Visa dan TerraPay Jalin Kerjasama Dorong Kebolehoperasian Pembayaran Masa Sebenar

106

– Kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk mendorong kiriman wang digital masa sebenar, kebolehoperasian, rangkuman kewangan dan mendorong penerimaan pembayaran tanpa tunai

AMSTERDAM, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ — TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global dan Visa, hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik yang bertujuan untuk membangunkan dan menyampaikan penyelesaian pembayaran bagi mendorong rangkuman kewangan dan transaksi tanpa tunai untuk pembayaran domestik dan juga kiriman wang global.

Perkongsian global antara TerraPay dan Visa bertujuan untuk membangunkan dan menyampaikan penyelesaian bagi mendorong penggunaan berulang dompet mudah alih dan mata wang digital untuk pembayaran dan juga kiriman wang digital.

“Kami di TerraPay melihat perkongsian Visa sebagai langkah yang seterusnya ke arah pembangunan pilihan pembayaran saling beroperasi yang mampan dan boleh diskala untuk rakan kongsi kami dan keperluan pembayaran pengguna mereka,” kata Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay.

TerraPay telah mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi global untuk Pengendali Pemindahan Wang, Pengendali Dompet Mudah Alih dan Institusi Kewangan yang utama bagi memudahkan transaksi digital tanpa sempadan. Sebagai sebuah syarikat B2B, TerraPay bekerjasama dengan perniagaan lain dan membantu mereka memanfaatkan platform teknologinya yang tangkas, selamat dan boleh diskala bagi meningkatkan proposisi pelanggan mereka untuk kiriman wang, pembayaran dan perbelanjaan rentas sempadan. TerraPay dikawal selia di lebih 45 negara di seluruh dunia.

“Kami ingin agar rakan kongsi kami kekal fokus pada keperluan pembayaran pelanggan mereka dan kami membantu mereka dari segi teknologi untuk menyampaikan penyelesaian pembayaran dengan kaedah yang tangkas, andal dan selamat bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka,” kata Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay.

M/e-dagang global terus berkembang dan dijangka mencecah $4,574 Bilion menjelang tahun 2023, menurut Allied Market Research, meningkat daripada $601 bilion pada tahun 2016. Kebolehoperasian dengan kaedah bayaran dan perjalanan pengguna yang lancar untuk memuktamadkan transaksi akan menjadi tumpuan utama bagi mendorong penggunaan.

Perkongsian berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi global Visa untuk membuka rangkaian Visa dan menyokong rangkaian luas pengusaha yang membangunkan pengalaman perdagangan baharu dan beralih ke saluran digital.

“Perkongsian merupakan asas kepada model perniagaan Visa dan kami berharap dapat berkolaborasi dengan TerraPay untuk mendorong perkhidmatan dan produk kewangan yang lancar dan saling beroperasi untuk mendorong rangkuman kewangan yang amat dihasratkan dalam komuniti kami,” kata Otto Williams, Naib Presiden dan Ketua Perkongsian Strategik, Teknologi Kewangan dan Usaha Niaga CEMEA di Visa. “Kebolehoperasian merupakan kunci kepada ekosistem pembayaran yang terhubung secara digital dan kami teruja kerana TerraPay menjadi sebahagian daripada program Fintech Fast Track kami yang semakin berkembang ketika kami bekerjasama untuk menghubungkan lebih banyak komuniti dengan penyelesaian ini.”

Latar Belakang TerraPay 

TerraPay ialah sebuah syarikat infrastruktur dan penyelesaian pembayaran digital berlesen yang membantu menghubungkan pelbagai sistem bayaran dengan lancar untuk memindahkan dana pada masa sebenar. Kami percaya dengan kuasa kebolehoperasian untuk mengubah rangkuman kewangan dan membina landasan pembayaran digital untuk memenuhi visi kami agar dapat menghantar wang ke sebarang instrumen kewangan.

Latar Belakang Visa Inc. 

Visa Inc. (NYSE: V) ialah peneraju dunia bagi pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, andal dan selamat – membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global termaju kami, VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan andal di seluruh dunia dan berupaya untuk mengendalikan lebih daripada 65,000 pesanan transaksi sesaat. Tumpuan tidak henti-henti syarikat ini terhadap inovasi merupakan pemangkin untuk pertumbuhan perdagangan terhubung yang pesat pada sebarang peranti dan merupakan daya penggerak di sebalik impian masa depan tanpa tunai untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Tatkala dunia beralih daripada analog kepada digital, Visa menggunakan jenama, produk, kakitangan, rangkaian dan skala kami untuk membentuk semula masa depan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Latar Belakang Visa, https://usa.visa.com/visa-everywhere/blog.html dan @VisaNews

Hubungan Media

Saurabh Ranjan
saurabh@terrapay.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/06/visa-dan-terrapay-jalin-kerjasama-dorong-kebolehoperasian-pembayaran-masa-sebenar.jpg 

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE