
Cambridge Quantum Computing Melantik Mehdi Bozzo-Rey sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan
CAMBRIDGE, England, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Cambridge Quantum Computing (CQC) berbesar hati mengumumkan pelantikan Mehdi Bozzo-Rey sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan.
Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (High-Performance Computing, HPC), sumbangan Mehdi merangkumi pengurusan infrastruktur serta HPC yang boleh dihasilkan semula dan keupayaan pelanggan serta rakan kongsi. Seorang ahli fizik terlatih dan didorong oleh minat untuk teknologi gangguan, Mehdi memanfaatkan latar belakangnya dalam bidang mekanik kuantum untuk meneroka pengkomputeran kuantum dan menjadi Duta IBM Quantum pertama di Kanada. Beliau kemudiannya menyertai pasukan IBM Q untuk memimpin aktiviti pengembangan perniagaan serantau di Kanada lalu menghasilkan pertumbuhan dan keupayaan ekosistem yang berskala dan lestari.
“Kami memasuki bulan-bulan akhir tahun 2020 dengan momentum yang hebat kerana pelanggan kami terus bertambah dan kerjasama organisasi berskala global serta strategi jangka panjang yang bermatlamatkan penyampaian produk mula memberi pulangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CQC, Ilyas Khan. “Mehdi menggunakan pengalamannya di peringkat perusahaan dalam memastikan bahawa pelanggan kami, yang merupakan beberapa syarikat terkemuka dunia, mendapat manfaat daripada kesan transformasi teknologi pengkomputeran kuantum.”
Mehdi berkata, “CQC berada di barisan hadapan inovasi dan kemajuan dalam perisian pengkomputeran kuantum telah membolehkan kehebatan pengkomputeran kuantum direalisasikan.” “Dengan penglibatan kami dalam kimia kuantum, pembelajaran mesin kuantum dan penggunaan platform pembangunan perisian terkemuka di dunia t|ket〉 serta pengkomersialan dalam perniagaan keselamatan siber kami yang berkembang pesat, saya teruja dengan ketibaan tahun 2021 dan memperluas pasukan global kami.”
Tentang Cambridge Quantum Computing:
Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC ialah peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membantu pelanggan mendapatkan yang terbaik daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CQC di http://www.cambridgequantum.com.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)
Source: PRNEWSWIRE