Adakah OnePlus Nord Satu Peranti Mengecewakan Dari OnePlus? jom Baca!!

OnePlus Nord baru sahaja di lancarkan dan sudah ramai yang tidak sabar yang ingin mengetahui performance telefon ini. Adakah ia satu perkara yang mencewakan daripada OnePlus perkara ataupun ia satu lagi telefon yang mantap dari merkea. Jom tengok!!

Reka Bentuk Biashe-Biashe!

Jika dilihat dari aspek rekaan peranti ini, tiada yang WOW mengenainya. Hanya tipikal design yang dipamerkan. Susunan kamera yang menegak seperti telefon-telefon yang lain. Namun ia tampak lebih kemas berbanding yang lain.

Yang menarik perhatian saya sedikit adalah warna yang ditampilkan di bahagian panel belakang. Warna Gray Onyx ini tampak eksklusif dan mahal sesuai dengan harga yang dipamerkan. Jom tengok reka bentuk peranti ini.

Skrin Yang Not Bad!!!

Ini perkara yang kami suka mengenai peranti ini iaitu skrinnya yang mana ia tampil dengan skrin 6.44″ Fluid Amoled  2400 x 1080 piksel. Ia memberikan warna yang sangat terang, jelas dan sangat vibrant. Bezel pada peranti ini juga sangat nipis yang memkberikan pengalaman tontonan yang lebih baik.

Tidak cukup itu, ia turut dihadirkan dengan kadar segar semula 90Hz. Pastinya tiada sebarang lag dan sangat smooth ketika anda menggunakan.

Prestasi Dalaman Di Tahap Memuaskan!!!

Jika dilihat daripada kuasa dalaman pula, ia dihadirkan dengan Qualcomm Snapdragon 765G 5G yang mana ia turun menjalankan sistem operasi OxygenOS  berasaskan Android 10. Bukan itu sahaja ia turut hadir dengan RAM yang sangat besar iaitu sehingga 12GB dan storan sebesar sehingga 256GB!!!

Jadi kami ingin menguji sejauh mana kehebatan peranti ini dengan menggunakan Geekbench. Dapatan dari ujian ini memperlihatkan ia hadir dengan prestasi yang baik. Dan sepanjang menggunakan perant ini juga tiada yang mengecewakan mahupun lag. Ini satu petanda yang baik!

Kamera Memang TipTop!!

Ini satu highligh bagi peranti ini apabila ia tampil dengan sistem 4 kamera bagi kamera belakang iaitu 48MP + 8MP + 5MP + 2MP yang menggunakan Sony IMX586. bagi kamera hadapan pula ia hadir dengan 32MP yang menggunakan Sony IMX616.

Sungguhpun MP kamera peranti ini tidak sebesar peranti yang berada di pasaran ketika ini, tapi apa yang boleh dikatakan adalah ia hadir dengan performance yang sangat baik. Gambar yang terhasil sangat baik khususnya pada perincian dan warna yang sangat vibrant!! Keupayaan kamera ini dapat dimaksimumkan sepenuhnya dalam situasi pencahayaan yang mencukupi. Dalam situasi low light pula ia turut tidak mengecewakan.

Lebih menarik, rakaman video juga baik apabila ia mampu merakam sehingga 4K. Rakaman juga tampak lebih stabil dan sangat jelas!!! Jom lihat hasil gambar peranti ini.

Bateri Memang Berdesup

Bagi yang tak tahu, peranti ini hadir dengan kapasiti bateri  4115 mAh dan ditampilkan Warp Charge 30T fast charging. Sepanjang menggunakan peranti ini, memang ia mampu bertahan lama dan tidak perlu dicaj dua atau tiga kali sehari.

Kami juga melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas ia ketika ia berada pada 25% pada jam 2.45 petang. Ia dicas penuh pada jam 3.45 petang. Mengambil masa hanya selama 1 jam sahaja!!!

Apa Kata Editor!

Secara keseluruhannya, peranti ini tidak mengecewakan. Ia mempamerkan presstasi yang baik khsusnya dari aspek kameranya. Bagi mereka yang lebih memberikan penekanan ke atas kuasa dalaman dan prestasi kamera dan bateri, ini adalah jawapan kepada penantian anda!!!

You might also like