Toshiba Dianugerahkan Penghormatan dengan Lima Penghargaan pada ANUGERAH REKA BENTUK BAIK 2020

- Iklan -

TOKYO, 30 Okt. 2020 /PRNewswire/ — Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) berjaya merangkul lima keunggulan*1 dalam Anugerah Reka Bentuk Baik 2020 Jepun. Anugerah tahunan ini ditaja oleh Institut Penggalakan Reka Bentuk Jepun, untuk menghargai reka bentuk dan kualiti produk yang baik. Tahun ini, Sistem Pembahagian Kunci Kuantum,produk terbaru Toshiba untuk komunikasi yang selamat; dan Pendingin Hawa Spot/Zon [FLEXAIR Indoor Unit], pendingin hawa yang padat, cekap dan menjimatkan tenaga, diiktiraf oleh anugerah tersebut, menegaskan semula komitmen menyeluruh Toshiba untuk mempertingkatkan kehidupan orang ramai melalui kehidupan yang selamat, terjamin dan selesa.

*1 Empat daripada lima produk yang memenangi anugerah adalah aplikasi bersama dengan Toshiba Carrier Corporation dan syarikat lain secara berasingan.

Senarai produk Toshiba yang menang

1. Sistem Pembahagian Kunci Kuantum – Toshiba Corporation

Toshiba Honored with Five Accolades at GOOD DESIGN AWARD 2020
Toshiba Honored with Five Accolades at GOOD DESIGN AWARD 2020

Selaras dengan perkembangan pesat komputer kuantum, sangat penting membangunkan kaedah penyulitan yang berkesan bagi memastikan komunikasi yang selamat. Toshiba membangunkan Sistem Pembahagian Kunci Kuantum yang pertama di Jepun untuk melindungi daripada serangan pengacauan dan pengintipan. Peranti ini direka secara estetik dengan bingkai logam diukir halus dan tahan lama untuk menunjukkan kemantapan dan keandalannya yang menyokong keselamatan dan jaminan maklumat.

2. Pendingin Hawa Spot/Zon [FLEXAIR Indoor Unit] – aplikasi bersama dengan Toshiba Carrier Corporation

Toshiba Honored with Five Accolades at GOOD DESIGN AWARD 2020
Toshiba Honored with Five Accolades at GOOD DESIGN AWARD 2020

Dalam usaha menggalakkan penjimatan tenaga dan mengurangkan pemanasan global, Toshiba membangunkan FLEXAIR, pendingin hawa yang secara ketara mengurangkan penggunaan tenaga dengan hanya memanaskan atau menyejukkan ruang yang diperlukan sahaja tanpa menjejaskan keselesaan. Pendingin hawa ringan ini boleh dipasang di tempat-tempat yang sebelum ini dianggap tidak sesuai dengan menghubungkan beberapa unit. Setiap unit direka dalam bentuk bersegi yang menimbulkan rasa keseragaman sama ada disambungkan secara menegak atau mendatar. Bentuk geometri yang sederhana ini mencapai kepadatan dan fungsi pelarasan angin pada masa yang sama. Reka bentuk ini membolehkan pemasangan yang fleksibel di persekitaran yang berbeza.

Produk-produk pemenang anugerah lain

3. 4K OLED TV [REGZA 65/55/48X9400 Series] – aplikasi bersama dengan Toshiba Visual Solutions Corporation

4. Peti sejuk [GR-S36SV] – aplikasi bersama dengan Toshiba Lifestyle Products & Services Corporation

5. Ketuhar Gelombang Mikro Stim Konveksi Gabungan [ER-VD7000] – aplikasi bersama dengan Toshiba Lifestyle Products & Services Corporation

Mengenai Anugerah Reka Bentuk Baik

Ditubuhkan pada tahun 1957, Anugerah Reka Bentuk Baik ialah sistem pujian terkemuka di Jepun. Layak untuk pelbagai hasil kerja termasuk produk, seni bina, aplikasi dan perisian, projek dan inisiatif yang memanfaatkan reka bentuk dan banyak lagi. Melalui sistem ini, ramu orang dapat menggunakan “reka bentuk baik” dan menghargai nilainya. Kadar pengiktirafan penghargaan anugerah ini ialah 84%*, dengan simbol Tanda-G yang terkenal.

*Menurut tinjauan terbaru oleh Institut Penggalakan Reka Bentuk Jepun pada 2020.

http://www.g-mark.org/ 

Mengenai Toshiba Corporation

Toshiba Corporation menerajui kumpulan syarikat global yang menggabungkan pengetahuan dan keupayaan dari pengalaman lebih 140 tahun dalam pelbagai perniagaan—bermula dengan infrastruktur tenaga dan sosial hinggalah peranti elektronik—dengan keupayaan bertaraf dunia dalam pemprosesan maklumat, teknologi digital dan AI. Kekuatan khas ini menyokong evolusi berterusan Toshiba ke arah menjadi Syarikat Perkhidmatan Infrastruktur yang menggelakkan penggunaan data dan pendigitalan, dan antara syarikat teknologi sistem siber-fizikal yang terkemuka di dunia. Berpandukan Komitmen Asas Kumpulan Toshiba, “Komitmen untuk Insan, Komitmen untuk Masa Depan,” Toshiba menyumbang kepada perkembangan positif masyarakat dengan perkhidmatan dan penyelesaian yang menuju ke arah dunia yang lebih baik. Kumpulan ini dan 130,000 pekerjanya di seluruh dunia memperoleh jualan tahunan melebihi 3.4 trilion yen (US$31.1 bilion) dalam tahun fiskal 2019.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Toshiba di www.toshiba.co.jp/worldwide/about/index.html 

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics HVAC Awards

Source: PRNEWSWIRE

You might also like