
Di pasaran pada ketika ini, suda hterlalu banyak earphone dari pelbagai pengeluar peranti. Namun banyak yang mengecewakan. Justeru, Jabra telah mengeluarkan satu peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Jabra Elite Active 75t. Jadi adakah ia tergolong dalam golongan yang mengecewakan atau tidak? Jom baca!!

Design Kecil Tapi Selesa!!
Apa yang menarik mengenai Jabra Elite Active 75t adalah rekaannya yang kecil tetapi ia dihasilkan bagi memastikan keselesaan si pemakai. Bentuknya yang direka khas bagi memastikan ia selesa dipakai sepanjang hari dan tidak kelihatan menyakitkan ketika dipakai.

Bentuknya juga berbeza dengan earphone yang berada di pasaran dan memberikan nilai tambah pada segi rekaan. Jom tengok rekaan secara keseluruhan peranti ini:
Kalis Air & Kalis Peluh!!!

Seperti biasa, earphone pastinya basah ketika digunakan ketika anda bersiar-siar atau sedang melakukan work out. Peluh pastinya menganggu fungsi earphone tersebut. Tapi korang jangan risau kerana Elite Active 75t ini kalis air dan peluh. Jadi anda sudah tiada masalah dan boleh fokus dengar lagu sambil work out!!
Badan Kecil Tapi Spesifikasi Raksasa!!
Sungguhpun kecil tapi ia hadir dengan 4 mikrofon yang terbina, 6mm speaker bagi memberikan bunyi Bass yang sangat baik dan juga kawalan yang sangat mudah.
Menariknya, menerusi Habra Sound+ App, anda boleh mengawal bagaimana anda mahu mendengar. Anda boleh mengawal sekuat mana suara ketika melakukan panggilan. Jadi anda dah tak perlu nak memekik!! Anda juga boleh menukan panggilan keoada muzik dengan sangat lancar dan mudah!
Layan Muzik Memang Asyik!!!

Elite Active 75t sememangnya direka untuk memberikan muzik yang mengasyikkan. Sekiranya korang hanya ingin melayan muzik, korang hanya perlu mengaktifkan noise-isolating fit, bunyi belakang hampir tidak didengar dah. Bunyi Bass yang memang mengasyikkan pasti membuatkan korang leka.
Jika korang nak ‘alert’ dengan kawasan sekeliling, korang boleh mengaktifkan HearThrough. Jaid korang boeh mendengar lagu tetapi masih peka rerhadap keadaan sekeliling!!
My Sound Memang Terbaik!!
Menariknya, menerusi MySound anda boleh melayan muzik seperti yang anda inginkan. Ia mampu mengoptimumkan yang mana ia dilakukan menerusi in-app hearing test. Hasilnya pasti memberikan bunyi yang sesuai untuk individu tersebut!! Genius!!
Bateri Memang Tahan Lama!!!

Sungguhpun hadir dengan rekaan yang kecil, tapi daya tahan baterinya sangat baik!! Anda boleh melayan muzik sehingga 7.5 jam secara terus. Jika ia diletakkan dalam charging case, ia mampu bertahan sehingga 28 jam!!! Kalau nak tahu, ada juga variasi yang hadir dengan wireless charging!!
Tapi kenapa boleh tahan lama? Disebabkan oleh Low-Poewer Bluetooth 5.0 chipset yang baharu. Memang perform!!! kalau nak tahu, ia juga hadir dengan wireless charging!!
Apa Kata Editor
Secara Keseluruhannya, Jabra Elite Active 75t ini antara yang terbaik di pasaran khususnya dari aspek sistem bunyi yang menakjubkan. Bunyi bass yang menukau pasti asyik ketika korang mendengar muzik. Ia juga selesa dan hadir denga nfungsi yang mudah untuk digunakan. Berbaloi untuk korang miliki!!