VeChain, Hospital Renji dan DNV GL Mengadakan Upacara Menandatangani Kerjasama Strategik Untuk Melancarkan Pusat Rawatan Tumor Pintar Rantaian Blok Pertama di Dunia

SHANGHAI, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Dalam perkongsian bersama VeChain dan DNV GL, Hospital Renji, sebuah hospital terkemuka di China bergabung dengan Shanghai Jiaotong University School of Medicine, mengumumkan pelancaran julung kali, Pusat Rawatan Tumor Pintar dunia yang menggunakan rantaian blok pada 20 Oktober 2020. Pusat Rawatan Tumor Pintar ini merupakan penyelesaian pengurusan perubatan yang telus, cekap dan mampu dikesan, yang didayakan oleh VeChain ToolChainTM.

Sunny Lu, Co-founder and CEO of VeChain & Jidong Zhang, Vice President of Renji Hospital & George Kang, Senior Vice President of DNV GL Group (PRNewsFoto/VeChain)
Sunny Lu, Co-founder and CEO of VeChain & Jidong Zhang, Vice President of Renji Hospital & George Kang, Senior Vice President of DNV GL Group (PRNewsFoto/VeChain)

Sebagai rakan strategik inisiatif baharu ini, VeChain dan DNV GL akan bersama-sama membantu pihak hospital dalam usaha meningkatkan kesihatan awam global menggunakan teknologi rantaian blok yang canggih dan badan penasihat profesional.

VeChain ToolChainTM Mendayakan Pusat Rawatan Tumor Pintar Pertama di Dunia 

Pusat Rawatan Tumor Pintar ini menggabungkan manfaat teknologi rantaian blok VeChain dengan khidmat profesional DNV GL. Ia membolehkan pesakit memiliki laporan perubatan peribadi sepenuhnya, serta mengawal pemberian kuasa dan pengurusan data laporan perubatan. Institusi penyelidikan di dalam dan luar hospital boleh menggunakan data yang dibenarkan untuk memperbaiki keberkesanan penyelidikan klinikal, dan agensi kawal selia boleh menggunakan data yang dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan pematuhan perniagaan ke atas institusi perubatan dan mewujudkan sistem penilaian kredit.

Zhang Jidong, Naib Presiden Hospital Renji, berkata, “Pelancaran Pusat Rawatan Tumor Pintar berhasrat untuk mempertingkatkan pembangunan bersepadu Hospital Renji yang berkualiti tinggi. Pada masa akan datang, Renji berhasrat untuk memacu kemudahan penjagaan kesihatan dengan projek dan kes yang didayakan oleh rantaian blok, yang akan diungkap secara beransur-ansur bersama rakan kerjasama kami apabila tiba masanya.”

George Kang, Naib Presiden Kanan Kumpulan DNV GL, berkata, “Melalui kaedah penilaian perubatan yang bebas dan bermatlamat, DNV GL berhasrat menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada Hospital Renji untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman perubatan, melangkah ke tahap standard yang lebih tinggi, lebih berkualiti dan lebih berkeperluan.”

Sunny Lu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif VeChain berkata, “Memandangkan pergerakan arus transformasi digital yang pesat dalam sektor penjagaan kesihatan, VeChain akan terus menampilkan manfaat dan kesesuaiannya sebagai platform rantaian blok yang hebat dan sesuai digunakan untuk semua jenis kes dan industri. Kami bangga dan teruja untuk memberi sumbangan terhadap industri penjagaan kesihatan dengan menyediakan teknologi kepada Pusat Rawatan Tumor Pintar Hospital Renji.”

VeChain Mempermudahkan Transformasi Digital untuk Mempertingkatkan Kesihatan Awam

Selaras dengan Pelan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Lima Tahun Kerajaan China ke-14 (2021-2025), Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan menggubal satu garis panduan rasmi dan menekankan teknologi rantaian blok sebagai satu kemestian dalam inovasi dan integrasi industri kesihatan dan perubatan. VeChain komited untuk menyelesaikan masalah reformasi digital melalui teknologi rantaian blok dan menyeimbangkan antara agenda peribadi serta keperluan awam.

Dengan menggunakan platform data BaaS VeChain ToolChainTM serba lengkap yang dibangunkan sendiri, kami mempunyai banyak kes yang telah terbukti dalam sektor perubatan, termasuk rantaian blok Platform Pengesanan Ujian Klinikal untuk Bayer China dan satu platform pengurusan data perubatan rantaian blok yang dinamakan sebagai The E-NewHealthLife untuk Hospital Mediterranean di Cyprus. Berhadapan dengan permintaan baharu terhadap transformasi digital akibat COVID-19, VeChain, bersama-sama dengan DNV GL, akan mencari lebih banyak peluang untuk mewujudkan banyak lagi penyelesaian digital yang cekap dan berkos rendah untuk industri perubatan.

Tentang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia nyata dengan menyediakan struktur kawal selia yang lengkap, model ekonomi yang berdaya tahan dan IoT bersepadu. VeChain merupakan perintis aplikasi dunia nyata yang menggunakan teknologi rantaian blok terbuka, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxemborg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama-sama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam pelbagai industri berbeza termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, Shanghai Gas, AWS, PICC, ASI dan banyak lagi. Laman web: www.vechain.com

Tentang Hospital Renji
Dibina pada tahun 1844, Hospital Renji mempunyai sejarah selama lebih 170 tahun. Ia merupakan hospital perubatan Barat pertama sejak pembukaan bandar Shanghai. Dengan penyepaduan rawatan perubatan, pengajaran dan penyelidikan saintifik, ia merupakan sebuah hospital 3A yang lengkap (hospital yang mengungguli carta teratas di China) dengan pelbagai disiplin yang lengkap. Sehingga kini, Hospital Renji mengandungi lima  bidang secara keseluruhan. Berikut ialah garis masa proses perkembangan Hospital Renji.

Tentang DNV GL
DNV GL merupakan penyedia perkhidmatan pengurusan risiko dan jaminan kualiti. Syarikat ini juga merupakan peneraju global dalam pensijilan sistem pengurusan syarikat dalam semua jenis industri, termasuk makanan dan minuman. Sejak tahun 1864, matlamatnya adalah untuk menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Kerana ketelitiannya dalam keselamatan, kualiti dan integriti, banyak syarikat mencari DNV GL untuk membuat keputusan yang rumit namun dengan penuh keyakinan. DNV GL membantu mereka menangani risiko paling kritikal serta memperlihatkan pematuhan terhadap peraturan dan piawaian.

Foto – https://mma.prnasia.com/media2/1319451/vechain_executives.jpg?p=medium600
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/vechain-hospital-renji-dan-dnv-gl-mengadakan-upacara-menandatangani-kerjasama-strategik-untuk-melancarkan-pusat-rawatan-tumor-pintar-rantaian-blok-pertama-di-dunia.jpg  

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Joint ventures Blockchain Data Analytics Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like