Syarikat Pusat Penjelasan Sekuriti (Muqassa) Umumkan Tarikh Permulaan Operasi

Gedung penjelasan bebas (Muqassa) akan mengukuhkan infrastruktur pasaran modal Saudi dan meningkatkan kecekapan pengendalian

RIYADH, Arab Saudi, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ — Syarikat Pusat Penjelasan Sekuriti (Muqassa), hari ini mengumumkan akan mula beroperasi pada 30/08/2020 bersamaan dengan 11/1/1442H. Pasca pengumuman penubuhannya pada tahun 2018 dan lesennya awal tahun ini, Muqassa berhasrat untuk terus menyokong pertumbuhan pasaran modal Saudi dengan meningkatkan infrastruktur pasca perdagangan, menyumbang kepada pengurangan risiko rakan niaga, meningkatkan kecekapan pengendalian, dan membolehkan pengenalan produk kewangan dan penawaran perkhidmatan baharu.

Penubuhan Muqassa adalah salah satu inisiatif Program Pembangunan Sektor Kewangan (Financial Sector Development Program (FSDP)), di bawah Wawasan Kerajaan 2030, yang juga menyokong permulaan perdagangan derivatif di Tadawul. Perkhidmatan penjelasan akan dimulakan dengan Derivatif Perdagangan Bursa (Exchange Traded Derivatives), menjelaskan Kontrak Niaga Hadapan Indeks (Index Futures Contract) MT30 pada 30/08/2020 bersamaan dengan 11/1/1442H, dan pasaran lain akan menyusul pada peringkat seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Muqassa, Wael Abdullah Al Hazzani, berkata: “Pengaktifan pusat penjelasan bebas ialah sebahagian daripada Program Pembangunan Sektor Kewangan selaras dengan matlamat Wawasan 2030 untuk mengembangkan sektor kewangan yang pelbagai dan berkesan di dalam Kerajaan Arab Saudi. Kami percaya Muqassa akan meningkatkan infrastruktur pasaran kewangan semasa dengan menerapkan amalan pengurusan risiko lanjutan dan proses pengurusan lalai (default) yang telus.”

Pelancaran operasi Muqassa telah dibantu oleh usaha yang dilakukan oleh Tadawul, Muqassa, Lembaga Pasaran Modal (Capital Market Authority (CMA)), dan Lembaga Minoriti Arab Saudi (Saudi Arabian Monitory Authority (SAMA)) bagi memastikan Undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk pengaktifan pusat penjelasan sudah tersedia. Undang-undang Pasaran Modal yang baru dipinda, Peraturan-peraturan Kaunter Pusat Sekuriti, Peraturan dan Prosedur Pusat Penjelasan Sekuriti akan membantu mengaturkan pusat penjelasan sekuriti, dan mengaktifkan peranannya dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya di dalam institusi infrastruktur pasaran modal.

Latar Belakang Tadawul

Bursa Saham Saudi (Tadawul) ialah satu-satunya entiti yang diberi kuasa oleh Kerajaan Arab Saudi untuk bertindak sebagai bursa sekuriti kerajaan (Bursa), menyenarai dan berdagang dalam sekuriti. Pasaran saham Saudi ialah pasaran saham kesembilan terbesar antara 67 ahli Persekutuan Bursa Dunia  (World Federation of Exchanges) dan merupakan pasaran dominan di  Majlis Kerjasama Negara-negara Teluk (Gulf Cooperation Council (GCC)). Bursa ini ialah pasaran saham ketiga terbesar dalam kalangan rakan pasarannya yang baru muncul.

Untuk maklumat lanjut : www.tadawul.com.sa.

Latar Belakang Syarikat Pusat Penjelasan Sekuriti (Muqassa)

Syarikat Pusat Penjelasan Sekuriti (Muqassa) ditubuhkan pada 2018 sebagai syarikat saham gabungan tertutup yang dimiliki sepenuhnya oleh Bursa Saham Saudi (Tadawul).

Penubuhan dan operasi Muqassa ialah salah satu inisiatif Program Pembangunan Sektor Kewangan 2020 (FSDP),di bawah Wawasan 2030 Kerajaan.

Muqassa akan menyumbang kepada pengurangan risiko Pasca Perdagangan, menyediakan pengurusan risiko rakan niaga terpusat, mengembangkan perkhidmatan penjelasan sesuai dengan amalan pengurusan risiko terbaik di peringkat antarabangsa, sejajar dengan pasaran modal global yang maju, yang seterusnya akan menarik pelabur ke pasaran.

www.muqassa.sa

Hubungan Tadawul:
Mohammed Al Abdullah
+966 (54) 541-1133
mohammed.abdullah@tadawul.com.sa

Hubungan Finsbury:
Ahmed Jebur
+971 (52) 290-3518
Ahmed.jebur@finsbury.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/syarikat-pusat-penjelasan-sekuriti-muqassa-umumkan-tarikh-permulaan-operasi.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like