
Maxeon Solar Technologies Melancarkan Program Pemasang SunPower Advantage
![]() |
Peluasan saluran untuk mempromosikan solar berkualiti tinggi dalam pasaran yang berkembang pesat
SINGAPURA, 30 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Maxeon Solar Technologies, Ltd., (NASDAQ:MAXN), peneraju global dalam inovasi solar, hari ini mengumumkan pelancaran Program Pemasangan SunPower Advantage, satu inisiatif baharu yang dirancang untuk membantu menggerakkan momentum solar dalam beberapa pasaran Eropah yang berkembang pesat serta bertujuan melengkapkan pemasang dengan kelengkapan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap solar kediaman dan komersial. Program Pemasangan SunPower Advantage telah diperkenalkan di Norway, Sweden, Denmark, Poland, Portugal dan Sepanyol.
“Maxeon mempunyai sejarah hebat dalam membangunkan saluran jualan yang kukuh di seluruh rantau EMEA dan APAC selama lebih satu dekad,” kata Jeff Waters, Ketua Pegawai Eksekutif Maxeon Solar Technologies. “Program Pemasang SunPower Advantage ialah berikutan daripada keluhan para pemasang yang menjadi keperluan dan ini merupakan langkah pertama dalam strategi pengembangan yang lebih besar yang bakal meluaskan jejak kami dalam perkembangan pesat pasaran kediaman serta komersial”.
Inisiatif baharu ini membantu pemasang berada setara dengan kecanggihan teknologi dan inovasi semasa, meningkatkan perniagaan melalui pendidikan khusus dan menyokong penggunaan penyelesaian solar pada tahap pertama.
Program Pemasang SunPower Advantage merangkumi:
- Latihan Khusus – Modul pembelajaran akan disampaikan melalui platform maya untuk memastikan pemasang profesional mampu memanfaatkan standard tertinggi jenama SunPower serta kemahiran pemasangan untuk membangunkan idea baharu;
- Pengetahuan Pakar – Edaran yang tetap tentang berita terkini, teknologi dan perincian produk baharu akan membolehkan pemasang sentiasa dikemas kini dan bersedia untuk memanfaatkan perkembangan pasaran;
- Program Rebat Tenaga Kerja – Pemasang SunPower Advantage yang layak boleh menyertai Program Rebat Tenaga Kerja kami, yang menawarkan pembayaran rebat untuk mengimbangi sebahagian daripada kos perkhidmatan/tenaga kerja yang ditanggung oleh pemasang semasa penggantian panel yang masih dalam jaminan;
- Sistem Ganjaran Best-in-Class – Setiap kali pemasang mendaftarkan modul yang dibeli melalui aplikasi imbasan, mereka mendapat mata yang dikreditkan pada akaun mereka, yang dapat ditebus untuk item dalam katalog ganjaran SunPower Advantage Installer.
Setelah menyelesaikan modul pendidikan khusus, pemasang dinilai berdasarkan pengetahuan dan kecekapan teknikal mereka, dengan skor lulus yang melayakkan mereka mempamerkan lencana SunPower Advantage Installer dengan bangganya.
“Program Pemasang SunPower Advantage akan meningkatkan pengalaman pelanggan yang sememangnya hebat dan pemasangan canggih yang disediakan oleh pemasang kami dari hari ke sehari. Rangkaian pemasang yang mahir, berkelayakan dan terlatih adalah penting untuk keselesaan pelanggan.”
Program Pemasang SunPower Advantage disediakan secara percuma untuk para pemasang. Maklumat lanjut boleh didapati di sini atau di laman web SunPower Advantage Program.
Ten tang Maxeon Solar Technologies
Maxeon Solar Technologies (NASDAQ: MAXN) sedang (Memperkasakan Perubahan Positif) Powering Positive Change™. Beribu pejabat di Singapura, Maxeon mereka bentuk dan menjual panel solar jenama SunPower® di lebih daripada 100 buah negara dan merupakan peneraju inovasi solar dengan akses kepada lebih daripada 900 paten dan dua barisan produk panel solar terbaik dalam kelasnya. Dengan operasi di Afrika, Asia, Oceania, Eropah dan Mexico, produk Maxeon merangkumi pasaran loji tenaga solar dan atap global melalui rangkaian dengan lebih daripada 1,100 rakan kongsi dan pengedar yang dipercayai. Sebagai perintis dalam pembuatan solar yang lestari, Maxeon memanfaatkan sejarah 35 tahun dalam industri solar dan menerima banyak anugerah untuk teknologinya. Untuk maklumat lanjut tentang cara Maxeon melaksanakan motonya, Powering Positive Change™ lawati kami di www.maxeon.com, di LinkedIn dan di Twitter @maxeonsolar.
Pernyataan Berpandangan Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang berpandangan ke hadapan dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995, termasuk, tetapi tidak terhad pada, pernyataan tentang: (a) rancangan dan harapan kami untuk produk dan produk terancang kami, termasuk masa dan ruang lingkup rancangan pelancaran dan ramalan permintaan; (b) harapan kami tentang faktor industri dan pasaran, termasuk permintaan dan volum yang diramalkan; (c) harapan dan rancangan kami untuk strategi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk ramalan bidang tumpuan dan pelaburan, pengembangan pasaran, fokus produk dan teknologi serta pertumbuhan dan keuntungan yang diunjurkan. Pernyataan berpandangan hadapan ini berdasarkan pada andaian, jangkaan dan kepercayaan masa kini dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan hadapan ini. Perbincangan terperinci tentang faktor-faktor ini dan risiko lain yang mempengaruhi perniagaan kami termasuk dalam pemfailan yang kami buat dengan SEC dari masa ke semasa, termasuk Borang 20-F, kami yang disahkan oleh SEC berkuat kuasa pada 4 Ogos 2020, di bawah tajuk khusus “Item 3.D. Risk Factors.” Salinan fail ini boleh didapati dalam talian daripada SEC atau pada Seksyen Kewangan & Pemfailan pada laman web Perhubungan Pelabur kami di www.maxeon.com/financials-filings/sec-filings. Semua pernyataan berpandangan hadapan dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini dan kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini pernyataan berpandangan hadapan ini berdasarkan maklumat baharu atau peristiwa masa depan.
© 2020 Maxeon Solar Technologies, Ltd. Hak Cipta Terpelihara. MAXEON ialah tanda dagangan berdaftar bagi Maxeon Solar Technologies, Ltd. Sila layari www.maxeon.com/trademarks untuk maklumat lanjut.
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/maxeon-solar-technologies-melancarkan-program-pemasang-sunpower-advantage-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/maxeon-solar-technologies-melancarkan-program-pemasang-sunpower-advantage.jpg
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Corporate Expansion New products/services
Source: PRNEWSWIRE