Via kumpul pembiayaan Siri E perluas akses kepada mobiliti awam yang cekap, mampan dan sama rata di seluruh dunia

John Elkann, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EXOR, pelabur utama dalam pembiayaan: “Lebih penting daripada sebelum ini untuk mengusahakan masa depan yang inovatif dan mampan.”

NEW YORK, 1 April 2020 /PRNewswire/ — Via, syarikat yang menyediakan infrastruktur digital bagi memberi kuasa kepada mobiliti awam di bandar-bandar seluruh dunia, hari ini mengumumkan ia telah mengumpul pembiayaan Siri E yang dipimpin oleh EXOR. Pembiayaan ini memberi nilai kepada syarikat mencecah $2.25B dan akan membolehkan Via untuk memajukan visinya bagi mobiliti awam yang cekap, boleh diakses dan sama rata.


Teknologi Via memperkasa generasi pengangkutan awam yang seterusnya, membantu bandar-bandar untuk beralih daripada sistem dengan laluan dan jadual yang ketat kepada jaringan yang bersifat dinamik sepenuhnya. Algoritma Via menggabungkan, pada waktu sebenar, berbilang penumpang atau pakej yang menuju ke arah yang sama dengan cekap, mengurangkan kesesakan bandar dan emisi dengan ketara sambil menyediakan perkhidmatan mobiliti yang berkualiti tinggi dan berkos lebih rendah. Disediakan di lebih 70 bandar di 20 negara serta berkembang pesat, Via ialah penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian mobiliti awam didayakan teknologi. Sehingga kini, platform Via telah menyediakan lebih 70 juta tunggangan di seluruh dunia. Kejayaan Via telah dapat dicapai dengan bekerjasama erat bersama lebih 100 rakan kongsinya daripada majlis perbandaran, agensi transit awam, pengendali pengangkutan, syarikat besar, sekolah dan universiti bagi mengoptimumkan sistem pengangkutan mereka. 

Memanfaatkan pemahaman mendalamnya terhadap jaringan transit, kebolehan untuk menyediakan pengangkutan atas-permintaan dan prajadual yang cekap serta platform yang amat modular, Via aktif menyokong bandar-bandar sepanjang tempoh kritikal ini, membantu rakan-rakan kongsi menyediakan transit kecemasan barangan serta kakitangan penting. Perkhidmatan kecemasan dan kepakaran pengoptimuman jaringan transit Via digunakan di seluruh dunia di lokasi-lokasi yang pelbagai seperti Berlin, Ohio dan Malta bagi menyokong komuniti yang terkesan oleh COVID-19.

Memimpin pembiayaan Siri E Via, EXOR akan melabur sebanyak $200 juta dalam syarikat, dan Noam Ohana ­— ketua EXOR Seeds, cabang pelaburan peringkat awal EXOR — akan menyertai Lembaga Pengarah Via. Pelabur-pelabur baharu iaitu Shell, Macquarie Capital dan Mori Building turut mengambil bahagian dalam pusingan ini, sebagaimana pelabur-pelabur sedia ada iaitu Pitango, 83North, Hearst Ventures, Ervington Investments, Planven Ventures, Broadscale Group dan RiverPark Ventures.

Pengasas Bersama Via Oren Shoval dan Daniel Ramot berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan John, Noam dan pasukan EXOR untuk membantu bandar-bandar menyediakan transit yang boleh diakses, berpatutan dan mesra alam kepada penduduknya. Terutamanya pada waktu-waktu yang sukar ini, kami benar-benar menghargai komitmen EXOR terhadap visi Via untuk sistem mobiliti awam yang dinamik dan dipacu data yang menyediakan pengangkutan yang lebih berkesan kos dan sama rata kepada masyarakat di merata tempat. Sepanjang tempoh kecemasan ini, kami berbangga untuk mengaplikasikan teknologi dan kepakaran operasi kami untuk membantu bandar-bandar dengan mengoptimumkan jaringan transit, membawa pekerja-pekerja penting dan menghantar barangan serta perkhidmatan kepada individu-individu yang memerlukan.”

Mengulas mengenai pelaburan ini, John Elkann, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EXOR berkata: “Pada waktu yang mencabar secara unik ini, lebih penting daripada sebelum ini untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang inovatif dan mampan selepas hari-hari yang sukar ini. Menjalin kerjasama dengan Daniel dan Oren serta pasukan hebat mereka bagi menyokong pembangunan teknologi penyelesaian masalah berkuasa mereka mengesahkan penglibatan mantap dan positif kami bersama mereka dan menekankan komitmen berterusan EXOR untuk membina syarikat-syarikat yang hebat demi masa depan yang lebih baik.”

Latar Belakang Via
Via menafsirkan semula bagaimana dunia bergerak, daripada sistem dengan laluan dan jadual yang ketat kepada jaringan yang bersifat dinamik sepenuhnya. Aplikasi mudah alih Via menghubungkan berbilang penumpang yang menuju ke arah yang sama, bagi membolehkan penunggang untuk berkongsi kenderaan premium dengan lancar. Mula dilancarkan di Bandar Raya New York pada tahun 2013, teknologi Via kini digunakan di seluruh dunia, termasuk di Eropah sebagai  ViaVan. Hari ini Via dan ViaVan bekerjasama dengan lebih 100 agensi pengangkutan awam, pengendali transit persendirian, kumpulan teksi, syarikat swasta, daerah sekolah dan universiti, mengintegrasikan dengan lancar infrastruktur pengangkutan untuk memberi kuasa kepada mobiliti yang canggih. Untuk maklumat lanjut, kunjungi ridewithvia.com.

Latar Belakang Exor
EXOR ialah salah sebuah syarikat pemegangan terpelbagai yang terbesar di Eropah yang dikawal oleh keluarga Agnelli. Selama lebih seabad, EXOR telah membuat pelaburan yang membuahkan hasil dan membina syarikat-syarikat yang hebat di seluruh dunia dengan budaya yang menggabungkan semangat keusahawanan dan disiplin kewangan. Dengan Nilai Aset Bersih sekitar $26 bilion setakat 31 Disember 2019, pada asasnya portfolionya terdiri daripada syarikat-syarikat yang mana EXOR merupakan pemegang saham utama: PartnerRe, Ferrari, Fiat Chrysler Automobiles, CNH Industrial, Juventus FC dan The Economist Group.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/via-kumpul-pembiayaan-siri-e-perluas-akses-kepada-mobiliti-awam-yang-cekap-mampan-dan-sama-rata-di-seluruh-dunia-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/via-kumpul-pembiayaan-siri-e-perluas-akses-kepada-mobiliti-awam-yang-cekap-mampan-dan-sama-rata-di-seluruh-dunia.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Transportation

Source: PRNEWSWIRE

You might also like