Ultimaker Lancar Penyelesaian Perisian Baharu, Ultimaker Essentials, Bantu Jabatan IT Perusahaan Atasi Halangan dalam Penerimaan Pembuatan Aditif

Platform berasaskan langganan baharu menjadikan perisian sebagai keutamaan dalam perusahaan dan melibatkan platform ePembelajaran baharu bagi merapatkan jurang pengetahuan yang semakin lebar

UTRECHT, Belanda, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ — Ultimaker, peneraju global bagi pencetakan 3D profesional, hari ini melancarkan Ultimaker Essentials, satu penyelesaian perisian baharu yang dicipta untuk membantu syarikat-syarikat mengatasi halangan utama dalam penerimaan pembuatan aditif. Ultimaker Essentials membolehkan syarikat-syarikat menggabungkan pencetakan 3D dalam infrastruktur IT sedia ada dan membolehkan pengedaran dan pengemaskinian perisian pencetakan 3D yang lancar. Penawaran perisian berasaskan langganan berbayar ini mengatasi beberapa masalah utama IT yang sangat jelas, termasuk keperluan terhadap pengurusan yang lebih baik dalam aliran kerja dan jurang pengetahuan yang wujud dalam industri pembuatan.

Kebimbangan utama dalam jabatan IT perusahaan ialah keupayaan untuk mengurus perisian pencetakan 3D pengedaran dengan berjaya dan secara berpusat. Ultimaker Essentials mengatasi isu ini dengan memastikan kemas kini dan pemalam dilancarkan kepada seluruh pengguna dalam sesebuah organisasi secara serentak. Ini dapat menyelaraskan proses, menyediakan kawalan yang lebih baik untuk pelbagai pencetak 3D dalam sesebuah organisasi.

Ultimaker Essentials turut menyediakan fungsi sokongan langsung yang serba baharu dan katalog pemalam yang disahkan untuk membantu menskalakan output Pencetakan 3D dengan berkesan. Langganan Ultimaker Essentials dapat menyediakan organisasi dengan penyelesaian gred perusahaan untuk menerima pakai infrastruktur pencetakan 3D penuh.

“Sebagai salah satu tonggak utama Industri 4.0, pencetakan 3D merupakan bahagian penting dalam penyelesaian dan proses perniagaan yang progresif,” kata Jos Burger, Ketua Pegawai Eksekutif di Ultimaker. “Susulan daripada pandemik yang berlaku baru-baru ini, syarikat-syarikat perlu menyedari dengan pantas, sekiranya mereka masih belum menyedarinya, bahawa rantaian bekalan global dan aliran kerja pembuatan boleh terganggu dengan mudah. Peralihan kepada pengedaran digital dan pembuatan tempatan kini pasti akan berlaku dan lebih mustahak berbanding sebelum ini. Pelancaran Ultimaker Essentials disasarkan untuk menangani jurang ini dan menghapuskan halangan terakhir dalam menerima pencetakan 3D.”

Sebagai sebahagian daripada pakej Ultimaker Essential, pengguna mendapat akses kepada tiga kursus ePembelajaran daripada Ultimaker 3D Printing Academy, yang turut dilancarkan hari ini. 3D Printing Sentiment Index 2019 Ultimaker mendapati bahawa 69 peratus ahli profesional yang disoal selidik memetik pengetahuan sebagai halangan yang paling kerap berlaku, yang mana, 40 peratus menyatakan kekurangan set kemahiran yang diperlukan untuk memanfaatkan pencetakan 3D dengan betul. Ultimaker 3D Printing Academy membantu golongan profesional mengatasi halangan ini dengan kandungan dipilih atur dan dibangunkan yang disediakan khusus untuk pekerjaan hari ini. Kursus-kursus dalam Ultimaker 3D Printing Academy, bermula daripada tahap pemula hingga pakar, akan turut disediakan secara berasingan daripada Ultimaker Essentials.

“Kami berasa teruja untuk memperkenalkan Ultimaker 3D Printing Academy sebagai platform ulung untuk pembelajaran, yang akan meningkatkan nilai dengan ketara dari masa ke masa,” kata Nuno Campos, Ketua Pegawai Pemasaran di Ultimaker. “Ini hanyalah langkah pertama program kami memandangkan pada Suku Keempat kami akan memperluaskan Akademi ini dengan melancarkan pelbagai kursus berasaskan peranan dan topik, yang akan membawa kepada perakuan tambahan. Kami mengharapkan penerimaan dan pendidikan pencetakan 3D yang berterusan dan teruja untuk membantu perniagaan mengetahui bagaimana pencetakan 3D boleh memberi manfaat kepada perniagaan mereka pada masa kini dan akan datang.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ultimaker Essentials, sila daftar untuk menyertai webinar kami secara langsung pada 14 Julai 2020 pada jam 9 malam SGT / 3 petang CEST / 9 pagi EDT / 6 pagi PDT. Maklumat tambahan boleh didapati di https://ultimaker.com/software-launch.

Latar Belakang Ultimaker

Sejak tahun 2011, Ultimaker telah membina penyelesaian berciri terbuka dan mudah digunakan menerusi pencetak 3D, perisian dan bahan yang membolehkan pereka dan jurutera profesional berinovasi setiap hari. Hari ini, Ultimaker merupakan peneraju pasaran dalam pencetakan 3D profesional. Bermula daripada pejabat di Belanda, New York, Boston dan Singapura – berserta kemudahan pengeluaran di Eropah dan AS – pasukan globalnya yang terdiri daripada lebih 400 pekerja bekerja bersama-sama untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada pengedaran digital dan pembuatan tempatan. Ultimaker.com   

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/ultimaker-lancar-penyelesaian-perisian-baharu-ultimaker-essentials-bantu-jabatan-it-perusahaan-atasi-halangan-dalam-penerimaan-pembuatan-aditif.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like