Kejayaan Penerimaan UDBIE dan Penubuhan OEC Capai Misi Education Relief Foundation

652

GENEVA, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ — Education Relief Foundation (ERF) ditubuhkan pada tahun 2016 dengan misi yang jelas dan bercita-cita tinggi: untuk membangunkan, menggalakkan dan menerapkan konsep Pendidikan Seimbang dan Inklusif (BIE) yang pada ketika itu baru muncul.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8697451-adoption-udbie-establishment-oec/

Bagi mencapai misi ini, ERF mula menganjurkan siri Mesyuarat Perundingan Serantau di Asia Tenggara, Afrika, Amerika Latin & Caribbean serta Eropah, mengumpul pengalaman dan cadangan daripada pemegang kepentingan rentas-sektor (termasuk kementerian pendidikan, badan akademik dan masyarakat awam antarabangsa) pada tahun 2017. Cadangan serantau ini dibentangkan di I ForumBIE 2030 pada Disember 2017, ketika mana ERF menerima mandat antarabangsa untuk membangunkan Panduan Global Etika, Prinsip, Dasar dan Amalan dalam Pendidikan yang Seimbang dan Inklusif berdasarkan perundingan.

Kurang daripada setahun kemudian, pada November 2018, ERF mengadakan, bersama Kementerian Pendidikan Mexico, II ForumBIE 2030 di Bandar Raya Mexico – ketika mana Panduan Global dilancarkan. II ForumBIE 2030 diakhiri dengan pengenalan Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan yang Seimbang dan Inklusif, menyatakan aspirasi kolektif 41 penandatangannya – yang terdiri daripada 671 Kementerian Pendidikan, badan akademik dan pertubuhan masyarakat awam. ICBIE memberi mandat kepada ERF, selaku penghimpun ForumBIE 2030, untuk meredaksi draf rasmi Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan yang Seimbang dan Inklusif dalam tempoh 18-24 bulan, yang mana pada suatu ketika ia akan ditandatangani di III ForumBIE 2030.  

Hanya dalam tempoh 14 bulan kemudian, ERF mengadakan, bersama kerajaan Republik Djibouti, III ForumBIE 2030 – Sidang Kemuncak Antarabangsa mengenai Pendidikan Seimbang dan Inklusif. Ia telah dihadiri oleh Ketua Negara dan Kerajaan, Menteri Kerajaan, pertubuhan masyarakat awam serta badan akademik dari seluruh Selatan Global. III ForumBIE 2030 menyaksikan penerimaan UDBIE. Sebagai hasil konkrit serta merta, Pertubuhan Kerjasama Pendidikan (OEC) ditubuhkan oleh 27 buah negara dan 10 CSO serta badan akademik dengan tujuan untuk menyumbang kepada pencapaian komitmen yang terkandung dalam UDBIE.

Dalam tempoh empat tahun penubuhannya, ERF berkedudukan unik kerana mampu mengesahkan dengan bangganya bahawa ia telah memenuhi misinya, Melalui usaha-usaha penggalakannya, konsep Pendidikan yang Seimbang dan Inklusif telah dimulakan daripada penubuhan kepada penggabungan dalam visi yang dikongsi bersama yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat. Penubuhan OEC, sebagai sebuah Pertubuhan Antarabangsa yang bertanggungjawab ke atas negara-negara anggotanya, telah menerapkan BIE dalam agenda pendidikan dan pembangunan antarabangsa.

OEC kini berkedudukan terbaik untuk menjamin pembangunan BIE sebagai asas untuk masa depan yang mampan, sama rata dan inklusif buat semua.

Setelah berjaya menyelesaikan semua tugasnya, ERF akan menyimpulkan aktiviti-aktivitinya dengan penyempurnaan projek perintis BIE, pada Jun 2020. Laporan mengenai projek ini akan disiarkan di laman sesawang ERF, yang akan kekal sebagai repositori berharga untuk kegunaan dan pembangunan selanjutnya.

Education Relief Foundation (ERF) ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan bukan kerajaan berpangkalan di Geneva yang menawarkan perkhidmatan bagi membangunkan, menggalakkan dan menerapkan pendidikan yang seimbang dan inklusif melalui pembangunan dasar, pembinaan keupayaan dan penglibatan masyarakat awam, antara aktiviti-aktiviti lain.

Pertubuhan Kerjasama Pendidikan (OEC) ialah platform dan instrumen bagi kerjasama intelektual, teknikal dan kewangan serta solidariti antara Negara-negara Anggota selain Ahli Bersekutunya. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Piagam Konstitutifnya, tujuan OEC adalah untuk “menyumbang kepada transformasi sosial masyarakat yang sama rata, adil dan sejahtera dengan menggalakkan pendidikan yang seimbang dan inklusif bagi mencapai hak-hak asasi terhadap kebebasan, keadilan, kemuliaan, kemampanan, kesatuan sosial serta keselamatan material dan tak material untuk penduduk dunia.”

On 29 January 2020, the Constitutive Charter of the Organisation of Educational Cooperation (OEC) was signed by 26 States and 10 civil society or academic bodies, laying the foundation for the establishment of a new Intergovernmental Organisation promoting and supporting Balanced and Inclusive Education, within and among States, as a necessary condition to achieve sustainable development.
On 29 January 2020, the Constitutive Charter of the Organisation of Educational Cooperation (OEC) was signed by 26 States and 10 civil society or academic bodies, laying the foundation for the establishment of a new Intergovernmental Organisation promoting and supporting Balanced and Inclusive Education, within and among States, as a necessary condition to achieve sustainable development.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Etienne Lacombe-Kishibe, Ketua Media dan Komunikasi
E: e.kishibe@educationrelief.org atau info@oec-oce.org| P: 0041-22-920-0859 | M: 0041-79-864-2692

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Broadcast feed announcements Economic news, trends, analysis New products/services Not for profit

Source: PRNEWSWIRE