Thunderbird School Of Global Management Di ASU Menginovasi Dengan Upacara Konvokesyen Robotik

Kelas 2020 “berjalan” menggunakan robot telekehadiran 

PHOENIX, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, komuniti global Thunderbird meraikan para graduan menerusi upacara konvokesyen digital dicipta semula yang menampilkan robot telekehadiran mudah alih yang membolehkan graduan untuk “berjalan” secara maya. Suatu hari nanti, mahasiswa ini akan bercerita kepada generasi-generasi masa depan bahawa mereka bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian semasa COVID-19 tetapi juga mereka merupakan kelas pertama yang berbuat demikian sebagai robot avatar.

“Thunderbird mengubah upacara konvokesyen musim bunga bagi meraikan mahasiswa kami dengan sebuah upacara yang menghormati tradisi bersejarah kami untuk menyatukan dunia bersama-sama – sebagaimana perarakan membawa bendera kita dari seluruh dunia. Kami turut mereka bentuk upacara yang menonjolkan ketahanan, kasih sayang dan kreativiti komuniti kami,” kata Ketua Pengarah Thunderbird dan Dekan, Dr. Sanjeev Khagram. 

“Kami mengajar mahasiswa kami cara untuk memaksimumkan faedah daripada Revolusi Perindustrian Keempat dengan menerima kepintaran dan inovasi global, maka dengan memanfaatkan teknologi transformatif seperti robot telekehadiran mudah alih untuk upacara konvokesyen yang belum pernah terjadi sebelum ini merupakan pelajaran terakhir yang paling sesuai untuk Kelas 2020.

“Kami merancang untuk meraikan graduan kami sekali lagi bersama-sama secara peribadi apabila Thunderbird mengadakan pembukaan besar-besaran ibu pejabat global canggih berteknologi tinggi baharunya pada tahun 2021 di Downtown Phoenix,” kata Dr. Khagram.

Latar Belakang Thunderbird School of Global Management

Thunderbird School of Global Management ialah satu unit daripada Arizona State University Enterprise. Selama lebih 70 tahun, Thunderbird telah menjadi pelopor dalam pendidikan pengurusan dan kepimpinan global, mewujudkan kesejahteraan yang inklusif dan mampan di seluruh dunia dengan mendidik pemimpin global yang bersedia menghadapi masa depan yang mampu menangani cabaran terbesar di dunia. Sarjana Pengurusan Global Thunderbird disenaraikan sebagai #1 di dunia bagi tahun 2019 oleh Wall Street Journal/Times Higher Education. ASU disenaraikan sebagai “Sekolah Paling Inovatif” No. 1 di negara oleh U.S. News & World Report selama lima tahun berturut-turut.

Latar Belakang ASU

Arizona State University telah membangunkan model baharu untuk Universiti Penyelidikan Amerika, mewujudkan sebuah institusi yang komited terhadap akses, kecemerlangan dan impak. ASU mengukur kemajuannya berdasarkan apa yang disertakannya, bukan apa yang dikecualikannya. Sebagai prototaip untuk sebuah Universiti Amerika Baharu, ASU meneruskan penyelidikan yang menyumbang kepada kebaikan awam dan ASU menggalas tanggungjawab yang besar untuk daya hidup ekonomi, sosial dan budaya komuniti di sekitarnya.

HUBUNGI:
Jonathan Ward – Pengurus Perhubungan Media
Jonathan.Ward@thunderbird.asu.edu
+1 480.490.9773
Muat Turun Media
https://thunderbird.asu.edu/spring2020graduation

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/thunderbird-school-of-global-management-di-asu-menginovasi-dengan-upacara-konvokesyen-robotik.jpg  

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Telecommunications Broadcast feed announcements Public Interest

Source: PRNEWSWIRE

You might also like