Pelanggan Olymp Trade Mempunyai Sistem Kesetiaan Baharu

119

KINGSTOWN, Saint Vincent dan Grenadines, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ — Olymp Trade telah mengumumkan pengenalan sistem peringkat perkhidmatan. Ia sejenis ekosistem pembangunan pedagang. Dalam lelaran pertama, pedagang syarikat akan menerima status Starter, Advanced atau Expert.

Olymp Trade Clients Now Have a New Loyalty System
Olymp Trade Clients Now Have a New Loyalty System

Latar Belakang

Olymp Trade mengadakan kejohanan besar Disember lalu. Pedagang melengkapkan tugas dan menerima petunjuk dan strategi baharu sebagai hadiah. Pertandingan tersebut telah berakhir tetapi permintaan terhadap alat ini masih tinggi.

Hasilnya, pasukan Olymp Trade memutuskan untuk mencipta sistem status yang lengkap. Ini akan membantu mana-mana pedagang melalui proses mengkaji analisis pada platform dengan lancar dan konsisten.

Kelebihan utama kemas kini tersebut ialah keadaan yang fleksibel. Pedagang boleh menaik taraf status dengan membuat perolehan dagangan tertentu atau melaburkan jumlah tetap ke dalam akaun mereka.

Lebih lanjut mengenai Status

Setiap status menawarkan pek perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, selepas membuat deposit pertama, pedagang menerima status Starter, yang menjamin keadaan perdagangan asas: hasil sehingga 82% dan latihan percuma di platform.

Untuk mendapatkan status Advanced, pedagang mestilah membuat deposit sekurang-kurangnya $500 atau memperoleh 25,300 mata pengalaman (XP) untuk perolehan dagangan pedagang. Status ini memberikan peningkatan hasil sehingga 84%, akses kepada 7 strategi disesuaikan dan rundingan penganalisis.

Untuk mendapatkan status Expert tertinggi, pelanggan perlu memperoleh 120,000 XP atau melabur sekurang-kurangnya $2000. Dengan status Expert, pedagang mendapat dagangan bebas risiko, isyarat dagangan eksklusif dan latihan peribadi. Hasil jualan meningkat kepada 92%.

Sistem peringkat baharu diletakkan sebagai panduan cekap untuk dunia perdagangan profesional bagi pelanggan Olymp Trade. Syarikat merancang untuk menjadikan pengumpulan mata dan pengaktifan perkhidmatan menyeronokkan. Ini akan membuatkan proses mengkaji analisis dan menguasai strategi menjadi sangat menarik.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/pelanggan-olymp-trade-mempunyai-sistem-kesetiaan-baharu.jpg  

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE