Zoomlion Bawa Pemasaran Luar Talian ke Dalam Talian dengan Inisiatif “Pemasaran Awan” Baharu Susulan Wabak COVID-19

746

Zoomlion tarik lebih 300,000 tontonan mencatat rekod bagi pelancaran dalam talian pertama dalam industri 

CHANGSHA, China, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ — Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co, (01157.HK), pembuat peralatan kejuruteraan dan pertanian Cina yang terkemuka, telah membawa pemasaran luar taliannya ke dalam talian menerusi pelancaran model “Pemasaran Awan” baharu sebagai respons kepada wabak coronavirus.

Zoomlion Bawa Pemasaran Luar Talian ke Dalam Talian dengan Inisiatif "Pemasaran Awan" Baharu Susulan Wabak COVID-19
Zoomlion Bawa Pemasaran Luar Talian ke Dalam Talian dengan Inisiatif “Pemasaran Awan” Baharu Susulan Wabak COVID-19

“Sebagai respons kepada coronavirus, kami telah mula mempercepatkan strategi pemasaran dalam talian kami dan telah meningkatkan kehadiran Douyin, Kuaishou dan strim langsung kami. Susulan pelancaran dalam talian beberapa produk, kami telah dapat menyaksikan peningkatan yang jelas dari segi peminat dan jualan,” kata En. Huang Jianbing, Penolong President Zoomlion dan Pengurus Besar Zoomlion Pumping Machinery.

Sejak 4 Februari, Zoomlion telah menjemput ketua pakar teknikalnya daripada cawangan-cawangan berbeza dan subsidiari-subsidiari untuk menjalankan siaran langsung pada setiap petang bagi memperkenalkan dan mendemonstrasikan produk-produk konkrit, tolak tanah, kren bergerak dan pengangkat binaan di seluruh negara, menerima ribuan penonton setiap hari.

Siaran langsung “Pelancaran Besar-besaran Trak Pam Siri-Lingyun” diadakan di kilang pengeluaran Zoomlion pada 11 Mac lalu. Ia terdiri daripada dua bahagian: bahagian pengenalan dan sesi Soal Jawab bersama pakar, En. Gao Rongzhi, hadiah percuma permainan dan model trak. Acara secara langsung dengan penglibatan tinggi itu telah dapat menarik 327,700 pengunjung, menerima 881,986 tanda suka dan 42,472 ulasan.

Satu siaran langsung bertema “Malam Amal Zoomlion” yang diadakan oleh Zoomlion Earthmoving Machinery pada 29 Februari menarik minat lebih 60,000 pengikut dan menjual 620 mesin pengorek semasa siaran langsung berdurasi satu jam setengah itu.

“Kesan daripada promosi dalam talian melangkaui jangkaan kami. Zoomlion terletak di Changsha, sebuah Bandar Tenggara China, maka ia amat sukar untuk pelanggan di barat laut dan timur laut China untuk mengambil bahagian dalam acara-acara pemasaran di lapangan kami. Walau bagaimanapun, dengan siaran langsung ini, mereka boleh melihat dengan lebih terperinci pada prestasi produk dan berinteraksi bersama pakar-pakar kami,” tambah En. Huang.

Jurutera-jurutera dan pakar-pakar teknikal biasanya bekerja di belakang tabir, namun kini mereka menjadi “selebriti Internet” dengan kumpulan peminat mereka sendiri yang semakin bertambah.

Model “Pemasaran-Awan” baharu ini mempunyai perkhidmatan promosi dalam talian, jualan serta khidmat pelanggan dan dijangka menjadi ciri penting dalam rancangan masa depan Zoomlion untuk mencapai pertumbuhan.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2749435-1?lang=0

Source: PRNEWSWIRE