CERtified – Piawaian Keselamatan Bursa Mata Wang Kripto oleh Hacken

120

KYIV, Ukraine, 6 Julai 2020  /PRNewswire/ — Keselamatan siber bursa mata wang kripto adalah sangat penting dalam dunia yang semakin berciri digital pada hari ini. Platform-platform ini bertanggungjawab untuk sejumlah besar token mata wang kripto yang biasanya bernilai puluhan juta dolar, kepunyaan beribu-ribu pengguna unik, lalu menjadikannya sasaran utama penjenayah siber.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan semua pemegang kepentingan mata wang kripto secara keseluruhan, syarikat keselamatan siber yang terkemuka Hacken memperkenalkan platform CER.live dan piawaian perakuan keselamatan siber CERtified.

Piawaian Perakuan Keselamatan Siber Seluruh Industri yang Pertama

Bursa mata wang kripto mudah terdedah kepada ancaman utama seperti vektor keselamatan siber perbankan tradisional serta kelemahan yang ditimbulkan oleh kurangnya pelaksanaan rantaian blok.

Dilancarkan oleh Hacken pada tahun 2018, Crypto Exchange Ranks (CER.live) ialah platform pertama yang menetapkan piawaian keselamatan siber dalam industri bursa mata wang kripto.

Objektif utama platform CER.live dan piawaian perakuan keselamatan siber CERtified adalah untuk mendidik dan mencegah pengguna daripada berdagang di bursa mata wang kripto yang tidak melabur secukupnya dalam keselamatan dana pedagang mereka dan menggalakkan bursa mata wang kripto untuk mematuhi piawaian keselamatan siber.

CERtified – Kaedah Perakuan Unik Hacken

Kaedah unik CERtified daripada Hacken memberi perakuan kepada bursa bermula daripada bursa yang tidak diperakui kepada bursa diperakui dengan 3 bintang yang mematuhi kriteria keselamatan siber yang paling ketat.

Tahap perakuan adalah berdasarkan kepada empat kriteria. Skor Keselamatan Siber merupakan kombinasi antara keselamatan pelayan, keselamatan pengguna, keselamatan bersumberkan khalayak dan kes godam terdahulu. Ujian penembusan digunakan untuk meniru tindakan pengguna berniat jahat yang menyerang bursa. Tujuan ujian ini adalah untuk meninjau kemungkinan bagi mendapat akses dan kawalan agar isu ini dapat diperbaiki. Ujian penembusan perlu dilakukan secara berkala memandangkan ciri-ciri baharu ditambah kepada bursa berkenaan.

Memandangkan bursa tak solven boleh membawa kepada kemudaratan kewangan yang besar kepada penggunanya, alamat dompet yang dimiliki oleh bursa mata wang kripto seharusnya didedahkan untuk menunjukkan bukti dana mereka. Dengan cara ini, risiko ketaksolvenan boleh diperingkatkan secara objektif.

Ciri terakhir dalam proses perakuan merupakan amalan menjalankan program Bug Bounty yang dikendalikan oleh penyedia keselamatan luar atau bersumberkan khalayak. Program pemburuan pepijat (bug bounty) dijalankan oleh pakar keselamatan siber dan penggodam yang bertujuan untuk mengesan ralat pada perisian dan konfigurasi yang boleh menyusup melepasi pembangun serta pasukan keselamatan.

Bursa mata wang kripto dapat memenuhi syarat semua kategori di atas akan diperakui. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kriteria perakuan, baca catatan blog yang berikut.

Piawaian CERtified Telahpun Diterima Pakai Oleh Pengusaha Industri

Kaedah dan piawaian CERtified diterima baik oleh industri mata wang kripto. Sudahpun terdapat lebih daripada 50 bursa mata wang kripto yang diperingkatkan dalam platform CER.live.

Hacken juga dengan bangganya mengumumkan bahawa CoinGecko, pengagregat data mata wang kripto bebas yang terkemuka di dunia, telah mengemas kini algoritma Trust Score mereka untuk bursa dengan menggabungkan Perakuan CER.live dan Skor Keselamatan Siber sebagai penyedia data mereka. Lebih banyak rakan kongsi yang akan menerima pakai kaedah CERtified akan turut diumumkan oleh Hacken pada masa akan datang.

Latar Belakang Hacken

Hacken ialah syarikat keselamatan siber terkemuka yang menyasarkan pasaran korporat dan pengguna. Ditubuhkan pada tahun 2017, sejak itu Hacken menjadi rakan kongsi keselamatan global untuk syarikat-syarikat seperti VeChain, Oneledger, AirAsia dan banyak lagi.

Hacken menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan keselamatan siber termasuk piawaian perakuan CER.live untuk bursa mata wang kripto, platform pemburuan pepijat HackenProof dan aplikasi perlindungan keselamatan siber pengguna HackenAI.

Baru-baru ini, Hacken melancarkan komuniti dalam talian Hacken Club, yang mana peminat keselamatan siber berkongsi dan berbincang mengenai amalan, siasatan keselamatan siber yang terbaik dan mendedahkan komplot dan penipuan sebenar dalam dunia siber.

Sertai Telegram rasmi Hacken Club untuk membantu melindungi dan menjamin keselamatan anda, rakan-rakan anda serta keluarga anda di https://t.me/hackenclub.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/certified-piawaian-keselamatan-bursa-mata-wang-kripto-oleh-hacken-1.jpg

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/certified-piawaian-keselamatan-bursa-mata-wang-kripto-oleh-hacken-2.jpg

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/certified-piawaian-keselamatan-bursa-mata-wang-kripto-oleh-hacken.jpg

Source: PRNEWSWIRE