
Bitmain Lancarkan Pelombong Baharu Gaya-Rak, Bawakan Kuasa Pengkomputeran Tahap Seterusnya
SINGAPURA, 10 November 2020 /PRNewswire/ — Bitmain mengumumkan secara rasminya peralatan perlombongan gaya-rak baharu – AntRack. Membawakan konfigurasi modular boleh diganti semasa dihidupkan, ia mudah digunakan dan dinaik taraf tanpa perlu dimatikan dan reka bentuk gaya-rak merupakan pilihan yang sangat baik untuk pelanggan bagi operasi berskala besar.
AntRack mendemonstrasikan kekuatan dari segi yang berikut:
Mudah Digunakan dan Diperluas
AntRack mengguna pakai reka bentuk modul, termasuk lima modul utama – 1 Rak, 1 Papan Litar, 4 Pelayan, 1 Panel Kawalan Utama dan 1 Sistem Penyejukan Air serta bahagian penting – papan cincang, panel kawalan, unit bekalan kuasa (PSU) dan kipas – kesemuanya boleh diganti semasa dihidupkan untuk operasi optimum, mengurangkan risiko penyusutan mesin dengan ketara dan dalam masa yang sama memaksimumkan masa perlombongan yang berkesan, lantas menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk pelanggan yang ingin mengurus kos pengembangan dan meningkatkan kadar pulangan. Selagi mana dibenarkan oleh lokasi, pelanggan boleh menetapkan sebanyak mungkin AntRack yang diperlukan, mudah diperluaskan pada bila-bila masa.
Sesuai untuk Operasi Berskala Besar
Pelombong Gaya-Rak merupakan padanan sempurna untuk penggunaan berskala besar ladang perlombongan dan pusat data Internet (IDC). AntRack boleh digunakan dengan mudah dan boleh mula beroperasi sebaik sahaja kabel kuasa AC 3-fasa dan kabel rangkaian dipasang dan salur masuk & salur keluar untuk sistem penyejukan air ditetapkan. Selain itu, Bitmain menyediakan penyelesaian pusat data semua-dalam-satu – ANTBOX, setiap satu mengandungi 10 pelombong AntRack. Dengan mengkonfigurasikan bekalan kuasa AC 3-fasa dan sistem penyejukan air, perlombongan dapat dilakukan hampir di setiap lokasi.
Mudah Dinaik Taraf dan Andal
Reka bentuk boleh diganti semasa dihidupkan daripada AntRack membolehkan penggantian papan cincang dibuat dengan cip set generasi terkini (7nm hingga 5nm, 3nm dan 1nm), setiap penaiktarafan meningkatkan kuasa pengkomputeran keseluruhan dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan kuasa yang sama. Selain itu, setiap pelayan AntRack mempunyai PSU yang menyediakan operasi lewah 3+1 bagi memastikan perlombongan tidak diganggu.
"Reka bentuk kami didorong oleh penetapan minda penyelesaian-masalah. Kami dimaklumkan bahawa ramai pelanggan kami menghadapi cabaran semasa cuba untuk memperluaskan operasi mereka. Kos penaiktarafan peralatan – bukan sahaja pelaburan dalam mesin baharu, tetapi juga penggunaan masa ketika mematikan mesin lama untuk ditukarkan dengan mesin baharu. AntRack merupakan penyelesaian kami untuk masalah tersebut. Menampilkan reka bentuk modular boleh diganti semasa dihidupkan, AntRack boleh diaplikasikan dengan mudah dan cekap untuk penggunaan berskala besar dan dalam masa yang sama mengekalkan pengurusan belanjawan yang berkesan dalam operasi," kata Sun MingHui, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Projek AntRack.
Latar Belakang Bitmain
Ditubuhkan pada tahun 2013, Bitmain mentransformasikan pengkomputeran dengan membina teknologi tentuan industri dalam mata wang kripto, rantaian blok dan kecerdasan buatan (AI). Bitmain menerajui industri dalam pengeluaran litar bersepadu untuk perlombongan mata wang kripto, selain perkakasan perlombongan di bawah jenama Antminer. Jenama ini turut mengendalikan kumpulan perlombongan mata kripto terbesar worldwide-Antpool.com dan BTC.com. Teknologi Bitmain menyokong pelbagai platform rantaian blok dan juga syarikat baharu.
Source: PRNEWSWIRE