
ValueLabs dan Pekerja Sumbangkan $730,000 untuk Bantuan Corona
![]() |
HYDERABAD, India, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ — ValueLabs telah mengumumkan sumbangan berjumlah $730,000 (INR 52.5 Juta) bagi membantu dalam langkah-langkah bantuan untuk situasi COVID-19.
Syarikat ini melancarkan kempen derma sepanjang hujung minggu, bagi membolehkan tenaga kerja global mereka berganding bahu dan memberi sumbangan. Dalam masa 90 minit ketika pengumuman ini dibuat, mereka menerima lebih 250 sumbangan. Antara kakitangan yang menulis kepada pihak pengurusan kanan, salah seorang menyebut, “Mempunyai hasrat untuk membantu adalah bagus, namun nengubahnya menjadi satu tindakan memerlukan keyakinan yang kuat. Terima kasih kerana menyediakan platform untuk individu seperti saya yang mencari saluran untuk menyumbang kepada usaha ini.”
Arjun Rao, Ketua Pegawai Eksekutif, ValueLabs berkata, “Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bekerja amat keras untuk meratakan lengkung jangkitan dan membawa kembali keadaan yang normal kepada kehidupan. Melihatkan situasi ini dan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, saya berpendapat tidak ada yang lebih mulia daripada berganding bahu dan membantu usaha ini dengan apa cara sekalipun yang mampu kita lakukan. Kita tidak dapat menjadi seperti doktor dan petugas perubatan lain yang berjuang di barisan hadapan pertempuran ini dan meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Walau bagaimanapun, kita dapat melakukan sedikit sebanyak dengan menyumbang kepada usaha ini.”
Terharu dengan respons yang menyentuh hati oleh semua orang di ValueLabs, Arjun memetik kata-kata ahli antropologi Margaret Mead dalam hantaran LinkedIn beliau, yang mana Mead berkata, “Membantu seseorang menempuh kesukaran ialah permulaan suatu peradaban.”
Cek berjumlah ₹ 5.25 kror (52.5 Juta rupee) telah diserahkan kepada Negeri Telangana pada hari Isnin, 30 Mac 2020.
Latar Belakang ValueLabs:
ValueLabs ialah sebuah syarikat teknologi global yang memberi tumpuan pada Pembangunan Produk, Teknologi Data dan Perkhidmatan Digital. Dikuasakan oleh The Digital Flywheel™, ValueLabs menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung dalam bidang Pengalaman Pelanggan, Data & Analitik, Pembangunan Produk dan Pengautomatan. Sejak 22 tahun yang lalu, syarikat telah berkembang ke 30 lokasi, 5500 rakan sekutu dan 150 pelanggan di seluruh dunia serta telah mencatatkan Skor Promoter Bersih (NPS) pelanggan yang utama dalam industri melebihi 75 pada tahun 2019.
Hubungan Media:
Bhavana Reddy
Bhavana.madadi@valuelabs.com
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1022046/ValueLabs_LLP_Logo.jpg
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility New products/services Not for profit Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE