
Herta Lancar Teknologi COVID-19 Baharu untuk Kebiasaan Baharu
Firma pengecaman wajah terkemuka lancar analitik video baharu tingkatkan sekuriti dan keselamatan dalam era pasca pandemik baharu
BARCELONA, Sepanyol, 13 Julai 2020 /PRNewswire/ — Herta, syarikat pengecaman wajah berpangkalan di Barcelona, baru-baru ini melancarkan rangkaian penyelesaian baharu yang akan membantu perniagaan dan industri beradaptasi dengan kebiasaan baharu.
Dianugerahkan dengan ‘Seal of Excellence’ Respons COVID-19 oleh Suruhanjaya Eropah, aplikasi baharu daripada Herta membolehkan pemantauan jarak sosial, kawalan penghunian, pengesanan pelitup muka dan pengecaman wajah dibuat walaupun apabila orang ramai memakai pelitup muka.
Teknologi daripada Herta dicirikan dengan memiliki reputasi yang terbaik, menerusi projek sekuriti yang sebenar dan berskala besar di seluruh dunia. Dengan memperluaskan rangkaian produk mereka, syarikat ini menyasarkan untuk mengukuhkan misi mereka: meningkatkan keselamatan dunia dengan membina penyelesaian visi komputer mesra pengguna. Dengan aplikasi baharu ini, Herta pastinya akan membantu organisasi mematuhi peraturan keselamatan COVID-19 baharu serta memenuhi keperluan yang timbul dalam kebiasaan baharu ini.
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Public Safety Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE