutan di pelbagai lokasi. Tanla bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi terkemuka di India bagi mewujudkan Rangkaian Rantaian Blok Telekom yang pertama di India. Tanla ialah sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai di bursa saham terkemuka India(NSE: TANLA) (BSE: 532790)
Penafian
Siaran ini mungkin mengandungi ‘pernyataan berwawasan’ yang berdasarkan kepada jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran semasa tentang Tanla Platforms Limited (“Syarikat”), industri kami, keadaan ekonomi dalam pasaran di tempat kami beroperasi, dan perkara lainnya. Penyataan tersebut merangkumi, antara lain, perbincangan strategi perniagaan dan jangkaan kami mengenai kedudukan pasaran, operasi masa hadapan, margin, keuntungan, kecairan dan sumber modal. Pernyataan ini tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain serta bergantung kepada peristiwa dan keadaan masa hadapan. Pernyataan tersebut tidak menjamin keputusan atau perkembangan masa hadapan dan keputusan atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang tersirat dalam pernyataan berwawasan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan penyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik pendapatan, turun naik kadar pertukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat, termasuk faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kelebihan kos kami, kenaikan gaji, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos melebihi harga tetap, tempoh masa tetap kontrak, penumpuan pelanggan, sekatan imigrasi, penumpuan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa, pengurangan permintaan teknologi di bidang fokus utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk berjaya menyelesaikan dan mengintegrasikan pemerolehan yang berpotensi, liabiliti untuk kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat di mana Syarikat telah membuat pelaburan strategik, penarikan atau berakhirnya insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, perubahan peraturan, sekatan undang-undang untuk meningkatkan modal atau pemerolehan syarikat di luar negara India, dan larangan penggunaan harta intelektual dan keadaan ekonomi am yang mempengaruhi industri kami. Memandangkan hal ini dan ketidakpastian lain, anda tidak boleh membuat kesimpulan bahawa keputusan atau hasil yang disebut dalam mana-mana pernyataan berwawasan ini akan tercapai. Semua pernyataan berwawasan ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang ada pada kami pada tarikh ini, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berwawasan ini untuk menunjukkan peristiwa atau keadaan pada masa hadapan kecuali jika diminta oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menulis kepada: investorhelp@tanla.com
P&L KONSOLIDASI (TIDAK DIAUDIT) |
|||
Rs dalam Lakhs |
|||
Butir-butir |
Q2FY21 |
Q1FY21 |
Q2FY20 |
I. Hasil daripada operasi |
58,324.7 |
45,554.8 |
48,716.4 |
II. Pendapatan lain |
474.5 |
1,322.8 |
171.8 |
III. Jumlah Pendapatan (I+II) |
58,799.1 |
46,877.5 |
48,888.3 |
IV. Perbelanjaan |
|||
Kos perkhidmatan |
44,891.7 |
35,024.6 |
38,857.9 |
Perbelanjaan manfaat pekerja |
2,283.3 |
1,990.2 |
4,597.8 |
Perbelanjaan susut nilai |
992.3 |
1,148.8 |
6,923.8 |
Perbelanjaan kesalinghubungan |
280.8 |
197.0 |
206.8 |
Kos pembiayaan |
8.9 |
70.0 |
118.0 |
Perbelanjaan lain |
1,115.7 |
843.0 |
1,907.2 |
Jumlah perbelanjaan (IV) |
49,572.6 |
39,273.5 |
52,611.5 |
V. Keuntungan sebelum kepentingan bukan kawalan/bahagian |
9,226.5 |
7,604.0 |
(3,723.3) |
VI. Bahagian untung bersih/(kerugian) syarikat gabungan |
– |
– |
(149.8) |
VII. Keuntungan sebelum cukai (V – VI) |
9,226.5 |
7,604.0 |
(3,873.1) |
VIII. Perbelanjaan cukai: |
|||
Cukai semasa |
1,053.2 |
553.8 |
266.8 |
Cukai tempoh terdahulu/kredit MAT |
– |
(1,074.8) |
0.5 |
Cukai tertunda |
26.0 |
264.5 |
561.0 |
IX. Keuntungan pada tahun ini (VII -VIII) |
8,147.3 |
7,860.6 |
(4,701.4) |
X. Pendapatan komprehensif yang lain |
(330.5) |
(1.7) |
338.6 |
XI. Jumlah pendapatan Komprehensif untuk tempoh (X + XI) |
7,816.8 |
7,858.8 |
(4,362.8) |
XII. Pendapatan sesaham ekuiti |
|||
Asas & Tercair (bukan tahunan) |
5.85 |
5.17 |
(3.27) |
KUNCI KIRA-KIRA: |
||
Rs dalam Lakhs |
||
Butir-butir
|
Disatukan |
|
Seperti pada (Tidak diaudit) |
Setakat (Diaudit) |
|
I. ASET |
||
(1) Aset bukan semasa |
||
(a) Harta, Loji dan Peralatan |
3,098.80 |
3,591.39 |
