
Park Place Technologies Mengambil Alih Curvature, Inc. untuk Menjadi Penyedia Global Terbesar Pusat Penyelenggaraan Data Pihak Ketiga
![]() |
– Menggandakan saiz pekerja dan pendapatan Park Place Technologies
– Menghimpunkan jurutera perkhidmatan lapangan terbesar dengan inventori lebih daripada 1.15 juta alat ganti dalam stok di lebih daripada 2,400 lokasi
– Membentuk TPM tahap baharu, satu pilihan yang menarik berbanding OEM
CLEVELAND dan CHARLOTTE, N.C., 11 November 2020 /PRNewswire/ — Park Place Technologies, satu sumber penyelenggaraan perkakasan pusat data yang memenangi pelbagai anugerah dan rangkaian perkhidmatan terurus yang lengkap, hari ini mengumumkan pengambilalihan Curvature, Inc., sebuah syarikat sokongan, produk dan perkhidmatan. Urus niaga tersebut memastikan kesinambungan perniagaan dan peluang peningkatan untuk pelanggan Curvature.
“Park Place dan Curvature kedua-duanya adalah pelopor dalam industri ini,” kata Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Place. “Dengan penyertaan Curvature, infrastruktur penawaran perkhidmatan dan sokongan kami menjadi lebih kuat, lebih pintar dan jauh lebih baik daripada sebelumnya. Dalam persekitaran infrastruktur yang jarang bergantung pada peralatan daripada satu pembekal dan belanjawan serta sumber lebih ketat daripada sebelumnya, kami telah mencipta tahap baharu TPM (penyelenggaraan pihak ketiga) yang meletakkan kami sebagai pilihan lebih menarik berbanding OEM.”
Pengambilalihan Curvature:
- menghimpunkan pasukan jurutera perkhidmatan lapangan terbesar dalam industri
- menggandakan inventori alat ganti sebanyak tiga kali ganda dengan lebih daripada 1.15 juta alat ganti kini tersedia di lebih daripada 2,400 lokasi stok
- menyokong rancangan pertumbuhan global Park Place di empat pasaran antarabangsa baharu: Denmark, Australia, Thailand dan Jepun
- membentuk tahap baharu TPM meliputi pelbagai persekitaran OEM dengan sumber paling banyak di seluruh dunia untuk sokongan pusat data yang lebih pantas dan menjimatkan.
“Park Place dan Curvature telah menerajui pembinaan pasaran penyelenggaraan pihak ketiga selama lebih daripada 30 tahun. Mereka sesuai secara semula jadi kerana kedudukan pasaran yang serba lengkap. Pengalaman dan skala Park Place sangat sesuai untuk menyelesaikan pengambilalihan ini dengan jayanya,” kata Dan Stone, Ketua Pegawai Eksekutif Interim Curvature. “Ini merupakan kemenangan pasukan dan pelanggan kami, yang membolehkan kami terus memberi tumpuan terhadap perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, sambil menyediakan pelbagai penyelesaian baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan kami hari ini dan akan datang.”
Pengambilalihan ini membuka peluang baharu untuk memperkenalkan pelanggan Curvature kepada Mengungkap, Memantau, Menyokong, Mengoptimum (DMSO), satu pendekatan bersepadu yang lengkap untuk menguruskan infrastruktur kritikal. Pada tahun 2020, Park Place memperkenal dan membangunkan DMSO sebagai tindak balas terhadap keperluan pelanggan untuk memaksimumkan waktu operasi, membina kecekapan kos, membolehkan kawalan dan kebolehlihatan infrastruktur yang lebih besar serta meningkatkan prestasi aset.
“Pasaran TPM kekal kukuh dan terus menyaksikan permintaan memandangkan perlunya perkhidmatan jarak jauh selama terjadinya suasana pandemik yang berlarutan,” kata Rob Brothers, Naib Presiden program pusat data dan khidmat sokongan IDC. “Dengan penggabungan ini, pelanggan dapat menjangkakan liputan yang diperluas dari segi geografi dan peralatan, serta akses ke lebih banyak lokasi, pusat panggilan dan bakat kejuruteraan.”
Ketahui lebih lanjut tentang urus niaga dalam video siaran akhbarhttps://parkplacetech.wistia.com/medias/15vjq2e2s1.
Tentang Park Place Technologies
Park Place Technologies mempermudah pengurusan persekitaran teknologi yang kompleks di seluruh dunia. Rangkaian alat ganti kami untuk menyokong pusat data disimpan secara serantau, tempatan dan di lokasi untuk membolehkan pengedaran dan perkhidmatan alat ganti yang pantas untuk memacu Uptime. Park Place mencipta kategori perkhidmatan teknologi baharu – Mengungkap, Memantau, Menyokong, Mengoptimum (DMSO) – pendekatan bersepadu yang lengkap untuk menguruskan infrastruktur kritikal. Pemimpin industri terkenal dan pemenang pelbagai anugerah dalam industri kami termasuk Perkhidmatan Terurus ParkView™, perisian Entuity dan Pusat Operasi Perusahaan kami. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.parkplacetechnologies.com.
Park Place ialah syarikat portfolio Charlesbank Capital Partners dan GTCR.
HUBUNGAN MEDIA
Hubungi Park Place Technologies:
Jennifer Deutsch, Ketua Pegawai Pemasaran
jdeutsch@parkplacetechnologies.com
440-991-3105
Michael Miller, Pengurus Komunikasi dan Kandungan Global
mmiller@parkplacetechnologies.com
440-683-9426
Hubungan Media Curvature:
Bharat Vijayaraghavan, Pengarah Pemasaran Kanan
bvijayaraghavan@curvature.com
704-631-9001
Video – https://mma.prnasia.com/media2/1327839/Park_Place_Technologies_VNR.mp4?p=medium600
Photo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/park-place-technologies-mengambil-alih-curvature-inc-untuk-menjadi-penyedia-global-terbesar-pusat-penyelenggaraan-data-pihak-ketiga-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/park-place-technologies-mengambil-alih-curvature-inc-untuk-menjadi-penyedia-global-terbesar-pusat-penyelenggaraan-data-pihak-ketiga.jpg
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE