InComm Japan Meluaskan Keupayaan Pembayaran QR dan Kod Bar

Lima jenama pembayaran QR/kod bar baru ditambah ke rangkaian pembayaran InComm yang telah sedia luas 

TOKYO dan ATLANTA, 2 Oktober 2020 /PRNewswire/ — InComm, sebuah syarikat teknologi pembayaran terkemuka, mengumumkan hari ini bahawa ia telah bekerjasama dengan lima pemproses pembayaran QR dan kod bar luar negara untuk memudahkan penerimaan teknologi mereka di perniagaan di seluruh Jepun. Pemproses tersebut merangkumi AlipayHK dan UnionPay QR code, yang popular di China, EZ-Link Wallet dan Kakao Pay dari Korea, dan Touch’n Go eWallet dari Malaysia.

InComm Japan menyediakan pembayaran QR/kod bar di titik jualan menerusi sambungan di lebih 50,000 kedai di Jepun, termasuk kedai mudah beli utama, kedai ubat, kedai elektronik, gedung membeli-belah dan pasar raya. InComm mempunyai rangkaian rakan kongsi luar negara yang mantap seperti Alipay dan jenama domestik seperti au PAY, d payment® dan PayPay. Dengan kemasukan jenama-jenama ini, InComm kini menawarkan sejumlah 22 rakan kongsi pembayaran, termasuk 12 jenama dari Jepun dan 10 jenama luar negara. InComm Japan bukan sahaja mewujudkan ketersambungan, malah turut menyediakan sokongan operasi sehenti seperti integrasi, kempen jualan dan pemasaran serta sokongan pelanggan kepada pedagang.

“Pandemik ini telah membawa kesan yang buruk kepada industri pelancongan tetapi kita sedang bersiap sedia untuk pemulihan pada masa hadapan,” kata Takumaro Arai, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar InComm Japan. “Kami membantu rakan kongsi runcit kami bersiap sedia untuk mengendalikan pembayaran pilihan pelanggan mereka dengan bekerjasama dengan perkhidmatan baru yang kian meningkat popular di rantau kita.”

Kerjasama ini selari dengan komitmen kerajaan Jepun untuk meningkatkan jumlah pembayaran bebas tunai dengan menggalakkan pertumbuhan dalam industri teknologi kewangan. InComm memainkan peranan penting dalam senario ini dengan membantu menghubungkan platform pembayaran dengan rangkaian runcitnya yang kian berkembang.

Mengenai InComm Japan
InComm Japan merupakan anak syarikat InComm, sebuah teknologi pembayaran terkemuka yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. InComm memegang 386 paten global dan merupakan pereka baru dalam teknologi pengaktifan titik jualan dan prabayar. Di Jepun, syarikat ini menyediakan perkhidmatan di 65,000 lokasi runcit yang terdiri daripada kedai mudah beli, kedai ubat, perkakasan rumah dan kedai diskaun, hingga kepada peruncit besar-besaran, pasar raya dan peruncit lain. InComm Japan kini sedang meluaskan keupayaan pembayarannya untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsinya menerusi penyelarasan pelbagai pengendali pembayaran domestik dan asing. Fokus syarikat ini ke arah memperkemas pembayaran QR dan kod bar bagi integrasi titik jualan bermula pada tahun 2017 menerusi pemerolehan bersasar aset sistem dan teknologi pembayaran QR dan kod bar.

Mengenai InComm
InComm mencipta pengalaman perdagangan yang lancar dan bernilai dengan mencipta lebih nilai dalam setiap transaksi menerusi teknologi pembayaran yang inovatif. Produk dan perkhidmatan InComm yang unik – yang merangkumi pusat beli-belah kad hadiah hingga kepada platform pembayaran yang dipertingkat – menghubungkan syarikat-syarikat daripada pelbagai jenis industri termasuk runcit, penjagaan kesihatan, tol & transit, insentif dan perkhidmatan kewangan  kepada pangkalan pelanggan yang sentiasa berkembang. InComm merupakan pelopor industri pembayaran yang beroperasi dari ibu pejabatnya di Atlanta, GA, serta memiliki lebih daripada 25 tahun pengalaman, lebih 500,000 titik pengedaran, 386 paten global dan kewujudan di lebih daripada 30 negara. Ketahui lebih lanjut di www.InComm.com

Hubungan Media: 

Nilce Piccinini
Sr. Pengurus Komunikasi
InComm
404-935-0377 
npiccinini@incomm.com

Anthony Popiel
Dalton Agency
404-876-1309
apopiel@daltonagency.com

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/incomm-japan-meluaskan-keupayaan-pembayaran-qr-dan-kod-bar.jpg

Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Licensing/marketing agreements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like