(b) Aset tidak ketara |
7,011.63 |
8,183.05 |
(c) Aset tidak ketara dalam pembangunan |
2,427.52 |
1,330.75 |
(d) Penyatuan Muhibah |
13,455.69 |
13,455.69 |
(e) Aset hak penggunaan |
425.15 |
504.35 |
(f) Aset kewangan |
||
(i) Pelaburan |
– |
– |
(ii) Pinjaman dan pendahuluan |
618.26 |
388.56 |
(iii) Aset kewangan lain |
82.17 |
56.86 |
(g) Aset cukai tertunda (bersih) |
5,275.25 |
5,674.24 |
(h) Aset bukan semasa lain |
5,684.45 |
7,967.47 |
Jumlah aset bukan semasa |
38,078.92 |
41,152.36 |
(2) Aset Semasa |
||
(a) Aset Kewangan |
||
(i) Perdagangan belum terima |
37,293.14 |
32,576.94 |
(ii) Tunai dan setara tunai |
19,740.66 |
17,078.98 |
(iii) Baki bank selain wang tunai dan setara tunai |
3,650.15 |
2,978.49 |
(iv) Pinjaman dan pendahuluan |
374.89 |
294.57 |
(v) Aset kewangan lain |
17,073.22 |
20,472.22 |
(b) Aset semasa lain |
2,213.44 |
4,340.91 |
Jumlah aset semasa |
80,345.50 |
77,742.11 |
JUMLAH ASET |
118,424.42 |
118,894.47 |
II. EKUITI DAN LIABILITI |
||
(1) Ekuiti |
||
(a) Modal saham ekuiti |
1,360.36 |
1,459.72 |
(b) Ekuiti lain |
68,538.35 |
68,713.73 |
Jumlah ekuiti |
69,898.71 |
70,173.45 |
(2) Liabiliti bukan semasa |
||
(a) Liabiliti kewangan |
||
(i) Liabiliti pajakan |
327.23 |
434.91 |
(ii) Liabiliti kewangan lain |
147.49 |
22.95 |
(b) Peruntukan |
501.93 |
644.80 |
(c) Liabiliti bukan semasa lain |
389.00 |
428.70 |
Jumlah liabiliti bukan semasa |
1,365.65 |
1,531.36 |
(4) Liabiliti semasa |
||
(a) Liabiliti kewangan |
||
(i) Perdagangan belum bayar |
27,155.25 |
28,060.26 |
(ii) Liabiliti pajakan |
81.27 |
103.80 |
(iii) Liabiliti kewangan lain |
19,306.71 |
16,865.63 |
(b) Liabiliti semasa lain |
494.18 |
2,014.98 |
(c) Peruntukan |
122.64 |
144.99 |
(d) Liabiliti untuk cukai semasa (bersih) |
– |
– |
Jumlah Liabiliti semasa |
47,160.03 |
47,189.65 |
JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI |
118,424.42 |
118,894.47 |
PENYATA ALIRAN TUNAI |
||
Rs dalam Lakhs |
||
Butir-butir |
Disatukan |
|
Enam bulan berakhir 30-September-2020 |
Enam bulan berakhir 30-September-2019 |
|
Aliran tunai dari Aktiviti Operasi |
||
Keuntungan sebelum cukai |
16,830.56 |
(15,804.92) |
Diselaraskan untuk : |
||
Perbelanjaan susut nilai dan pelunasan |
2,141.04 |
22,288.30 |
Faedah & pendapatan lain |
(1,577.66) |
(531.83) |
Pembayaran berdasarkan saham |
7.13 |
2,948.53 |
Perbelanjaan pembelian semula |
115.36 |
– |
Peruntukan untuk pengurangan pelaburan dalam Syarikat Gabungan |
– |
169.04 |
Kerugian yang tidak direalisasikan dalam turun naik pertukaran wang asing |
0.26 |
– |
Peruntukan untuk pendahuluan |
– |
– |
Peruntukan hutang ragu |
54.04 |
235.47 |
Keuntungan operasi sebelum caj modal kerja |
17,570.72 |
9,304.59 |
Perubahan dalam aset dan liabiliti operasi |
||
(Kenaikan)/Penurunan perdagangan belum terima |
(4,716.20) |
(4,425.29) |
(Kenaikan)/Penurunan dalam aset kewangan dan bukan kewangan |
7,553.38 |
(10,835.36) |
(Kenaikan)/Penurunan dalam liabiliti kewangan dan bukan kewangan |
(163.50) |
5,516.58 |
(Kenaikan)/Penurunan perdagangan belum bayar |
(905.01) |
6,972.17 |
Wang tunai yang dijana daripada operasi |
19,339.40 |
6,532.69 |
Cukai pendapatan telah dibayar |
– |
– |
Wang tunai bersih yang dijana daripada aktiviti operasi |
19,339.40 |
6,532.69 |
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN: |
||
(Pembelian)/penjualan aset tetap/aset tidak ketara |
(1,500.25) |
(1,785.34) |
Pelaburan dalam syarikat subsidiari |
– |
(23,622.44) |
Hasil penjualan pelaburan |
– |
3,772.43 |
Dividen diterima daripada syarikat subsidiari |
– |
– |
Faedah & pendapatan lain |
1,508.03 |
531.83 |
Tunai bersih dijana/(digunakan) dalam aktiviti pelaburan |
7.78 |
(21,103.52) |
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN: |
||
Perolehan daripada terbitan saham |
2,009.88 |
12,590.33 |
Pembayaran untuk pembelian semula saham ekuiti termasuk kos transaksi |
(16,585.06) |
– |
Pembayaran Balik Pinjaman |
– |
(383.54) |
Pembayaran pokok untuk liabiliti pajakan |
23.59 |
– |
Faedah berbayar untuk liabiliti pajakan |
(104.37) |
– |
Dividen berbayar |
(1,357.88) |
– |
Tunai Bersih digunakan untuk aktiviti pembiayaan |
(16,013.84) |
12,206.79 |
Perubahan bersih tunai dan setara tunai |
3,333.34 |
(2,364.04) |
Tunai dan setara tunai pada permulaan tempoh |
20,057.47 |
15,502.49 |
Tunai dan setara tunai pada akhir tempoh |
23,390.81 |
13,138.45 |
Source: PRNEWSWIRE