SKYWORTH Bawakan Strim Langsung ke Tahap Seterusnya di Pameran Canton Dalam Talian

129

SHENZHEN, China, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, SKYWORTH mengakhiri siri strim langsungnya di Pameran Canton kali ke-127. Semasa sesi berkenaan, SKYWORTH mendedahkan kemungkinan tak berkesudahan ekosistem kediaman pintar serta memperkenalkan pelbagai produk baharu yang canggih.

Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV, Tony Wang
Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV, Tony Wang

Strim langsung terakhir dimulakan dengan penampilan sulung TV vertical OLED 88-inci SKYWORTH yang menampilkan skrin 8K Berdefinisi Ultra Tinggi dan sistem bunyi keliling 5.1.2. Dengan keupayaan untuk berputar 90 darjah ke mod potret, TV vertikal OLED 88-inci ini sangat sesuai untuk mencerminkan kandungan telefon pintar.

SKYWORTH turut memperkenalkan TV Dinding (Wallpaper) W81 Pro baharu, yang mempunyai reka bentuk skrin sisih artistik, seraya menawarkan pengguna dengan pengalaman menonton yang dipertingkat. TV super-tipis ini didatangkan lengkap dengan paparan sekunder 21-inci yang menyokong teknologi AOD Dual.

Satu lagi sorotan utama semasa strim langsung ini ialah pengenalan kepada TV OLED yang utama dalam industri, SKYWORTH S81 Pro, yang menghasilkan bunyi imersif demi pengalaman pawagam rumah yang unggul. Menampilkan teknologi kualiti gambar AI Chameleon proprietari SKYWORTH, yang menganalisis perincian objek berdasarkan algoritma AI dan melaraskan warna pada masa sebenar, S81 Pro menawarkan kualiti imej yang dipertingkat pada setiap tahap.

Bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada penonton mengenai jenama tersebut, SKYWORTH berkongsi pandangan di sebalik tabir di ibu pejabatnya di Shenzhen, termasuk rakaman udara barisan pengeluarannya. Pereka SKYWORTH turut mendedahkan rahsia di sebalik fungsi paling inovatif dan teknologi canggih televisyen SKYWORTH termasuk Modul Asass OLED (OBM), AI PQ dan Wonder Audio Sky Echo. Untuk memperkayakan dan meningkatkan lagi pengalaman strim langsung, SKYWORTH membina bilik pameran maya 360-darjah dengan ciri paparan produk 3D dan bilik persidangan VIP maya eksklusif yang membolehkan penonton berinteraksi dan mencuba produk terkini SKYWORTH secara maya.

Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV, Tony Wang mengambil bahagian dalam beberapa sesi Soal Jawab yang menarik sepanjang siri strim langsung tersebut, berbual dengan semua orang bermula dengan bintang muzik kepada pempengaruh dalam talian dan ahli professional teknologi mengenai jenama tersebut dan nilai-nilai terasnya.

Susulan kejayaan siri acara dalam talian, SKYWORTH akan terus menggunakan strim langsung bagi mempromosikan produk dan perkhidmatannya. Pengurus Besar SKYWORTH di pelbagai kawasan juga akan berkolaborasi dengan pempengaruh dalam talian, menggunakan sumber media sosial ekstensif jenama berkenaan bagi mendorong strim langsung pelanggan. Sebagai pelopor dalam industri, SKYWORTH akan terus meneroka, mempromosikan dan mengambil bahagian dengan aktif dalam pembangunan strim langsung. Bagi menyokong lagi pelanggannya, SKYWORTH akan terus menggunakan teknologi terkini yang inovatif serta penyelesaian canggih yang cekap bagi memperkasa pelanggannya, lalu mengubah strim langsung menjadi wadah untuk membangunkan kepimpinan pasaran yang sebenar.

Latar Belakang SKYWORTH 

SKYWORTH GROUP LIMITED (HKG: 00751) ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi yang canggih lagi unik dan mampu milik. Syarikat ini bernilai lebih US$ 19 bilion dan menggaji lebih 40,000 orang di seluruh dunia (sehingga 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, “Lembah Silikon” China, SKYWORTH menawarkan barangan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak set atas digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, Syarikat ini kini merupakan salah satu daripada Lima Jenama TV Warna Terkemuka di dunia dan jenama terkemuka dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan penyedia global Tiga Terbaik bagi platform TV Android. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global 

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200624/2840099-1?lang=0

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE